Bab 4
Besarnya t-shirt ni. Mana mamat ni ciplak. Hish! Dah macam jubah pulak aku pakai.
"Eh Qeesya dah siap mandi? Pergilah ke dapur,makan.. Mak Num dah siapkan makanan tengahari" Tegur Mak Num apabila memasuki bilik tetamu.
"hmm..Mak Num.." Panggilku.
"Yee Qeesya?" Sahutnya.
"Baju sapa ni? Kenapa besar sangat?" Amboii Qeesya muluttt! Ini kalau mamat tu dengar mesti mahu saja dia cilikan mulut kau tu!
"Oh itu...itu baju anak Mak Num" Jawab Mak Num sambil menyimpul senyuman. Aku ternganga mulutku. Aduhaii mulut aku ni pun kadang kadang tu memang longkang.
"Eh ye ke? Ma..maaf Mak Num.. Qeesy tak tahu"
"takpe Mak Num tak ambik hati pun, takpayah nak risau okay?"
Aku tersenyum manis ke arah Mak Num. Mak Num pun begitu. Sweet gituh.. hehehe...tak lawakk tak payah nak gelak sangat..
"Dah,tak payah nak romantik sangat..pergi makan" Aku tersengih kambing. Malu..
******
"Aku nak balik!!!" Jeritku kuat. Satu Villa bergema."Hishh kau ni kan.. pandai datang,pandailah kau balik sendiri!" Balas Ziffendi tidak mahu mengalah.
"Fendi!! Aku tak kira jugak!! Aku nak BALIK!!!" Aku tak tahu nama sebenar lelaki ni.. Bila aku tanya nama dia.. Dia cuma jawab Fendi. simple!
"Eh kau yang ikut aku kan.. so? Apa pasal pulak aku nak kena hantar kau balik?! Balik sendiri lah!"
"Fendii... Dah lewat ni.. Sampai hati kau nak biarkan aku balik sorang diri?Please..." Aku merayu lagi.. Kali ini aku kendurkan sedikit suara and...buat muka kiut hahhahahaha.
"Esok aku hantar!!"
"Malam nii..pleasee"
"Nope! Aku penat..Aku naik tido dulu"
Aku diam sejuta bahasa bila Fendi bergegas naik ke biliknya tanpa hiraukan aku. Aku menyebikkan mulutku. Huwarghhh!!! Nak balik!!! Kenapalah aku masuk dalam kereta dia tadi... Arghh! Senget benget tudung yang aku pakai.. Stress sungguh!
******
Villa ni kann memang besarr... Best giller kalau aku boleh duduk di sini .. yahuuu!!!! Besarnya macam istana. Uhhh! Aku mula berangan menjadi 'Puteri Kayangan'.."Indahnyaa pemandangan di sini.. angin sepoi sepoi yang bertiupan menyapa tubuhku.. Cuaca pada malam hari sungguh asyik.. Sang rembulan purnama pula bercahaya penuh mempersonakan apabila sang bintang berkelipan di sekelilingnya" Aku mula berpuitis apabila berangan. Aku menari penuh keasyikan sambil mendengar lagu 'Dunia khayalan'.
"Sewel rupanya perempuan ni. Pening aku dalam sehari ni layan karenah dia.." Ziffendi memeluk tubuhnya. Dari atas dia melihat Waqeesya yang sedang leka dengan tariannya. Ziffendi menggelengkam gelengkan kepalanya. Kelakar pun ada bila tengok.
"Dunia khayalan...dunia impian..dunia khayalan,dunia impian..haaaa.." Aku turut menyanyi mengikut rentak lagu yang dimainkan. Habis kuntuman bunga yang aku petik.
Dalam tidak sedar, Ziffendi tersenyum sendirian. Mungkin terhibur dengan perlakuan Waqeesya.
******
"Bad news! Bad news uolls!!!" Jerit Atiqah sambil berlari anak menuju ke kelasnya. Semua student yang tadinya berborak dalam kumpulan bukan main rancak terus bergegas menuju ke arah Atiqah. Ingin tahu apa yang telah berlaku."Apahal?" Soal Daisya yang tidak sabar menanti jawapan dari Atiqah.
"Kulapuk!!!"
"Kenapa dengan dia?" Soal Fiyqa rakan sekelasnya.
"Diaa!!! Dia dengan Ziffendi!!!"
"straight to the point boleh tak?" Marah Qayyum apabila Atiqah melambat lambatkan perceritaannya.
"Ziffendi datang kampus dengan perempuan tuh!" Keluar jugak 'bad news' yang nak disampaikan olehnya. Semua student apalagi.. terkejut sakan lah!
"What?!!!"
YOU ARE READING
Saranghae Miss Pangiet!!
RandomWaqeesya Fayla seorang gadis yang agak comot,selekeh dan disebabkan wajahnya yang ditumbuhi 'jerawat',dia dihina oleh rakan rakannya di fakulti. Dia digelar sebagai 'Miss Kulapuk' oleh rakan sefakulti dengannya. Ziffendi Harraz Tan Sri Daniyal seora...