Airil menjeling tempat duduk disebelah Fara. Kosong ! Mana pergi budak ni? Tiba - tiba je tak datang sekolah. Fikirannya bercelaru. Nak tanya ke tak ? Hatinya berbelah bahagi. Belum sempat dia bangun. Misya datang menegurnya
" Hai my handsome Airil.. kenapa ni ? Nampak risau je" Airil tidak boleh menyembunyikan muka menyampahnya. Minah ni tak habis - habis lagi ke? Mentang - mentang Ed tak datang hari ni, tak ada orang nak sembur dia and then, dia boleh buat perangai macam ni? Heh, sorry la
" Bukan hal kau la" Jawab Airil kasar
Riak muka Misya berubah. " You ni kenapa ? I tanya baik - baik kan. Ni mesti sebab perempuan tak guna tu kan? Mesti dia cakap pasal I yang buruk - buruk je kan?" Kutuk Misya. Bengang Airil dibuatnya.
" Apahal kau nak tuduh dia pula?" Airil masih mengawal nada suara dia, sedar dia sedang berurusan dengan seorang perempuan. Lagi tepat, perempuan gila !
" Heh, dia tu memang tak suka I dari dulu lagi you tau" Misya mengadu. Airil menarik senyum sinis
" Memang patut dia tak suka kau" Airil berlalu meninggalkan Misya dan menapak menuju Fara
Fara yang perasan akan kehadiran Airil, mengeluh. Sudah agak tujuan dia datang ke situ. Tak lain tak bukan mesti tanya pasal Ed. Huish, apa aku nak jawab ni. Tak sempat Fara nak mencipta alasan, tanpa salam Airil terus bertanya
" Mana Ed?"
" Err.. tak.. tak tahu" Fara tersengih. Airil mengerutkan dahi. Apahal pula minah ni gagap? Tahu Fara sedang menyembunyikan sesuatu.
" Kau ni kenapa ? Aku tanya simple je. Aku tahu kau tau kenapa dia tak datang hari ni" Airil terus mendesak. Fara mengetap bibir. Tak guna dia nak tutup lagi kalau mamat dekat depan dia ni berterusan bertanya.
" Kau still remember yang aku pernah cakap dekat kau dulu. Bad memories for Ed yang berlaku tahun lepas. Hari ni.. genap setahun dari tarikh benda tu berlaku" Fara mengeluh. Riak risau mula memancar dimuka Airil
" Then, dia dekat mana sekarang ? Dia okay tak ?" Bertubi - tubi soalan diajukan kepada Fara
" Kau ni, kalau suka pun cover la sikit. Nampak sangat . Hahahahaha" Terletus tawa Fara. Bengang Airil dibuatnya
" Okay - okay. Kau tak payah la risau. Dia okay. Dia dekat rumah je sekarang. Well, you know dia seorang gadis yang tabah. Kalau aku dekat tempat dia. Maybe, aku tak boleh jadi sekuat dia" Perasaan Airil yang ingin tahu apa kejadian yang menimpa gadis itu semakin membuak - buak.
___________________________________________________________________________
Pintu bilikku diketuk lalu dibuka dari dalam. Puan Maya tersenyum
" Boleh ibu masuk?" Aku mengangguk.
" Sayang, sampai bila nak jadi macam ni? Ed lupakan je la pasal hal tu" Puan Maya menggosok perlahan kepala anaknya.
" Tak bu, Ed tak boleh lupakan. Kalau kejadian tu berlaku masa Ed kecil maybe Ed boleh lupakan. Tapi Ed dah besar masa tu ibu. Boleh berfikir dah pun. Dasar jantan tak guna ! Ibu still boleh maafkan dia even dia dah buat ibu macam tu? " Mataku sudah merah. Menunggu air mataku untuk jatuh sahaja.
Tubuhku terus dipeluk ibu. " Sayang, jangan cakap macam tu. Dia still papa kamu sayang. Tak baik cakap macam tu"
Aku memejamkan mata. Air mataku menitik satu persatu. Puan Maya menggosok belakang tubuhku perlahan
" Ibu, nak pergi rumah Aunty Syazana, petang ni . Kawan lama ibu, dia baru pindah dekat sini. Ed nak ikut?" Aku menggeleng perlahan.
" Can you drop me at shopping complex ? Ed nak beli hadiah untuk abang. Esok kan birthday dia" Aku terenyum sambil mengelap sisa air mataku.
YOU ARE READING
Suamiku Annoying !
Roman d'amourSeawal usiaku mencecah 16 tahun, hidupku yang aman damai menjadi kacau bilau bila hadirnya seorang pelajar lelaki yang baru berpindah ke sekolahku. Eii, memang geram gila. Dah tau budak baru tu tak boleh jadi baik sikit ke. Menyusahkan je tau " Kau...