Bab 5
"Apa?!!! aku tak salah dengar kan?!" soal salah seorang student di situ. Kafeteria yang tadinya bukannya main rancak bising dah macam pasar malam kini dilanda kebisuan. Penyakit betul! aku berjalan sambil menundukkan wajahku menghadap lantai. Kenapa dengan diorang ni? soal aku sendirian. Aku ada buat salah kot? Student di situ masing masing berbisik ,entah apa yang dibisikkan pun tak pasti. Yang pastinya bila aku masuk sini terus bisu!!"Eeiii... tak sedar diri!" Perli salah seorang student di situ. Aku berlagak selamba. Biarlah apa diorang nak kata pun.. Aku tak kisah dah..
"Haaa...Kulapuk tak sedar diri kita dah sampai... Beli apa? Kulapuk ke?" Tegur Atiqah menghampiri diriku. Geng geng seangkatannya mengepung aku. Arghhh! Apa lagi diorang nak buat ni?!
"Kau pergi mana kemareng hah?!!" Soal Atiqah sambil menunjal nunjal kepala aku.
"Kau pergi Villa Dilya kan?" Soal Mia pulak menolak belakang aku dan terdorong berhadapan dengan Tasya. Nasiblah tak kena dengannya!
"Heyy!!! Jawablah!!" Tengking Atiqah. Kulitnya yang putih gebu sudah bertukar merah udang bakar.
"T..takk" Jawabku tersekat sekat.
"Tipu!!!" Atiqah menengking aku lagi. Kali ini dia menarik tudungku serta rambutku.
"Jawab dengan betul!!! Kau pergi Villa Ziffendi kan?!"
"Ad..aduh,sak...sakit" Aku merayu padanya tapi lagi dia menarik tudungku sampai terlucut butang.
"Hey, sudah lahh..kesian dia" Tegur seorang pekerja kafeteria yang menghampiri Atiqah.
"Kau diam lah orang tua tak sedar diri!!! Kalau kau ikut campur, aku akan pastikan pekerjaan kau hilang!" ugut Atiqah geram.
"Hey Qeesya!! Jawablah Atiqah tanya tu!"
"Tak.. Aku tak pergi pun" Jawabku jujur. Setahu aku, aku pergi Villa Fendi and bukan Ziffendi.. Eh kejap!! ke Fendi dengan Ziffendi tu orang yang sama?
"Kurang ajar!!!" Atiqah terus menolak aku jatuh ke lantai. Kepalaku pulak terhempap pada lantai marmar. Aduh! Boleh hilang ingatan aku macam ni. Aku hendak bangun tapi kepala aku semakin pening. Aku boleh nampak bintang bintang kecil berpusing di atas kepalaku..
"Woii!!" Tengking satu suara garau yang sedang menghampiri kami. Aku tak pasti siapa pemilik suara singa tu.. Mataku semakin kelabu dan kelabu...akhirnya... gelap gelita semuanya.. Aku merasakan ada orang mencempungku..
"I ingatkan U ni perempuan yang baik baik tapi rupanya teruk dari syaitan!" Tengking Ziffendi ke arah Atiqah dan terus berlalu sambil mencempung Waqeesya.
Semua student di situ turut terperanjat dengan tengkingan Ziffendi. Atiqah diam seribu bahasa. Maluu! Sebutir permata satu demi satu mengalir.
'Ini semua salah kau Qeesya!! Kau tengok apa aku akan buat pada kau selepas ni!' Tekad Atiqah dalam hati. Dia mengenggam buku lima. Arghhh!!!!*****
"Kau kenal dia kat mana ni?" Soal Fiyad sambil merenung Waqeesya yang sedang lena di atas katil."Kemareng dia ikut aku balik Villa"
"Whatt?!!! kau biar betul Fen?" Bukan main terperanjat Ryan yang tadinya hanya mendiamkan diri.
"Betul lahh.. apa pulak tak betul"
"Aku rasa dia ni secret admirer kau" Teka Mikail sambil berpeluk tubuh.
"Maybe..."
"Apa yang bising sangat ni woii!!! Aku nak tido lah!!! Sakit kepala tahu tak?!!" marahku apabila terdengar bunyi suara yang menganggu tidurku.
"Wuishh, garangnye" Kata Ferris terperanjat.
Aku mencelik mataku luas.. Aku rasa tadi aku kat kafe kan? Lepas aku jatuh aku terus tak ingat.. Aku kat mana ni? Soalku sendirian.. Aku bangun dari tidurku dan bersandar pada kepala katil.. aku meraba kepalaku yang berdenyut sakan tapi dah ditampal plaster. Aku melihat sekeliling.. macam kenal je tempat ni.. Aku mangalih pandangan pulak ke arah 5 orang lelaki yang amat tampan sedang merenung ke arahku. Kat mana ni? Penglihatan yang tadinya kabur kini sudah jelas..bukan main terkejut aku melihat lelaki lelaki yang merenung aku itu. Macam nak makan aku je! Aku memeluk tubuhku sambil membalas renungan mereka.
"Apa?!!" Tengkingku tapi mereka hanya menyimpul senyuman. Senyuman penuh makna.. Aku meraba kepalaku. TIDAK BERTUDUNG! Mataku sudah merah. Sebutir permata mengalir keluar dari mataku. Mereka yang tenung aku tadi terus jadi gelisah.
"Relax Qeesy..kita orang tak buat apa pun dengan kau." Kata salah seorang daripada mereka yang aku tidak kenali.
"Keluar!!!!" Tengkingku kuat. Aku sudah membahang. Malu bukan sekuali lagi tapi dah sekawah dah! Aku ligat mencari tudungku apabila mereka keluar dari bilik.
"Sorry laa kalau kita orang buat kau rasa malu.. Dari kafe tadi lagi tudung kau tertanggal" Pujuk Fendi dari luar.
"Pergilah!!!" Tengkingku lagi. Aku kembali menangis apabila mereka sudah pergi. Arghh!!! Aku menyembamkan mukaku ke bantal. Melepaskan segala masalah di situ.
YOU ARE READING
Saranghae Miss Pangiet!!
RandomWaqeesya Fayla seorang gadis yang agak comot,selekeh dan disebabkan wajahnya yang ditumbuhi 'jerawat',dia dihina oleh rakan rakannya di fakulti. Dia digelar sebagai 'Miss Kulapuk' oleh rakan sefakulti dengannya. Ziffendi Harraz Tan Sri Daniyal seora...