Kakiku melangkah dengan pantasnya seperti lipas kudung .
Argh !
Biarkan semuanya . Apa hendak aku hairankan . Mereka tidak pernah mempedulikan diriku . Aku ibarat tidak wujud .
Siapakah diriku ?
Mengapakah harus melakukan aku sebegini ?
Apa salahku ?
Namaku Muhammad Khalis Adrian Wong . Aku bukanlah seorang mualaf kerana sedari lahir, aku sudahpun Islam .
Ya , bapaku berbangsa cina . Ia semua berubah 360 darjah setelah bapaku bertemu dengan seorang gadis berbangsa Melayu . Gadis ayu berbaju kebaya , berlesung pipit , bibirnya merekah bak delima malah dagu yang meruncing .
Aku tidak tahu bagaimana detik perkenalan mereka kerana apabila mahu sahaja bertanya perihal itu , mereka seolah-olah mengelak. Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri .
Disaat aku menghentikan langkahku , terlihat seraut wajah yang kelihatan sunggul sahaja .
Budak kecil itu .
Ya !
Aku pasti , budak kecil itulah yang sering menghantui diriku. Aku sering melihatnya di rumah nenek.
Apa kaitannya dengan keluargaku ? Aku melihat dia begitu akrab dan mesra dengan mereka . Jika dia boleh , mengapa tidak aku ?
Tanpa membuang masa , aku dengan berani menyapanya.
" Maafkan abang , dik . Sejak tadi abang melihat adik kelihatan sedih sangat . Adik ada masalah ,ke ?" dia berpaling kearahku.
Wajah mulusnya kutatap.
Kulihat hadirnya sejernih cecair dari kaca matanya.
" Waalaikumussalam , tak adalah. Abang tak menganggu saya pun, sikit pun tidak," aku terkesima .
Melayu rupanya !
Aku ingatkan anak cina manalah tadi. Jika dilihat , raut wajahnya saling tidak tumpah seperti orang cina . Tiada langsung raut wajah Melayu.
" Maafkan abang. Abang ingatkan adik ini orang cina , rupanya salah sama sekali tekaan abang ," dia seakan-akan mengerti apa yang ingin aku bicarakan .
" Tidak mengapa , saya sudah ralit dengan semua ini . Baiklah , abang , saya minta diri dulu," pintanya sebelum sempatku memintanya menjelaskan perihal tadi .
Aku yakin bahawa dia sedang menghadapi kesulitan , namun aku sendiri tidak pasti, apakah ia ? Termegah-megah dia melarikan dirinya.
Lima tahun kemudian .......
" Ryan , cepatlah sikit . Tadi bukan main semangat ,sekarang tengok! Siapa yang terlebih semangat ?" bebel Syirazi , rakan sekelas denganku.
" Iya , yalah . Patik menjunjung perintah , Tuanku ." lagakku persis seorang hamba menuruti perintah ketuanya.
Dengan senangnya dia mengetawakan diriku .
" Sudahlah , jom ! Tak kuasa kawe dok melaye demo . Tok caro langsung !"
Oh , mama .... Dia mula dah !
![](https://img.wattpad.com/cover/57807111-288-k375848.jpg)
YOU ARE READING
Komplikasi Cerpen - Farah Nadia Lee
Short StoryPsstt.. pstt... Dalam ni semuanya koleksi cerpen, jadinya takde sinopsis okey? Dan akan sentiasa diupdate dari masa ke semasa dan entah bila pengakhirannya. Dan ada cerpen dalam koleksi ni akan dibuat dalam versi novel. Some of them ^_^ Okey, bye...