Part 1

3.4K 148 5
                                    


••••••••••••••••

Pagi yang indah. Burung berkicauan. Langit kebiruan. Sangat tenang dan segar.

Di dalam sebuah apartment(?) yang baru di duduki oleh sepasang suami isteri yang baru digelar semalam, masing-masing masih lena di buai mimpi.

Rahee mula tersedar dari tidurnya. Digosok matanya sambil memandang sekeliling. Rahee baru tersedar yang dia bukan lagi berada di dalam bilik di rumah Omma dan Appanya. Kini dia tinggal bersama suaminya yang tercinta.

Rahee memandang suaminya yang berada disebelahnya itu. Rahee mengiringkan badannya menghadap suaminya yang masih lena dibuai mimpi itu.

Rahee tersenyum memandang wajah suaminya. Comel. Rahee memandang jam dinding yang tergantung di dinding. 8 pagi.

Badan Rahee berasa sangat letih kerana semalam dia harus melayan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka dari pagi hingga malam.

Rahee terus bangun dan menyelak selinut tebal yang berwarna putih yang menyelimutkan badannya. Rahee menurunkan kedua belah kakinya.

Rahee membutangkan baju kemeja suaminya yang tersarung di tubuhnya. Rahee memandang suaminya dan menarik selimut tebal itu menutupi badan suaminya.

Rahee bingkas bangun dan berjalan keluar ke dapur untuk membuat sarapan. Tangan Rahee lincah memasak untuk suaminya.

*********

Jin tersedar dari tidurnya selepas mendengar bunyi bising dari luar biliknya.

Jin memandang disebelahnya. Tiada kelibat isterinya disebelah. Jin terus membuka almari bajunya dan menyarungkan baju T-shirt di badannya.

Kakinya terus melangkah keluar ke dapur mencari isterinya. Jin terlihat Rahee sedang memotong tomato membelakanginya.

Jin tersenyum melihat Rahee. Rahee kelihatan comel dengan baju kemejanya. Paha Rahee yang putih menjadi perhatian Jin.

Jin berjalan perlahan-lahan supaya tidak di ketahui oleh Rahee. Dengan perlahan-lahan pinggang Rahee di peluk erat dan membuatkan Rahee terkejut.

"Oppa.. Kamchagiya.."

Rahee mengurut dadanya. Jin tersengih menampakkan barisan giginya. Jin meletakkan dagunya di atas bahu Rahee sambil melihat Rahee sedang memotong buah tomato.

"Oppa dah lapar?"

Rahee menyoal sambil memandang wajah Jin. Jin masih tak melepaskan pelukannya. Jin membalas dengan anggukan. Rahee tersenyum lalu mencium pipi Jin.

"Jamkamanyo.. Sikit lagi."

"Ani. Oppa nak 'makan' chagi."

Jin berkata lalu mengeratkan pelukannya.

"Hajima. Kita sarapan dulu."

********

Selepas bersarapan, Rahee dan Jin membersihkan diri.

"Chagi, jom keluar?"

Jin mengajak selepas menyarungkan bajunya. Badannya sudah segar dan wangi. Jin melihat kearah katil. Kelihatan Rahee sedang ralit bermain dengan telefon.

Jin terus berjalan kearah Rahee di atas katil. Jin memanjat katil dan meletakkan kepalanya di atas paha gebu Rahee. Rahee tersenyum dan geli kerana rambut Jin yang lembut itu menyentuh pahanya. Pada masa itu Rahee memakai seluar pendek sahaja.

"Oppa bosanlah."

Jin berkata sambil memuncungkan mulutnya memandang Rahee. Rahee meletakkan telefonnya di atas meja yang terletak di tepi katil. Rahee mengusap rambut Jin dengan lembut.

"Oppa nak pergi mana?"

Rahee menyoal lalu mengusap pipi Jin. Jin terlena dengan usapan lembut Rahee.

"Kita duduk dalam rumah jelah."

Jin berkata sambil tersengih. Rahee membalas senyuman Jin lalu mencuit hidung Jin.

"Oppa mesti penatkan? Jom kita tidurlah."

Rahee mengajak dan membuatkan Jin mengangguk laju. Jin bangun dan mendekatkan mukanya dengan muka Rahee.

Rahee tersenyum lalu memeluk leher Jin. Jin perlahan-lahan mencium bibir Rahee.

Bibir Jin mula turun ke leher Rahee. Rahee dapat merasakan hembusan nafas panas dilehernya.

Tangan Jin mula membuka 3 butang baju Rahee. Jin menyelak baju Rahee yang menutupi leher Rahee. Bahu kanan Rahee terdedah.

Jin mencium bahu kanan Rahee. Bau wangian badan Rahee menusuk hidungnya.

'Ting! Tong! Ting! Tong!'

Rahee dan Jin berpandangan. Sekali lagi bunyi loceng pintu mereka ditekan.

Tanpa Jin bersuara, dia terus melangkah keluar dari bilik tidurnya. Rahee pula membutangkan semula bajunya yang dibuka oleh Jin tadi.

"Nugu?"

Jin menyoal sebelum dia membuka pintu apartment(?)nya. Kelihatan senyuman terukir di setiap wajah manusia di luar selepas Jin membuka pintu.

"Oppa. Nugu?"

Rahee menyoal sambil melangkah menghampiri Jin di pintu.

"Oh?"

Rahee membulatkan matanya memandang manusia yang berdiri diluar apartment(?) mereka.

LOVE [ Jin BTS ]Where stories live. Discover now