Setelah puas mencari mak aku akhirnya jumpa juga, patut la tak jumpa tengah bergosip rupanya. Tak tahu la apa yang digosipkan maybe pasal pengantin kot. Ialah sama cantik sama padan, memang itu jodoh mereka. Kita merancang ALLAH yang menentukan. Sempat juga la Mak aku mengusik...
'yang kamu bila lagi, tu sepupu kamu semua dah kahwin,kamu bila lagi' sambil memandang dengan penuh makna tu.
'hmmm, entah la mak, jodoh tak sampai lagi, lalu je tak nak singgah dalam hati ni' aku cuba meberi jawapan yang agak biasa kita dengar.
'yela tu, kalau ada bawa dulu jumpa mak ni haaa, kalau tak ada cakap mak boleh carikan'
Wow..,aku terkaku sebentar, betul nak suruh aku kahwin cepat ni, bukan apa, duit tak cukup lagi ni., macam mana nak buat majlis nanti.
Aku pon dengan spontan' boleh juga tu mak nanti nak bawa raya tak payah nak gaduh2 dekat2 je., sambil ketawa kecil.
'pandai la kamu., dah tadi kata nak balik, tu barang semua dah kemas belum.
'belum lagi, tak apa bagi pengantin kemaskan., senyum sinis
'haissshh budak ni, dah jom balik., sambil bersalam dengan mak cik dekat situ sempat lagi berborak 'nanti petang saya turun lagi la ea, budak ni tak sabar nak balik dah, sambil muncung hala ke aku.
Aku pon senyum malu kucing la, apa lagi. Sempat la ambil berkat lagi untuk buat makan malam ni. Ada la lebihan lauk kenduri tadi.
************************************
Fuuhhhh.....
Tarik nafas lega, setelah penat tunggang langgang berewang tadi., rehat la sebentar sebelum solat zuhur.
Lama tak rasa berewang ni., sabar je la. Janji puas dapat menbantu orang kampung, kalau tak siapa lagi kn..hmmmBaring punya baring terlelap pula., marah mak aku... Terjaga aku dari tidur ayam-ayam tadi.
'Kamu da solat belum ni, Mak pon penat juga ni' dengan nada sindirnya.
'Belum., ambil nafas jap'..sambil ambil tuala nak mandi.
'Dah cepat...jangan nak lambatkn solat tu., nanti baru tido'.
Baik la., orang nak mandi dulu. No more karok jamban., jap lagi mahu kena ketuk dengan senduk.
Dengan mandi p.ramlee aku pon ambil wuduk dan solat.
Sebelum tidur sebentar ni, tengok info sport la dulu., tengok jadual bola epl live. Nak ajak budak ni pantang ada spurs live kalau tak memang tak keluar rumah la. Yela mana ada mamak buka live game cikai cikai ni.
Die hard spurs katanya..#coysSetelah comfrim game spurs mula awal tak ada tindih dengan game lain aku pon whatasp la mamat tu.
'malam ni jom tengak bola., game spurs main awal jam 8.45 tengok dekat mamak la'.
Aku pon tnggu sambil tertidur.....
Sedar je dah kul 5.., betul penat aku hari ni., hmmm..., lupa la pasal whatasp lalu aku pon tengok respon dia..
Dengan ringkas tak banyak tulis, dia balas 'k' je.
Cun la...
Aku pon balas dengan penuh sopan santun..
Ok deal, jumpa dekat tempat biasa., buat umrah malam ni. Petang ni tak payah borak la, malam nanti sambung.
Dengan sepantas kilat dia balas
KHmmmm..., hampeh betul.., penat aku taip panjang2 dia balas k je.., kurang asam betul.
Yela..jumpa malam nanti.. Aku taip dengan penuh kemarahan dan kebencian.
Aikkkk....penat betul badan aku ni. Dapat urut sedap ni.,lama juga aku tak urut. Ada la dalam 3-5 bulan lepas tu pon teman abah aku urut.,dah alang2 join la,sekali. Aku ingat lagi ayat orang urut aku tu. Orang yang urut pon pelik.,
'ko ni,sakit ke geli..asyik gelak je..' dengan nada pelik dia
'tahan sakit la pak cik'.. Sambil tergelak kesakitan lepas dapat jumpa urut.
Hahahhahaa...pelik betul ko ni..
Dengan hati aku tak kan la aku nak maki sepak pula..., sakit ni tu je cara nak hilangkan sakit.
sakit tetap sakit nak buat macam mana kn..tahan je la.
************************************
Jam da pon 8.00 mlm waktu berita ni., tengok la sekejap kot ad berita sedap ke., mana tahu pak jib letak jawatan.
Gila tak suka...
Ooooo
Begini rasanya hatiku sengsara
Melihat Pak Jib pegang jawatan PM
Kerana dia semua naik
Dengan GST.....Tapi tu semua mimpi, angan tahi anjing., mana mahunya, rakyat malaysia kn sopan santun, lemah lembut, budi perketi (tangan dekat dada, mata ke atas).
Berita utama pasal budak 'diculik'. Tapi bila baca balik, tu semua lakonan., macam haram. Orang punya lah simpati dengan orang tua dia. Boleh dia berlakon kena culik, macam haram., jaga la air muka Mak bapak kita, dia pon malu nak minta maaf dekat masyarakat, mana nak letak muka...adik ooottttt...
Sedar la, kalau nak bebas sekali pon jangan la buat macam tu, menyusahkan semua pihak. Sedar diri sikit., fikir pakai otak bukan kepala lutut.
Hmmmmmm
Lapar pula.., tadi makan sup lembu je tadi., Mak aku pon tak masak ni, panaskan balik lauk kenduri tadi.
Alang2 nak keluar ni makan dekat mamak je la. Nak rasa makanan dekat mamak baru tu. Tengok dia punya pergi macam mana.. Sedap datang lagi, tak sedap selamat jalan.Tengok Jam pon dah jam 8.30 boleh la nak gerak ke mamak ni. Sebelum gerak Whatasp dulu Mamat spurs tu. Kejap lagi dia yang lambat pula.
YOU ARE READING
Kau Siapa
RandomKisah yang tak ada kaitan dengan sesiapa., hanya ilusi dan khayalan mejelma ketika fikiran. Bukan kisah Si penulis, bukan kisah benar, hanya dogengan. Harap enjoy baca karya saya yang tak berapa nak sedap macam secret recipe, tak berapa nak hot mac...