Tingkat 25, Menara Triumph
Nik meregangkan otot-ototnya sambil memejamkan mata. Merehatkan urat mata yang sudah tegang akibat menghadap skrin komputer dalam mada yang lama.
Seketika, dia terimbau sekejap zaman lampaunya. Tidak pernah dijangka yang dia akan duduk di kerusi dan berkhidmat dengan syarikat ini. Masa dirasakan berlalu dengan pantas.
Serasa seperti baru sahaja dia mendapat surat tawaran biasiswa daripada syarikat Triumph ini untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Hati berbisik syukur dengan nikmat dan kesempatan yang telah Allah berikan kepadanya. Setelah tamat pengajian, Nik perlu berkhidmat dengan syarikat ini selama 6 tahun sebagai salah satu prasyarat biasiswa yang dia terima. Kini, sudah hampir 3 tahun dia bekerja di sini. Dia selesa dengan layanan yang diberikan oleh pekerja di sini, lebih-lebih lagi daripada majikannya, Tan Sri Musa.
Bahkan, ada beberapa individu dalam syarikat ini yang tidak menyenangi hubungan rapatnya dengan Tan Sri. Sedangkan dia rapat hanya atas dasar kerja.
Nik dikagumi oleh Tan Sri Musa dan semua staf di syarikat oleh kerana kebijakan dan komitmen dia yang memberansangkan. Pendek kata, he's a fast learner. Dia mampu menjalankan tugasnya dengan baik malah merekrut pekerja lain walaupun dia baru sahaja bekerja di Triumph.
Tok tok tok
Nik tersentak.
"Come in"
"Maaf Encik Nik, Tan Sri nak jumpa" ujar Zakiah setiausaha Nik.
Nik mengangguk sekilas sambil mengemas mejanya.
Sesampai sahaja di bilik Tan Sri, Nik dijemput duduk.
"Nik, kita dapat project drilling terbaru daripada Hong Kong Industries. Saya minta awak lead projek ni" ujar Tan Sri Musa
"Tan Sri dah terima? Bole saya tgk proposal dahulu?"
Tan Sri Musa mengambil fail dari side mejanya lalu diserahkan pada Nik.
"Saya percayakan awak utk lead projek ni Nik, apa2 awak boleh direct saya atau Irsyad terus" luah Tan Sri bersama senyumannya.
Nik membelek helaian proposal dengan dahi yang berkerut. Seolah olah sedang cuba mencerna isi kandungan proposal itu.
Tan Sri Musa tersenyum nipis. Inilah sebabnya kenapa dia begitu kagum dengan anak muda ini, setiap tugasan yang diberikan tidak pernah ditolak walaupun dia baru pertama kali melaksanakannya. Jauh sekali merungut akan setiap bebanan yang diberikan. Nik pasti akan terima dan melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Malah dia tidak malu bertanya dan memberikan pendapat dengan setiap tugasnya.
Mana mungkin zaman sekarang ni nak jumpa pemuda yang bijak dan rajin seperti Nik. Tidak sia sia biasiswa yang diberikan oleh syarikatnya kepada Nik bagi melanjutkan pelajarannya sehingga keperingkat Sarjana. Nik memang satu dalam seribu
"Nik, esok anak saya, Zara akan pulang dari New York, jadi next week, saya mahu kamu bawa dia ke mesyuarat bersama team HK Industries, sebagai satu pendedahan pada dia" arah Tan Sri Musa
"Baik Tan Sri" balas Nik. Setelah meminta diri, sempat Tan Sri Musa mengingatkan dia agar datang ke majlis di kediamannya sempena meraikan kepulangan satu-satunya anak perempuannya ke tanah air.
Kota Damansara
Puan Sri Aisha menghampiri suaminya, Tan Sri Musa sambil berbisik,
"Awak yakin ke Nik akan datang malam ni? Tak nampak pun dia dari tadi." Tanya Puan Sri Aisha
YOU ARE READING
Zara & Qasya
RomanceTerpisah sejak kecil, kembar tidak seiras, Zara dan Qasya dibesarkan dalam latar belakang keluarga yang berbeza. Zara hidup mewah di tengah bandar, manakala adik kembarnya Qasya berhempas pulas menyara hidup di pinggir bandar... Nak tahu lebih baca...