Cerpen : Cinta PBS

505 14 7
                                    


 I'm gonna live my life

No matter what, we party tonight

I'm gonna li-li-live my life

I know that we gon' be alright

Nada deringan IPhone 6s milik Marina Aliesya memecah keheningan dingin pagi yang disulami kicauan burung pipit peliharaan atoknya. Namun, dia biarkan sahaja deringan tersebut sehinggalah tiada bunyi deringan.

"Siapalah agaknya yang menelefon aku pada pagi ni. Haih, menggangu ketenteraman aku jelah. Tak tahu ke apa hari Ahad orang nak berehat di rumah?" bebel Marina Aliesya sendirian lalu membuka langkah menuju ke dapur. Beberapa derapan langkah dia keluar dari bilik itu ke dapur, nada deringan Live My Life itu bergema sekali lagi.

"Damn it! Kau tak boleh tengok aku senang sikit ke, hah? Aku baru nak rasa heaven sikit hari ni sebab cuti, takde kelas, tak perlu streskan otak aku dengan subjek Pengajian Am yang kena hafal dan faham semua fakta dasar-dasar Malaysia. Arghh!!! Bencinyaaaaaa" dengan langkah longlainya Marina berpatah kembali memasuki biliknya itu sambil sedikit kakinya menghentak lantai rumah papan itu. Eh, bilik aku ke ni? Bukankah aku cuma datang ke rumah atok sebab nak melepaskan rindu? Lantaklah!

"Mar!!! Kamu nak rumah atok roboh ke, hah? Cuba jalan elok-elok sikit, atok kerat kaki kamu tu kang nanti haa," jerit Tok Amin dari laman luar. 

****

"Acuuuu......"dengan tidak semena-mena aku merasakan ada seseorang sedang menerpa lalu memeluk diriku dari arah belakang. Acu? Siapa Acu dia? Aku manalah ada abang atau kakak, setahu akulah, aku anak tunggal dalam keluarga aku. Ke papa aku kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan mama? Aip, papa nak kena dah ni. How could you, papa betrayed mama!

"Ayyan, come here dear. Acu dah takde Ayyan. Ayyan salah orang tu. Meh sini meh kat mummy,"pujuk seorang gadis kepada budak lelaki itu. Namun, bertambah erat pelukan budak tersebut kepadaku. Aku yang sedari tadi hanya menyaksikan aksi pujuk memujuk itu dengan membatukan diri terus bersuara untuk meleraikan segalanya.

"Adik rindu Acu adik eh? Alolo, ciannye dia.Tapi abang bukan Acu adik," butir-butir jernih dikaca mata budak lelaki itu makin kelihatan dan tidak seberapa lama kemudian tangisan mulai menguasai suasana di pantai. Bertambah gelabah aku dibuatnya. Aduh, apa aku nak buat ni, aku dahlah takde adik kecik kat rumah, nak pujuk bebudak ni manalah aku expert sangat. Keluh kesah aku dibuatnya dan aku mengalihkan perhatian ke gadis yang berada disebelah aku ini.

"Ayyan, stop crying please. Hey , look here my hero. Tengok tu habis tak hensem dah anak mummy ni. Mummy belanja Ayyan Baskin Robbins nak tak?"

"Ayyan nanak aiskrim, mummy!!!!! Jomlah, jomlah, Ayyan lapar,"sekelip mata sahaja mata bundar milik budak lelaki dihadapan aku ini kembali ceria. Aku melihat tanpa kerdipan kearah mereka berdua. Gadis itu memiliki naluri keibuan. Ya, jelas terpancar aku dapat melihatnya.

"Minta maaf kat abang ni dulu, then baru mummy belanja Ayyan aiskrim,"

"Sorry uncle. Eh, abang ensem. Ayyan minta maaf ye salah orang. Ayyan ingat abang encem ni Acu Ayyan. Hurm, kalau abang encem ada jumpa Acu Ayyan bitau Ayyan tau. Ayyan rindu Acu. Papaiii abang encem, Ayyan pergi makan aiskrim dulu ye,"

"Maafkan anak saya kerana menyusahkan awak. Saya pinta diri dulu ye?" terkedu aku mendengar perkataan anak keluar dari mulut si dia. Anak? Sudah kahwin rupanya si dia, padanlah aku nampak naluri keibuan dalam diri dia. No wonderlah! Apalah kau ni, Shafieq.

"Shafieq, jom!"

"Shafieq Aiman bin Azahari Man!!! Kau dengar tak kami panggil kau, hah?" teriakkan daripada rakan-rakanku mematikan pandangan jauh aku terhadap budak lelaki dan perempuan tadi.

Komplikasi Cerpen - Farah Nadia LeeWhere stories live. Discover now