Bab 5

2K 126 3
                                        

"Hmm .. Aku nak letak nama dia , Mr. Kiky ! ", Isyha memberi cadangan nama kepada Iman .

"Typical kampung . Letak lah nama Bedy ke , Fredshy ke , Marry ke . Ini Kiky gak kau nak bagi . ", ujar Iman dengan nada sombong . Huh ! Menyampah !

"Kk aku letak nama Felly . Dah , puas hati ? ", Isyha akhirnya memberi nama kepada kucing jenis baka Persian itu . Kucing tu betina . Gebu pula tu ! Sedaplah nak digomolnya nanti . Sebenarnya kucing yang Nana tu dah mati . Kena langgar dengan jiran sebelah . Nasib baby baby kucing tu dapat diselamatkan . Sebagai tanda minta maaf , jiran sebelah tu mengambil anak anak kucing tu dan berjanji akan menjaga mereka dengan baik . Iman berasa sedikit hampa lalu Isyha mencadangkan untuk membeli anak kucing di kedai haiwan sahaja . Kedai bukan calang calang kedai tau. Kedai antarabangsa tu ! Mahal ! Orang orang kaya dan ternama je boleh pergi .

"Perghh .. Pandai gak bini aku ni ! Susah lahh nak dibuli .. Kalau dah ada anak ni kompem nama anak aku gempak dibuatnya ! Hahahahahaha . Eh Iman , SPM tu kau hadap pon belum . Tiba tiba dah sampai anak dah ? Ish ish ish .. Tak patut tak patut .. ", Iman berbisik didalam hati sambil merenung Isyha yang dari tadi mengemas baju . Yelah ,  Isyha semalam sampai malam .. Harinilah chance dia nak kemas baju . Sat gi dia nak pergi tolong ibu pula . And then nak pergi call mama dengan papa dia . Lepas tu pergi postkan surat kat Balqis kawan dia lagi . Haish ! Banyaknya kerja dia . Eh tapi Balqis ada cakap kat Isyha haritu aku terdengar , yang papa dia ada rumah dekat sini ! Kemungkinan dia pindah sini ! Ya Allah .. Aku harap Isyha satu sekolah dengan Balqis .. Kesian pula tengok dia menderita tak de kawan kat situ . Ha korang mesti pelik macam mana Iman boleh dengar kan ? Masa tu dia ada ikut Isyha , dia kata nak jumpa Balqis ..

Flashback .

"Wei Balqis , maafkan aku wei . Terpaksa pindah lah .. Papa aku dengan mama aku kan orang busy .. Diorang tak selalu kat rumah . So aku kenalah duduk dengan sepupu aku kat Johor Bahru , Kota Linggi .. Kau ada rumah kat sana kan ? Pindahlah sana .. Nanti boleh kita sekolah sama sama .. ", jelas Isyha panjang lebar sambil perasaan bercampur baur . Yelah , risau kot .. Dia tak mahu apa apa yang terjadi kat Balqis .. Balqis sorang jelah kawan dia dunia dan akhirat . Isyha memeluk Balqis sambil menahan nangis . Dia tak nak Balqis risau akan dirinya .

"Hmm takpelah wei .. In Shaa Allah . Aku pujuk daddy aku . Hee ", Balqis memujuk Isyha . Yes dia pun sedih . Tapi tak boleh nangis sampailah dia tak dapat pujuk daddynya . Yela , mana tahu daddy dia bagi untuk berpindah ? Tak ke happy ? Hahaha .

"Ok .. Aku pergi dulu ye .. Bye .. Sayang kau .. Take care .. Call lah aku yer . ", ujar Isyha lembut .

"Hmm .. Ok . Kalau kau dah sampai call  aku gak . Ha , lagi satu , makan nasi minyak calling - calling yaah .. ", Balqis sempat mengusik Isyha . Isyha melepuk lembut bahu Balqis .

End Flashback .

"Isyha malam ni aku nak keluar . Kau duduk rumah je . Jangan pergi mana mana . ", Iman memberitahu Isyha sebab malam ni dia nak lepak dengan Hafiz . Dah lama tak jumpa lepas tamat sesi persekolahan bagi tahun 2015 haritu . Rindu pulak rasanya .. Hafiz ni kawan baik dengan Iman . Sejak 5 tahun lagi . Sampai lah sekarang umurnya dah 16 . Eh silap . Tak lama lagi 17 . Hahaha . Isyha hanya membalas " Ok " lalu berlalu ke atas katil dan membaca novel " Suami ? Bila Kahwin ? Tak Jemput Pun " yang dibelinya 2 tahun lepas tapi baru jumpa tadi dalam beg . Ish ish ish Isyha Isyha .. Hahaha . Tepat pukul 8 Iman keluar ke kedai mamak yang dijanjikan untuk ngedate dengan Hafiz . Ceh macam gay pula aku tengok .

"Isyha , ibu dengan ayah terpaksa balik kampung ni , anak saudara kami dah nazak . Maaf yer . Isyha boleh tinggal sorang sorang kan ? Iman keluar kejap je tu . Sat gi depa balik la noeh . Isyha pie solat pastu kunci semua pintu ye ? ", ujar ibu sambil berasa cemas . Mana tak cemas oi .. Anak saudara tunggal tu . Dahlah masih berumur 4 tahun . Makan racun . Astaghfirullah .. Isyha mengangguk perlahan . Takut pula duduk rumah ni sorang sorang . Setelah mereka berangkat . Isyha mengunci semua pintu dan menutup tingkap . Tapi dia terlupa yang dia tak kunci pintu belakang . Alamak ! Apa akan jadi kat Isyha ?! Sedang Isyha leka membaca novel itu , tiba tiba kedengaran orang berbisik bisik diluar pintu biliknya . Dia segera menyorok dibawah katil .

! Mr. Singa VS Mrs. Cerewet !Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang