Sudah tiga hari Hisoka tidak pulang ke rumah. Bagasi besar di bawah katil pun tak ada. Dalam almari pula masih ada beberapa helai pakaian. Agaknya, bila dia akan kembali ke rumah ni? Aku rasa sunyi tanpa dia.
Tiba-tiba, pintu rumah aku diketuk oleh seseorang. Lantas aku keluar dari bilik Hisoka dan menapak turun anak tangga menuju ke pintu utama. Pintu dibuka. Aku melihat sesosok tubuh wanita cantik di hadapan pintu. Seseorang yang sangat sempurna di mataku, Akiko. "Kenapa awak datang ke sini?"
Senyuman manisnya buatkan hati aku berbunga-bunga. Dia menghulurkan sekotak hadiah yang bersaiz sederhana. "Selamat hari lahir, Doktor Ryoma."
Hari ini hari lahir aku? Oh, macam mana aku boleh terlupa pula. Mungkin sebab aku terlalu risaukan Hisoka sehingga pula tentang hari lahir sendiri. Maklumlah, selama ini hanya Hisoka yang beria-ia menyambut hari lahir aku.
Aku menerima hadiah tersebut. "Terima kasih."
Tanpa diduga, Akiko masuk ke dalam rumah aku. "Awak sendirian je ke? Apa kata, biar saya temankan awak malam ni."
"Er....Tak perlulah." Kenapa dengan dia? Dia menarik tangan kanan aku dan menuju ke arah sofa di ruang tamu.
Dia menolak tubuh aku di atas sofa. Hadiah yang aku pegang tadi diambil dan diletakkan di atas meja. "Apa salahnya. Malam ni saya tak buat apa-apa. Bosanlah."
"Apa yang kamu nak buat ni?" Aku mula cuak apabila dia menyentuh dagu aku. Dia nak cium aku ke?
"Saya nak berikan hadiah istimewa ikhlas daripada saya." Wajahnya dirapatkan pada wajah aku. Badan aku kaku seperti diikat dengan besi.
Pintu rumah diterjah oleh seseorang sebelum sempat Akiko mengucup bibir aku. Aku melihat ke arah pintu rumah. Hisoka berdiri di situ. Wajah kirinya berlumuran darah, leher kanannya bercalar, topinya juga berlubang, bahu kanannya pula ada kesan peluru dan pada pinggang kirinya ada kesan tikaman. Pada tangan kanannya memegang sepucuk pistol. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah amarahnya.
"Hisoka?" Aku terkejut apabila melihat kecederaannya. Sangat parah. "Apa yang dah berlaku?"
Akiko melepaskan dagu aku lalu berdiri di sebelah kiri aku. "Kau bunuh orang ke?" Soal Akiko tatkala melihat ke arah Hisoka.
Hisoka mengatur langkah menuju ke arah ruang tamu sambil menghalakan muncung pistol ke arah Akiko. "Jangan ingat kau boleh perbodohkan Doktor Ryoma dengan cara kau tu. Sebab dia tak ada selera dengan perempuan macam kau ni."
Senyuman pada wajah Akiko telah hilang. Dia tampak marah kepada Hisoka. "Apa maksud kau? Doktor tu lelaki. Tak mustahil dia sukakan aku."
Langkah Hisoka berhenti tiga tapak di hadapan Akiko. "Jangan ingat aku tak tahu siapa kau, Kitsuna Akiko. Penjenayah yang paling dikehendaki di Berlin. Kau cuba dekati Doktor Ryoma supaya dia jatuh cinta kepada kau. Lepas tu, kau jadikan dia korban untuk bangkitkan semula suami kau yang dah mati tu."
"Apa yang kau merepek ni?" Lantang dia bersuara.
"Kau seorang ahli sihir yang sangat licik. Tapi jangan fikir aku tak tahu." Satu das tembakan dilepaskan ke arah Akiko lalu terkena tepat pada bahu kanannya. Darah mengalir membasahi lantai dan berasap seperti asid.
Akiko ialah ahli sihir kegelapan ke? Aku tak sangka wanita secantik dia ialah orang yang macam tu.
Tiba-tiba, tawaan Akiko kedengaran. "Kau? Aku rasa macam kenal je. Tapi dekat mana, ya? Nama kau Hisoka, kan? " Akiko mengatur langkah menghampiri Hisoka.
Aku bingkas berdiri. "Akiko! Hisoka! Hentikan semua ni."
Akiko berpaling ke arah aku. "Awak diam. Jangan masuk campur urusan kami." Matanya bertukar menjadi merah. Kemarahannya jelas kelihatan pada wajahnya. Aku kaku dan terdiam. Mulut aku dah dikunci.
Hisoka menerkam Akiko sehingga jatuh ke lantai. "Lepaskan dia!" Pistol diacukan tepat pada dahi Akiko.
"Aku dah ingat. Kau ialah peramal tu, Michi Hisoka. Budak yang hilang dari Berlin pada lima tahun lepas." Tangan kanannya memegang muncung pistol sehingga remuk.
Kemudian, Hisoka menjauhkan diri daripada Akiko. "Aku tak akan benarkan kau sentuh Doktor Ryoma sebab dia milik aku!"
Hisoka cuba lindungi aku? Adakah dia maksudkan dia cintakan aku dengan kata-katanya tadi?
"Dia bukan lagi milik kau lepas kau dah mati." Akiko meluru ke arah Hisoka dengan sebilah pisau yang datang entah dari mana.
Hisoka mencapai sepucuk pistol dengan pantas dari poket seluar belakangnya lalu melepaskan sedas tembakan tepat pada jantung Akiko. Akiko rebah ke lantai. Selepas itu, Hisoka melepaskan tembakan tepat pada hadiah yang diberi oleh Akiko. Ada cecair merah yang wangi mengalir keluar dari kotak itu dan menitis ke lantai. Cecair itu mengeluarkan asap seperti asid dan meninggalkan lubang pada karpet.
Dua das tembakan dilepaskan tepat pada kepala Akiko dengan wajah tanpa perasaan. Akiko lenyap selepas tembakan terakhir. Pergerakkan aku kembali bebas.
Hisoka mengatur langkah menuju ke arah aku. "Kalau saya lambat sesaat lagi, mesti Doktor Ryoma dah jadi korban dia. Kalau dia berjaya cium doktor tadi, dia akan ambil jiwa Doktor Ryoma. Lepas itu, beri doktor minum racun tu. Dia buat semua tu sebab dia mahu hidupkan semula suaminya yang telah mati seminggu yang lalu."
"Macam mana kamu tahu dia jahat?" Aku menghadap ke arahnya.
"Sebab saya pernah nampak dia campurkan racun dalam kopi latte di kafe hari tu," jelasnya yang berdiri di hadapan aku.
"Jadi, sebab itulah awak buat hal hari tu."
"Ya."
"Hisoka, saya nak minta...." Hisoka hilang keseimbangan sebelum sempat aku meminta maaf kepadanya. Aku menyambut tubuhnya dari jatuh ke lantai. "Hisoka!"
YOU ARE READING
DOKTOR PERIBADI ATAU 'BOYFRIEND' PERIBADI
RomansApakah hubungan antara Mitsue Ryoma dengan Michi Hisoka? Hayatilah kisah antara mereka berdua, doktor dan pesakit.