10 tahun lepas,
Musim luruh sudah tiba dan aku berada di taman, bersama senior aku yang sangat aku sayangkannya. " S-saya, sukakkan awak, Taehyung sunbae " kataku dengan gementara dan risau, aku takut.
Di situlah hatiku terasa sakit
Hujan lalu tiba tiba sahaja turun membasah bumi. " Saya gembira mendengarnya " kata Taehyung lalu menunjuk senyumannya, aku dapat berasakan pipiku sudah mulai merah.
Kim Taehyung, setahun tua dari aku dan senior yang sentiasa periang dan hyperactive.
" Thanks "
Aku bukan menunggu jawapan itu tetapi aku jawapan yang sebenar awak, Taehyung sunbae. " Mianhae.." katanya berlalu pergi, aku terduduk dan hujan menurun basahi badan aku.
Aku menangis teresak esak, tak sangka dia akan menolak cintaku ini. Nampaknya cinta aku hanya tepuk sebelah tangan.
" Kenapa kau nak menangis benda yang mengarut ni?? " aku terdengar suara itu, dan aku tidak merasakan hujan membasahi aku. Rupanya ada payung yang dibawa oleh....
" Wonwoo "
" Dah kau jangan nak menangis disebabkan dia tuh, kau sepatutnya gembira sbb.... aku akan jaga kau "
Gedebukkkk!!
" Adoii!! "
" Aduhai, AeRa.. perlu ker kamu jatuh katil nii?! " ibuku yang baru sahaja masuk bilikku hanya menggeleng, aku hanya memgosot kepala sahaja. " Dah.. cepat kamu dah lambat ke sekolah ni, hari ni kan kamu ada majlis " kata ibuku.
Sejak aku jejak sekolah baharu aku mula rindukan Wonwoo. Baru baru ini, Wonwoo sedang menghabiskan masanya dengan latihannya di Pledis. Penyanyi rap, bukan?? Impian yang ia ingin mencapaikan.
Aku pula?? Aku hanya sibuk dengan kerjaku yang kini ahli rookies SEVENTEEN akan buat persembahan dan aku hanya mengawal muzik sahaja.
[ DI SEKOLAH ]
Aku hanya termenung di tingkap, hari ini tiada pape sebab ada persembahan istimewa. Aku duduk di tempat lepak aku yang sangat digemari oleh budak budak tahu belajar atau dilabelkan Nerd, suasana yang sunyi sepi mana taknya dioramg suka.
Aku mula gerak ke kelas, melihat Hanbin sedang rap di hadapan kelas. Aku hanya melihatnya sambil bertepuk tangan, " Kau buat dengan baiklah, Hanbin " kataku dengan tersenyum. Alololo sipu malu pula dia nii xD
" Aera, kau tengah cari partner untuk menguruskan alatan muzik bukan??? " soalannya, aku hanya menganguk. " Kalau camtu, aku jadi partner kau " katanya. Finally ada orang sudi jadi partnerku~ yalah, siapa tak kenal Aera si Singa Garang??
" Thanks beb!! "
[ DI DEWAN ]
Semua pelajar dan guru, sila berada di dewan sekarang.~ terima kasih~
Setelah guru membuat pengumuman, cikgu disiplin aka Cikgu Bae Irene datang ke arah aku dan Hanbin. " Kamu berdua sila pastikan alatan muzik dan yang lain teratur, okay? "
Kami berdua menganguk serentak.
" Cikgu Bae!!! "
Seorang pelajar lari lintang punkang menujubke arahnya, " Kenapa ni, Yeri?? " soal Cikgu Bae, Yeri menarik nafas dan hembus kerana kepenatan berlari. Budak ni datang daripada mana?? Nak kata kat planet alien, takderlah sampai nak lari macam orang gila .-. UFO kan ado??
" Pengacara untuk majlis ni.. " Yeri mengambil minuman yang dipegang oleh Kangmin yang baru sahaja muncul, " Kenapa dengan Wendy?? " soal Cikgu Bae lagi, mana tak risau pengacara majlis yang selalu dipegang oleh Wendy sunbaenim??
" Dia tak dapat hadir sebab dia ada hal untuk diselesaikan dengan keluarganya " kata Yeri, inilah ia malapetaka sudah tiba. Aishh, siapa pula nak ganti ni?? Selalunya Wendy sunbae yang jadi pengacara, siapa yang berani nak jadi krg ada yg terkencing dalam seluar tak ke naya ??
" kalau macam tu.. " Cikgu Bae memanjangkan ayatnya lalu memandang ke arahku, Hanbin, Kangmin dan Yeri pun sama?! Tunggu, jangan cakap yamg aku akan jadi..
" Kamu gantikan tempat Wendy, okay?? " kata Cikgu bae dengan senyuman manisnya, hati aku bagai lari kena kejar zombie pun ada!! Gila . Aku dah ada kerja tapi Cikgu Bae nak aku jadi pengacara??
Walaubagaimanapun, aku terpaksa setuju. " Saya setuju even terpaksa " kataku, mereka berasa lega kerana aku setuju tanpa bantahan. Cikgu Bae tahu, sebab aku pernah jadi pengacara di sekolah lama aku dulu.
" Okay Aera, silakan " kata Cikgu Bae, lalu aku keluar. Aku sekarang dihadapan pentas, aku memegang mic dan kertas untuk dibaca. Okay Aera, here we go..
" Apa khabar semua, saya akan gantikan pengacara majlis kerana dia tidak dapat hadir pada hari ini.. Sebagai pengantinya, saya mempersilakan Pengerusi Sekolah Kim Seok Jin membuat ucapan yang ringkas. "
Pemgerusi Kim datamg kearahku lalu aku memberikan mic padanya. Aku lalu terus masuk ke dalam dengan keadaan tenang tapi sebaliknya tak. Setelah dengar daripada ucapan Pengerusi Kim, aku lalu keluar dan memegang mic.
" Terima kasih, Pengerusi Kim. Sekarang, saat yang ditunggu-tunggu, dipersilakan~ SEVENTEEN!! "
Semua pelajar sorak dan gemuruh pada ahli rookie itu, aku berada dibelakang pentas. " Kau buat dengan baiklah, Aera " kata Hanbin, aku tersengeh sebab itu aku suka kawan dengan Hanbin sebab dia yang faham perasaan aku. Kami berdua lalu melihat persembahan mereka dibelakang pentas.
Kejap, itu bukankah...
" Wonwoo "
YOU ARE READING
EMO BOY
FanficPertemuan antara aku dan dia membuatku rasa gembira tetapi, dia sudah menjadi emo walaupun kami berjumpa. Dimana Jeon Wonwoo yang aku kenal?? Adakah dia sudah pergi tanpa tinggalkan apa apa?? Adakah dia menjadi emo kerana aku??