bab 1

472 3 0
                                    

Pon pon!

Haila... ni lah rutin harian aku. Pergi sekolah naik motor, belajar, balik rumah, makan, buat homework yang aku pun tak tahu bila nak siap, tidur. Tu tak termasuk pergi tandas, tengok hp and tengok tv lagi..

"Hei awek. Balik sekolah ke?" Ni lagi satu rutin. Kena kacau time balik sekolah oleh budak lelaki sengal. Belajar entah kemana nak ngorat aku konon. Pigilah!

"Ehh tak. Nak pergi kubur lawat roh kau yang tak aman." Ambik kau. Terdiam terus

'Hish. Mana si Laila ni. Nak berjanggut aku tunggu si malaun ni.'

"Hei babe. Sorry lambat. Aku pergi jum..."

"Jumpa si malaun lagi satu. Ehh kau dengan si Asyraf tu memang tak boleh balik sesama ke? Malas aku tunggu kau tahu tak?" Aku menyampuk. Asyraf tu pakwe dia.

"Ye ke ni?! Ok aku pergi balik dengan dia. Bye babe!" Aku terlopong. Seriously? Aku memain je kot.

Aku terpandang budak lelaki sengal yang kacau aku tadi. Dia tergelak berguling-guling atas jalan raya yang lengang ni.

Aku terus memecut tanpa menghiraukan budak lelaki sengal yang masih menggelakkan. Kalau dilayan, mahu sampai rumah lebam sana sini.

Sepanjang perjalanan jenuh juga aku melayan siulan lelaki. Hello! Nampak je pakai kain, sekali aku hayun, tak pasal-pasal kau sampai Afrika!

"Assalamualaikum!" Aku menjerit setelah sampai ke rumah.

"Waalaikumussalam! Hah! Sampai pun anak mak sorang ni! Datin! Ni lah anak saya! Ara, ni Datin Aminah, kawan ibu. Salam dia!" Aku hanya tersengih lalu menyalam si Datin Vogue ini. Gempak siak baju dia! Bling bling sini sana. Malangnya ini bukan style aku..

"Ni lah Ara ya... cantik budaknya. Sekejap ya.. tunggu anak aunty datang." Senyumannya dibuat-buat. Ish.. takkan macam cerita tipikal melayu kot. Si budak lelaki datang, kena kahwin paksa, mula-mula tak suka, lama-lama suka, ada perempaun datang kacau, gaduh then elok balik. Lastly happily ever after... aku hanya tersengih lalu berlalu ke bilik tidur. Badan ni dah memangil bath tub dalam bilik air tu.

Tidak sampai beberapa minit aku mandi, ada orang mengetuk pintu bilik air.

"Jap la bu... baru berendam ni..."

Ketukan semakin kuat. Aku mengeluh lalu menggapai tuala. Aku mengintai di pintu.

"Ahhh!!!" Ada rupa yang tidak dikenali!! Help guys!

"Get out of my room!" Suara ku keras. Aku tolak budak lelaki yang tersengih macam kerang wangi itu.

"Ariz! Mari turun! Ibu ada buat cucur udang ni! Panggil Ara sekali!" Ibu bahasakan diri dia ibu? Dekat budak lelaki ni? What the heck is going on here?

"Dia mengoda Ariz bu!" Jeritnya lalu terkocoh-kocoh lari dari bilik aku ni. Mengoda? Hell no ok!

Aku menyambung aktiviti mandiku yang tergendala oleh lelaki planet pluto tu.

Selepas mandi dan memakai baju of course. Aku turun ke bawah.

"Ara! Pakai baju tu elok-elok la sikit sayang oi! Ni seluar tracksuit dengan singlet je. Kamu tu bukan nya kanak-kanak lagi." Ibu menegur. Pantang betul orang tegur pakaian aku ni. Nasib dia ibu aku.

"No way ibu. Semalam, kelmarin, 2 minggu lepas, 5 bulan lepas Ara pakai ok je." Aku membuat mimik muka bosan sambil mengambil segenggam cucur udang. Riak terkejut dan resah jelas terpancar di muka Datin Vogue.

"Ara! Tak malu ke dengan mak mertua kamu ni?" Aku melihat muka Datin Vogue tadi. Masih tersenyum namun senyumnya hambar.

"Mertua? Apa ibu mengarut ni... Takde pun ibu nampak Ara bawak pakwe balik rumah kenalkan kat ibu.." aku duduk bersila di atas sofa.

Bukannya aku tidak pernah di pinang. Kalau dikira, mahunya 15 orang. Semua aku buat derk. Pernah sekali tu aku lari rumah sebab kena leter dek Abah. Ayah tiri aku yang... baik lah jugak.. baik lagi babah. Arwah ayah aku..

"Ara... kali ni. Abah dan ibu dah buat keputusan untuk menyatukan Ara dan Hariz hujung bulan depan." Mata aku terbeliak mendengar kata putus dari ibu.

"Ibu! I've never met this guy before! Dia intai Ara mandi kot!" Aku geram betulla.

Lelaki pluto bernama Hariz itu hanya tersengih. Dia tak kesah ke apa aku dijodohkan dengan dia?

"Sarah Alisya... ibu kamu dan saya dah buat keputusan... saya harap kamu dapat terima. Ariz pun dah lama terima kamu. Kami dah bincang tentang perkahwinan ni hampir... 2 bulan yang lalu. Terima ya?" Entah kenapa aku merasakan ayat dari Datin Vogue ni ikhlas. Aku pandang Hariz. Dia hanya tersengih. Kaya dengan sengihan budak ni...

"Let me think please. I... I just can't think. This is too much for me. Ibu, just.. give me 5 days.." aku berlalu pergi ke bilik. Hati aku meruntun pilu. Sudah lah aku tak kenal budak Hariz tu. Ibu pula sepakat nak jodohkan aku dengan budak tu. Ya allah, tunjukkanlah aku jawapan yang sewajarnya. Lantas aku mengambil wudu' dan bersolat Zohor.

Selepas bersolat zohor, aku memberi hamster ku yang bernama Chubby makan. Kenapa Chubby? Entoh la noks.

"Err. Ara. Can we have a talk?" Suara garau menyapa telinga ku.

"What talk? This?" Aku menunjuk penumbuk.

"Ara... tolonglah terima. Ini untuk kebaikan syarikat abah awak dan mama saya. Please.." Ariz menggengam tanganku erat.

"Ouh.. jadi awak kahwin saya sebab harta. Bukan sebab ikhlas. Macam tu? Ehh. Awak ni memang pentingkan diri kan? Sebab harta awak sanggup bergadai. Think Ariz. Think!" Aku menunjal dahinya.

Ariz hanya diam. Muka dah macam orang bersalah. Aku menolaknya keluar dari bilik.

"Bagitahu ibu aku nak tidur." Aku menutup pintu bilik.

---

I'm gonna love you,
Like i'm gonna lose you,
I'm gonna hold you,
Like i'm saying goodbye~

Bunyi telefon aku berdering. Kacau line aku tidur betul!

"Hello." Laila menyapa dengan girangnya.

"Hmm. Apa benda kau nak cakap ni? Cepat sikit." Jawabku malas.

"Hei! Chill la... as you know kita baru habis SPM a few days ago, why not kita celebrate dengan kawan-kawan. It is Emilia's idea, not mine!" Bersungguh-sungguh dia bercerita kepadaku.

"Haih. Yelah nanti aku datang ya. Tarikh? Masa? Tempat?" Aku menenyeh-nenyeh mata kiriku.

"Yahoo! 31/12/2015, 7:30 p.m until pukul 1 kalau tak silap, tempat dia Hotel Residence.. wajib. Aku ulang. Wajib bawak partner. Bye babe. Asyraf ajak keluar. Muah!" Talian pun dimatikan. Partner? Hmm nantilah aku fikir. 31/12.. macam ada something dengan tarikh tu... hmm later la aku fikir.

Wait! 31/12!

-1011 words-

sorry if ada typo and kesalahan ayat

Kalau Bukan Kerana CintaWhere stories live. Discover now