Hisoka berdiri di hadapan aku. Mata bertentang mata. "Hai," sapa Hisoka kepada aku.
"Hai." Dia langsung tak berubah. Masih sama macam dulu. Berpakaian seperti lelaki tapi bukan dalam waktu bertugas.
"Hisoka ingat lagi tak Doktor Ryoma. Dulu Hisoka pernah tinggal serumah dengan dia," jelas kakak sambil menghampiri Hisoka.
Hisoka melihat ke arah kakak. "Er... Saya tak ingat pula pasal tu. Tapi nama dia saya rasa macam pernah dengar. Dalam telefon dan diari saya pun ada nama dia."
Aku terkejut apabila mendengarnya. Dia dah hilang ingatan rupanya. Aku mendekato Hisoka. "Hisoka, awak dah lupakan saya ke? Saya Doktor Ryoma, doktor peribadi awak dan teman lelaki peribadi awak." Aku harap dia dapat ingat semua itu. Aku tak mahu kehilangannya lagi.
"Doktor peribadi dan teman lelaki peribadi?" Jelas pada wajahnya perasaan tertanya-tanya.
"Ya." Jawab aku dengan senyuman.
Kami memulakan semula hubungan kami di samping membantu Hisoka mendapatkan kembali ingatannya secara perlahan-lahan. Pegenalan kami bermula dengan "Hai, apa khabar? Nama saya Mitsue Ryoma, doktor dan boyfriend peribadi kamu. Selamat kembali di sisiku."
"Akan ada seorang gadis yang mencari identiti dirinya pada saat dia keseorangan. Dia ialah seseorang yang sering memerhati setiap gerak-geri Doktor Ryoma sejak dulu lagi. Tolonglah perkenalkan diri Doktor Ryoma kepada dia nanti. Ceritakan segalanya tentang diri Doktor Ryoma dan dirinya kepada dia." Itulah maksud disebalik kata-kata Hisoka sebelum ini. Ya, perkenalkan diri aku kepada Hisoka yang baru di hadapan aku ini.
"Khabar baik. Saya, Michi Hisoka. Seorang detektif dari Berlin." Berlin ialah tempat kelahirannya. Wajah kacukan Jepun-Jerman ini memang cantik atau kacak. Memang dari dulu lagi aku tak tahu nak bezakannya sebab wajahnya sangat sesuai untuk jadi sesiapa saja yang dia mahu, lelaki atau perempuan.
Inilah kisah aku sebagai seorang doktor peribadinya dan teman lelaki peribadi. Sentiasa ada di sisi pada saat dia memerlukan aku. Aku harap hidup kami lebih bagus daripada sebelum ini. Tapi ada satu perkara yang tidak akan berubah iaitu kami sentiasa dikelilingi oleh darah, antara doktor pakar bedah dan penyiasat yang bersenjata.
Hai apa khabar para pembaca? Harap kalian terhibur dengan kisah yang saya hidangkan kini. Kali ini cuma cerita pendek sahaja yang mampu saya berikan semperna hujung tahun ini, Selamat tahun baru :)
-Mizuki_Anazuki-
YOU ARE READING
DOKTOR PERIBADI ATAU 'BOYFRIEND' PERIBADI
RomanceApakah hubungan antara Mitsue Ryoma dengan Michi Hisoka? Hayatilah kisah antara mereka berdua, doktor dan pesakit.