6. Sesuatu

54 8 3
                                    

Maaf lama tak update :)
___________________________

"Krystal Jung ! Boleh tak awak tumpukan perhatian semasa saya tengah mengajar?" Marah Miss Kwon. Bagai terkena kejutan eletrik Krystal apabila nama nya disebut Miss Kwon Yuri a.k.a Guru Matematik yang paling garang di daerah Seoul. Terus terhenti lamunannya sebentar tadi. Kini mata nya fokus memandang Miss Kwon di depan. Takut.

"Kalau awak taknak kena denda. Baik awak tumpukan perhatian! Dah lah markah ujian matematik awak agak teruk!" Getus Miss Kwon. Krystal hanya menundukkan kepala nya, tak berani pula dia nak pandang singa jadian itu. Dalam hati Krystal, dia dah sumpah seranah Miss Kwon sebab ungkit pasal markah ujian matematik nya yang tak berapa bagus seperti rakan rakan sekelasnya.

"Kalau awak mengelamun lagi! Saya tak segan segan nak tukarkan tempat duduk awak disebelah Sehun ni haa." Krystal hanya mencebik. Bukan semua orang tidak tahu yang Krystal dan Sehun ni musuh. Actually bukan musuh. Tapi, mereka berdua ni ibarat anjing dengan kucing. Pantang bertentang mata, mesti bergaduh. Dua dua bermulut pedas pula tu. Memang dua dua nak menang lah. Terpaksa lah Jessica si kakak kembar Krystal meleraikan perbalahan nya dengan Sehun. 

"Baik lah Miss Kwon" ujar Krystal. Miss Kwon mula menyambung pengajarannya yang terbantut tadi

"Haaa tulah kau. Berangan lagi!" Ejek Min ah dalam nada perlahan. Krystal menggulingkan matanya.

"Kau diam. Kau apa tahu" balas Krystal sambil menolak bahu Min Ah

"Krystal Jung!!" Jeritan petir Miss Kwon menggegarkan seluruh kelas.

"Kalau kamu nak bercakap. Bukan dekat kelas saya tau! Tolong lah tumpukan perhatian. Peperiksaan kamu semua semakin hampir! Sekarang saya nak awak duduk di depan sini. Sebelah Sehun. Kim jongdae, awak duduk di tempat Krystal." Arah Miss Kwon dengan tegasnya. Kim Jongdae terpaksa akur dengan arahan yang diberikan. Siapa dia nak membantah?

Krystal mengambil beg dan bukunya menuju ke tempat duduk Jongdae yang berada di depan sekali dan bersebelahan manusia yang amat annoying bagi nya, Oh Sehun.

"Mulai hari ni. Ni tempat duduk tetap kamu berdua. Jongdae, saya harap awak selesa duduk dibelakang. Lagipun awak pelajar cemerlang. Saya cuma nak Krystal tumpukan perhatian kerana peperiksaan semakin hampir" kata Miss Kwon. Jongdae hanya mengangguk. Sempat juga beberapa kali dia memandang Min Ah disebelah.

-SKIP-

KRiiNGGGGGG!! ~~~~~~

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Kesemua pelajar di Gangwon High School mula berpusu pusu menuju ke kantin untuk mengisi perut masing masing. Kesemua pelajar di kelas B1A5 telah keluar ke kantin, hanya tinggal Krystal, Jessica, Gyuri, Min Ah dan Oh Sehun saja di kelas.

"Hish jom lah pergi kantin. Homework tu kan Miss Kwon suruh buat kat rumah" dengus Gyuri yang melihat Jessica menyiapkan kerja rumah yang diberi Miss Kwon sebentar tadi

"Kejap.. kejap lagi. Ni tinggal satu soalan je ni" ujar Jessica sibuk menulis.

"Unnie, nanti balik rumah krys nak pinjam buku tau" kata Krystal

"Apa punya orang lah kau ni. Tau nya copy cat homework orang je. No wonder lah Miss Kwon kata markah ujian kau TERUK" perkataan teruk sengaja ditekankan oleh Sehun. Krystal memandang Sehun

"Eh kau tak payah sibuk boleh tak? Semak tau tak? Menyampah pulak ada tablemate macam kau ni. Malang betul aku" getus Krystal

"Ngaku pun. Kau memang malang" ujar Sehun selamba

"Haish korang berdua jangan nak bergaduh dekat sini ea? Tak pasal pasal aku jadi refree percuma kat sini" getus Min Ah

"Tak suruh pun kau jadi refree" balas Sehun yang sibuk menaip sesuatu di iPhone 6+ miliknya. Min Ah hanya mencebik, malas dia nak layan si Sehun ni. Ada aja jawapan dari mulutnya

"Okay dah siap!" Jerit Jessica

"Kajaa kita pergi kantin" Gyuri menarik Jessica

"Krys, jom lah pergi kantin" ajak Min  Ah. Krystal masih lagi melekat dia atas kerusinya.

"Tak pelah. Hari ni aku rasa malas pulak nak pergi kantin. Kau pergi jelah dengan Unnie Sica dan Gyuri tu"

"Hurm okay aku pergi dulu. Bye" kata Min Ah sebelum menghilang pergi ke kantin

"Heh. Diet ke makcik?" Soal Sehun disebelah Krystal

"Badan aku dah cukup kurus. Rasanya tak perlu diet" balas Krystal malas.

"Ceh perasan. Badan macam Lee Gukjoo ada hati ngaku kurus." Sehun sengaja cari pasal  

"Dah lah Sehun. Aku takde mood nak bertekak dengan kau. Buat pening kepala je" getus Krystal

"Ehemmm" seseorang muncul disebalik pintu kelas B1A5.

"Haa jom lah kita pergi sekarang" kata Krystal lalu bangun menarik tangan lelaki itu pergi. Sehun hanya memandang mereka aneh

[OH SEHUN P.O.V]

"Dah lah Sehun. Aku takde mood nak bertekak dengan kau. Buat pening kepala je" getus Krystal. Belum sempatvaku membalas. Ada seorang lelaki muncul dan berdehem di pintu kelas kami.

"Ehemmm"

"Haa jom lah kita pergi sekarang" kata Krystal lalu bangun menarik tangan lelaki itu pergi. Aku hanya memandang diorang berdua pelik.

Diorang berdua nak pergi mana? Dating ke apa?  Nampak macam mesra je. Tak akan lah diorang berdua ni couple kot.

Aku mengambil keputusan untuk mengekori mereka berdua.

_ToBeContinue_ 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 29, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JEKRYS AND NEVERLANDWhere stories live. Discover now