CERPEN : TERIMA KASIH SEMUA

300 4 0
                                    


    "Jangan bergerak ! Anda semua telah dikepung," arah ASP Zainul .

      Keadaan di rumah using itu bercelaru . Semua penagih itu bertindak agresif dengan sedaya upaya melawan arahan yang diberikan untuk memboloskan diri . Termasuk aku !

   "Arghh !! Keliling rumah ada polis ! Macam mana ni ? Kalau kena tangkap , habislah aku! Mesti daddy dengan mama akan marah kan aku . Then , takdelah lagi duit poket untuk aku," keliru aku memikirkannya . Namun , aku tidak pernah betah menyerah kalah sebelum bertindak.

    Aku mengacukan pisau kepada salah seorang anggota polis yang bertugas itu. Dengan sepantas kilat sahaja , aku berjaya ditumpaskan oleh anggota polis itu.

    Kami semua telah berjaya dibawa keluar dari rumah usang itu oleh pihak polis tersebut . Apa boleh dibuat , sado ajelah ....

    Mungkin ramai berfikir bahawa aku yang merupakan pelajar cemerlang di sebuah alma mater tidak akan sesekali terjebak dengan najis itu. Semua itu tidak boleh disangkal lagi.

   "Lepaskan aku ! Aku nak pulang! Aku tak naklah tidur kat sini . Sudahlah panas , sempit pulak tu," jerkahku kepada anggota polis yang bertugas di lokap itu.

   "Diamlah ! Tak padan dengan perempuan ! Berkumpul pula dengan lelaki sambil berkhayal . Apa nak jadi ,hah ?"

    "Alaaa.... Abang pedas , maaflah. Saya berjanji , saya tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi. Lepaslah ! Kalau mama dan daddy saya tahu, habislah !,"rayuku.

Aku menerima pandangan sinis olehnya.

  "Oh , tahu takut. Maaf, tetap tidak boleh ! Mama dan daddy awak sudah tahu pun . Just wait and see what you will get!" haih , tak boleh dibawa berbincang betullah abang polis ni.

   Kaki aku semakin lemah . Seluruh badanku menggigil kerana tidak tahan dengan ketiadaan benda 'alah' itu.

    Tidak seberapa lama aku menahan dan menahan, terdengar beberapa tapak sedang meluru kearah aku. Tanpa berkata apa-apa , aku menerima tamparan .

   Bukan satu , malah lima kali berturut-turut . Air bergelinangan membanjiri pipiku ini.

   "Mama tak sangka dan tak percaya sama sekali , Mel sanggup dan tergamak malakukan itu. Apa salah kami ? Apa dosa kami ? Tak cukupkah kasih sayang yang kami berikan selama ini ? Mel itu perempuan , nak ......,"tangis mama.

   "Ma , Mel minta maaf . I'm so sorry . Mel janji dengan mama dan papa bahawa Mel akan berubah . Percayalah . Do trust me , ma,"

Bermula dari situ , aku mempelajari sesuatu yang amat berharga dalam hidupku . Kendatipun , sudah lima tahun mereka meninggalkan aku untuk selama-lamanya namun aku tidak akan sesekali akan mengecewakan mereka .Walaupun , mereka sudah tiada .

Aku tidak akan membiarkan peristiwa tersebut kembali menghantui aku. Aku sudah berazam dan tekad setulus hati bahawa hidup ini perlulah diteruskan dan segala kudratku akan kubakti kepada nusa dan bangsa.

Tanpa mereka , aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada diriku sekarang . Alhamdulillah , dengan pertolongan semua aku berjaya pulih dan kembali normal.

"Doktor , ini dia maklumat pesakit yang doktor minta kepada saya sebentar tadi . Doktor okey tak ? Kalau tak sihat , saya cadangkan balik berehat sahajalah,"aku tersentak .

"Err... saya tak apa-apa . Terima kasih , ya."






Komplikasi Cerpen - Farah Nadia LeeWhere stories live. Discover now