Usai solat Subuh pagi tadi , Isyha dan Iman sambung tidur . Yelah , penat ! Tepat je pukul 7 : 00 pagi , Isyha bangun membuat sarapan . Ibu dengan ayah masih dikampung . Pulangnya .. Hmm entah . Selesai membuat sarapan , Isyha mengejut Iman . Esok dah sekolah . Haish ..
"Iman , bangun . Sekolah sekolah . ", Isyha mengenakan Iman . Dia lihat Iman kelam kabut bangun mandi apa semua , dia turun ke bawah hidangkan sarapan . Giliran Iman turun pula , dia memandang Isyha pelik .
"Kenapa kau tak siap lagi ? Sekolah lahh !! ", Iman keluar yergesa gesa memakai stokin dan kasut sekolah . Isyha datang membawa pinggan dengan air kopi ditangan untuk makan di meja dan kerusi yang terletak di luar itu .
"Hahahhahaha harini cuti lagilah Iman oii . Aku saja je nak buat kau bangun awal . Esok baru sekolah . Hahahahahahahaha ", Isyha meletuskan tawanya . Iman memandang Isyha dengan pandangan tak puas hati . Dia naik keatas untuk menukar baju semula .
"Iman kau nak pergi mana tu ? Makan dulu ! ", Ishya memanggil Iman yang sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah . Iman hanya menyahut ye ye !! Isyha menikmati udara segar dipagi hari tu .
"Ahh indahnya .. Kan indah kalau aku tak bergaduh dengan Iman everyday . Ego betullah laki aku ni . Hmm aku pun sama . Wait , aku dah jatuh cinta dengan Iman ke ? Hui Isyha . Not this time . Tapi , dia laki aku . Duduk sebilik , sekelas , serumah ! Mustahil aku tak jatuh cinta . Ah biarlah ! Tunggu Iman jatuh cinta kat aku la . Hahahahaha ", Isyha tergelak didalam hati manakala senyuman terukir dibibirnya . Beberapa saat kemudian Iman datang membuat Isyha terkejut sampai melatah . Hahahahaha .
"Ish kau ni ! Terkejut aku tau ! Kalau ada sakit jantung nanti ? ", Isyha menjerit sebab masih terkejut lagi . Iman masih tergelak gelak melihat perangai Isyha . Isyha menjeling tajam . Lalu dia mengambil Iphonenya . Tiba tiba ada satu nombor unknow terpapar di skrin telefonnya . Dia segera menjawab .
"Hello , siapa ni ? ", soal Isyha membuatkan Iman mengalihkan perhatiannya memandang Isyha .
"Isyha .. A aku ci cinta kan kau .. ", lelaki itu berkata lalu Iman merampas telefon Isyha . Sebenarnya Isyha menekan butang pembesar suara , tu sebab Iman dengar .
"Hei , kau jangan main main ea dengan bini aku . Aku bunuh kau nanti , lagi sekali kau call dan aku dapat tahu kau siapa , aku bunuh kau !! ", Iman menjerit menyebabkan talian itu dimatikan . Isyha kelihatan panik takut kalau kalau Iman memarahi dia pula .
"Kau Isyha ! Aku tak tahu pula selama ni kau ada jantan lain ! Kau ada boyfriend sangat kan ? Pergilah kau kat dia !! Kau ! Kau !! Berambus !!!! ", Iman memarahi Isyha lalu dia naik ke biliknya dan menghempas pintu itu tanda protes dengan Isyha . Isyha menangis lalu mengemas barangnya . Sebelum berlalu pergi meninggalkan rumah itu . Dia meninggalkan nota silih berganti dengan air mata .
Iman , maaf kan saya sebab saya tak sempurna dan bukan isteri terbaik bagi awak . Saya minta maaf sangat sangat . Sumpah saya tak kenal lelaki tu . Tapi , terpulanglah awak nak percaya atau tidak . Yang penting saya akan pergi dari life awak . Maaf menyusahkan awak , maaf menumpang . Maafkan saya buat awak marah . Apa apa pun , halalkan makan minum saya dan terima kasih pernah buat saya bahagia walaupun seketika . Saya akan pergi jauh dari hidup awak . Terima kasih layan karenah saya . Maaf saya dah terluka . Byee Assalamualaikum . Mr. Singa :')
From :
-Your Mrs. Cerewet Ever :D :') -Dia melangkah keluar dan pergi ke hotel terdekat dengan menaiki teksi bermeter . Alhamdulillah , duit masih banyak lagi . Selepas itu dia hanya memesan Domino's untuk dihantar ke hotel itu untuk lunch . Tak boleh keluar , karang terserempak dengan Iman , mamposs .

ANDA SEDANG MEMBACA
! Mr. Singa VS Mrs. Cerewet !
RomanceKisah Nur Alisyha Sofea dipaksa kahwin dengan Akmal Syazril Hilman ketika umur mereka 16 tahun ! Iman dengan sikap ego tinggi melangitnya a.k.a. Mr. Singa sangat membenci Isyha yang di a.k.a Mrs. Cerewet kerana dia sangat cerewet mengalahkan perempu...