Bab 7 : Kelahiran yang ditunggu tunggu

40 4 0
                                    

Merizsa tidak rasa terlalu beban kerana anak saudaranya selalu datang membantunya, Fara selalu membantu menjaga Iyas dan juga membantu Merizsa yang sarat perutnya.

Fara muda 2 tahun dari Merizsa , walaupun Merizsa adalah ibu saudaranya sendiri , Merizsa menyuruh Fara supaya memanggilnya hanya dengan namanya sendiri, walaupun sedemikian Fara tetap juga melayan dan menghormati Merizsa seperti ibu saudaranya.

Yaziv pula selalu menemani Azrim , sama ada ke sekolah , balik sekolah atau main bersama . Yaziv pula 4 tahun muda dari Merizsa. Merizsa juga menyuruh Yaziv supaya hanya memanggilnya dengan namanya.

"Merizsa nampaknya anak dalam kandungan awak tu sudah sarat , tunggu masa sahaja nak keluar" kata Fara serius.

"Ya saya tahu , tapi yang sedihnya , ayah dia sudah mati"

"Merizsa, saya tahu awak masih sedih , tapi awak tak boleh lemah semangat macam ni"

"Tapi Fara , siapa yang nak jaga Azrim dengan Iyas?"

"Serahkan pada Yaziv" jawab Fara yakin.

"Yaziv?" Merizsa terkejut "bolehkah dia menjaga mereka berdua?"

"Boleh , percaya pada dia, biarlah dia menjaga mereka sehingga awak lepas bersalin" jawab Fara .

"Serahkan sahaja pada dia , dia boleh diharap" sambung Fara.

"Iyas baru berumur 2 tahun , Yaziv lelaki,,, bagaimana Yaziv hendak menjaganya?" Risau Merizsa.

"Percaya pada dia" pujuk Fara.

"Ok" Merizsapun melelapkan matanya.

Pagi itu , Fara terbangun kerana terdengar Merizsa meneran kesakitan, Farapun segera mendapatkan Merizsa.

"Merizsa saya rasa sudah tiba masanya" kata Fara cemas.

"Yaziv!" Panggil Fara.

"Ya" segera Yaziv menyusul "kenapa?"

"Yaziv , saya rasa sudah sampai masanya" jawab Fara.

"Masanya sudah sampai , keluarganya akan bertambah seorang lagi , perempuan atau lelaki?" Yaziv terasa gembira.

"Yaziv! Saya perlu cepat bawa dia ke tabib sekarang , jadi awak tolong jaga Iyas dan Azrim"

"Iyas sekali?" Tanya Yaziv terkejut.

"Ala ,, bagi saja dia makan ikut Merizsa , dia sudah 2 tahun , tapi jangan bagi makan yang bukan bukan"
Pesan Fara.

"Ya , saya tahulah"

"Dahlah , mari tolong saya pimpin Merizsa"

Yazivpun membantu Fara memimpin Merizsa ke arah kenderaan kenaikan.

"Yaziv , jaga mereka baik baik" pesanan terakhir Fara sebelum berangkat pergi .

"Ya , ya , saya tahu,"

❄️❄️❄️

"Azrim" kejut Yaziv.

"Kenapa ni ?"

"Azrim kena tolong abang"

"Tolong apa ? Kenapa?"

"Mama sudah pergi , dia akan lahirkan adik awak"

"Apa?" Azrim terus terbangun dari mamainya "betulkah?"

"Betul , jadi sekarang Azrim kena tolong abang jaga rumah dan jaga Iyas sekali"

"Yay yay ! Azrim akan dapat adik baru!"

"Ye, ye , tapi sekarang bangun"

"Ya, ya , Azrim tahulah" Azrimpun turun dari katil menuju ke tandas.

Iyas Mirza : Watts Rachel MerizsaWhere stories live. Discover now