Seperti biasa lah kalau dalam jamban tak test suara memang tak sah lagi2 bila family aku pergi rewang ni, this is the time.Hmmm..., mau nyanyi lagu apa??? Tiba2 terlintas nama anuar zain, try la sedetik lebih., mana tahu boleh pergi jauh., memang kelaut la tak selat melaka ke lautan china selatan., apa aku kisah bukan nak pergi ujibakat AF pon.
Ni kalau pergi pon., baru nak nyanyi setiap nafas dah kena angkat bendera merah, sila cuba tahun depan memang tak la., aku bukan penyanyi aku seorang peghibur.
Tengah syok berkarok tiba2 aku dikejut.
pang pang pang !!!!!
Kuat juga bunyi., bergegar la juga pintu bilik air tu., terkejut boboy., rupanya abah aku ketuk pintu bilik air., 'cepat sikit abah nak memerut ni'. Adui potong feel la., baru nak tarik time korus tadi. 'baik abah sebentar' aku balas dengan sopan santun budi perketi.
Ni mesti makan lauk kenduri ni., aku berfikir sejenak.., lalu aku bertanya
' abah makan apa tadi'.
'entah la, abah pon tak pasti''Ni kamu nak kemana jangan nak lari pulak pergi rumah Pak Ajis tu'
' Ni orang nak siap la ni., mak pon da pesan tadi.' Ha elok la tu.,nati tolong la apa yang patut. Abah nak memerut dlu nati abah menyusul. Lalu aku pon melangkah pergi bersiap.
Haaaa.... Sudah Jam 10 rupanya lama juga aku berada dalam bilik air. Tak sah kalau tidak berkarok dalam bilik air.
Hmmm...mahu pakai baju warna apa ea., takkan la nak pakai 'I LOVE PM' memang tak la., hmm., baju tengkorak ni Mak aku nampak mahu dia kejar pakai parang, ada ke pergi rewang pakai baju macam itu mana sesuai.
Hmm.., jumpa pula baju sukan sekolah. Try la dlu kot muat..hahahaha..tak sedar diri betul memag tak muat la dah macam balut nangka pula aku tengok kat cermin. Ketawa terbahak bahak lalu terkentut.hahahaha.
Akhirnya terpaksa la pilih baju 'barisan nasional' ni je yang sesuai. Ni bukan tanda aku sokong Pak Jib ea., tolong faham, da tak ada baju, tak kan la nak pakai baju hurley x. Yang lain stok baju pergi dating walaupun tak ada the special one lagi.
Lagipun kampung aku ni masih utuh semangat Pak Jib., kalau tak mahu aku pakai baju bersih 4.0 kena pula tema kuning majlis kenduri tu. Ni untuk ambil hati orang kampung je.
Kita sebagai anak muda pula bangkit dan tunjukkan kebangangan Mat Maslan tu. Mana 2.6bilion..,ha sudah sembang politik pula, ok kita abaikan.
Ini alang2 abah aku ada sekali ni tunggu sekejap la.,gerak sekali aku pon tak berapa kenal dengan orang kampung ni, biasa la da jadi orang bandar mana nak ingat kampung. Ni pon balik sebab ada urusan kerajaan., mana boleh bagitahu maklumat sulit., arahan seri paduka lagi., banyak betul surat aku dapat macam tu.
Sambil2 tu layan la kejap cerita kartun tv3 ni., lama juga la abah aku memerut ni., da 2-3 iklan belum kuar lagi. Tengah leka gelak abah aku sergah.
'Tak pergi lagi kamu ni kata nak pergi tadi.'
'Tunggu abah la ni, lama sangat memerut teruk sangat ke??'
'Entah la., memulas je dari tadi., kamu je la yang pergi.,abah tak tahan ni., nanti balik jangan lupa amek Mak kamu sekali'.
'Baik la'
'Tolong la orang kampung tu jangan nak lepak pulak nanti, tu pinggan cawan kutip hantar kat tempat basuh'
' Ya.,tahu., orang pergi dulu.
'Yela., nanti pesan kat tuan rumah abah sakit perut.Last aku juga yang pergi seorang. Aduhai macam ni, aku dah la tak berapa ngam dengan orang kampung perasaan malas mula muncul. Mahu sahaja lepak dengan kawan2 kampung sebelah ni.
Lalu aku berlalu pergi cari kunci motor., KRISS 3999 the legend alive. Dulu punya cerita la, dulu la bukan sekarang, sekarang dah tersadai kat garaj lama tak start, ni pon baru je repair boleh la nak bawa pusing kampung kacau anak dara orang.,dulu la kan pernah satu hari tu dapat follow belang selamba, nak potong je tak lepas. Sedih menbontot je la belang tu sampai sudah.
YOU ARE READING
Kau Siapa
RandomKisah yang tak ada kaitan dengan sesiapa., hanya ilusi dan khayalan mejelma ketika fikiran. Bukan kisah Si penulis, bukan kisah benar, hanya dogengan. Harap enjoy baca karya saya yang tak berapa nak sedap macam secret recipe, tak berapa nak hot mac...