"Tak nak !"jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.
"Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?" Alaaa.....mama ni kacau daun ajelah. Akak dengan adik baru aje nak tiru iklan di kaca televisyen ni. Rungutku dalam hati.
"Takde apa-apalah mama.Kitaorang just nak release tension.Lately,banyak sangat assigment yang kena selesaikan. Kan,akak ?"Fuhh! nasib baiklah ada si Najmi . Kalau tak ? Terpaksalah aku menadah telinga mendengar leteran mamaku ni. Mana tak kena marahnya, anak dara terjerit-jerit mengalahkan orang gila ditepi jalan lagi.
Mama hanya menggeleng sahaja melihat keletah kami dua beradik dan berlalu meninggalkan kami pergi ke dapur untuk menyediakan minum petang. Aku ? Bukan tak nak tolong tapi awal-awal lagi dah kena tegah .
************
"Opocot,mak cik kau !"melatah aku tatkala disergah oleh rakan-rakanku. Ni tak bukan mesti Memey punya angkaralah ni? Dia yang rajin sangat mencucuk rakan-rakanku yang lain supaya menyergahku.
"Melatah aje kerja kau ,eh ? Wahai cik Mia Farah Amielia, kalau sehari kitaorang sergah kau,boleh tak jangan melatah?Aku tahulah sifat tu memang sebati dengan kau tapi janganlah setiap hari.Ni hah! Meratah pun sifat kau jugak,kan? Asyik meratah aje lauk-pauk kitaorang!" Oh Mama!! Dia mula membebel sudah. Pantang aku melatah sikit aje dia dah mula membebel. Sebenarnya,dia tidak ada kerja lain ke nak dibuat? Ah,biarkanlah.
Aku bingkas bangun dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang terkehel-kehel mengejarku dari arah belakang. Tiba-tiba,dengan secara tidak tersengaja aku terlanggar seseorang dari arah bertentangan. Aku terpegun buat seketika.Mengamati wajahnya dengan teliti. Mak aihhh.... mahu cair dek dibuatnya.
"Oi,kau buta,eh? Mata kau letak dimana?Di kepala lututkah? Jalan tak serupa bikin! Aku yang kacak ni kau tak nampak?"Amboi,sedapnya bahasa dia.Kacak? Blurrkk!Nak termuntah aku mendengarnya.Harap muka aje kacak macam Lee Min Ho tapi perangai? MasyaAllah,tak boleh blah langsung ! Kan bagus kalau dia berbahasa sedikit.Takkan itupun tak boleh ? Susah sangat,ke?
Dia menjengilkan matanya kepadaku.Ish,mamat ni dok jegil mata dia bagai.Macamlah mata dia tu cantik sangat! Huhu... Tapi,memang mata dia cantik pun.Terpukau aku dibuatnya beb! Matanya berwarna hazel kehijau-hijauan.Seriously,mahu cair jiwa aku jikalau terlampau lama sangat melihatnya. Dia ni mix blood of what,eh ? Melayu , kah ? Warganegara , kah ? Eh,apa yang aku melalut ni. Dah sah-sah dia ni Malaysian. Takkan kau tak dengar dia marah dalam bahasa melayu ? Huh !
"Hello,excuse me ! Yang kau tengok aku macam nak telan tu,kenapa ? Aku tahulah aku kacak." Angkat bakul betullah mamat ni !
"Awak,saya nak pinjam mata awak boleh tak ?"eh, apa yang aku soalnya ni ? Ish,cabul betullah mulut ni ! gerutuku sambil tanganku menampar mulutku yang cabul itu.
YOU ARE READING
Komplikasi Cerpen - Farah Nadia Lee
Short StoryPsstt.. pstt... Dalam ni semuanya koleksi cerpen, jadinya takde sinopsis okey? Dan akan sentiasa diupdate dari masa ke semasa dan entah bila pengakhirannya. Dan ada cerpen dalam koleksi ni akan dibuat dalam versi novel. Some of them ^_^ Okey, bye...