4: Calon

9 0 0
                                    


Faiq menekan loceng sebuah banglo yang bercat warna coklat. Walaupun dipisahkan oleh pagar besi yang tinggi kira-kira 8 kaki itu, dari luar nampak seperti tiada orang berada di dalam rumah. Peluh didahi diseka perlahan

'Ishh..takkan lah Pak Guard pun takda dalam rumah ni', bebelnya

"Ye Encik, maaf lambat. Nak jumpa siapa?", sapa seorang lelaki tua berumur awal 40-an kepadanya. Sekilas matanya melirik ke arah kereta Range Rover dibelakang Faiq.

"Saya Faiq, saya datang ni nak pulangkan kereta Cik Zara yang rosak semalam. Ni dah selesai dibaiki",

"Oh, bawa masuk la Encik", kata lelaki itu lantas membuka pintu pagar besi.

"Siapa tu Pak Mid?", terjengah-jengah Dato' Zainab, nenek kepada Zara ke arah kereta yang meluncur masuk ke dalam rumah. Matanya memerhati jejaka muda di hadapannya. Senyuman diukir.

Faiq yang terpinga-pinga lantas memperkenalkan diri. Kelihatannya Dato' Zainab begitu ramah menyapanya. Dia yang berniat mahu terus pulang ke bengkel selepas menghantar kereta terbantut apabila Dato' Zainab beria-ria mengajaknya makan tengahari bersama.

"Panggil nenek je Faiq, tak perlu berdato' bagai. Nenek memang tinggal seorang kat rumah ni. Cuma kadang-kadang ada juga cucu-cucu balik stay sini. Zara je yang selalu balik sini," ramah sungguh Dato Zainab bertanya itu dan ini. Malah dia tidak kekok berkongsi cerita tentang keluarganya dengan Faiq. Sepertinya sudah dianggap sebagai cucu sendiri.

Dia berasa selesa dengan Faiq yang benar-benar pandai melayan orang tua. Lama rasanya dia tidak berbual-bual mesra dengan cucunya yang lain. Paling-paling bila mereka balik isu harta yang dijadikan bahan bualan.

Sedar tak sedar sudah lebih 2 jam Faiq di rumah agam itu. Baru sahaja dia ingin meminta diri, terdengar suara Zara yang baru pulang di muka pintu.

"Eh, you buat apa kat sini? Supposely hantar kereta je kan?" Tanya Zara

"Nenek yang ajak dia masuk Zara, saja nak kenal dengan kawan Zara ni. Yelah sejak kecil mana pernah Zara kenalkan sapa-sapa pada nenek, mama atau papa Zara pun" ulas Dato Zainab

"He's not my friend nenek. Dia hanya mekanik yang baiki kereta Zara je," balas Zara

Faiq yang dari tadi memerhati segera meminta diri.

"Faiq, nanti bila free datang la sini, bole jadi teman nenek berbual" pesan Dato Zainab sambil menghantar pemergian Faiq di muka pintu.

"In shaa Allah"
..........................

Zara mengenakan dress labuh berwarna nude tanpa lengan ke tubuhnya. Rambutnya yang ikal dibiar lepas. Mintak wangi Victoria Secret disembur lantas tas tangan kulit jenama Coach diambil. Langkah diatur menuruni anak tangga.

Dia perlu menggantikan ayahnya utk dinner appointment dengan client dari Canada. Asalnya dia malas mahu keluar malam tersebut, tapi setelah dimaklumkan bahawa Nik turut hadir bersama, semangatnya berkobar tiba-tiba.

Makan malam tersebut berjalan dengan lancar. Kemahiran berkomunikasi Nik telah berjaya meyakinkan mereka utk kerjasama ke arah mendirikan sebuah taman tema yang bakal dilaksana tahun hadapan.
Dalam diam Zara memuji kehebatan Nik dalam segala hal. Semakin gigih dia ingin mendekati Nik dengan alasan ingin belajar selok belok perniagaan daripadanya.

"Wow, hebatnya you. Percaya terus diaorg bila you yang convince", puji Zara dengan suara manja. Kakinya sengaja disilang menyebabkan dressnya tersingkap menampakkan betis yang putih. Digoyang-goyang perlahan kakinya sesekali terkena pada kaki Nik di bawah meja.

Nik berdehem kecil. Bil segera dibayar dan dia bersiap-siap utk segera beredar.

"Eh, you nak balik dah? Baru jam 10," Zara menahan lengan Nik.

"Ya, kita ada meeting kan jam 9 pagi esok, saya nak prepare apa patut"

Zara ketawa singkat.

"Awal lagi la. You nak balik awal nak buat apa? Kan petang tadi kita dah prepare semua. Takkan nak tido awal, macam budak sekolah pula. Come on...jom teman I? Dah lebih 2 bulan kita bekerjasama. Tapi I belum betul2 kenal you lagi", pujuknya.

Setelah dipujuk akhirnya Nik bersetuju. Zara membawanya ke sebuah bar eksklusif berdekatan restoran tadi.

Zara memutar-mutar jarinya di permukaan gelas minuman. Matanya merenung wajah datar Nik tanpa rasa bosan. Seakan melihat satu ciptaan yang sungguh indah. Alunan musik sentimental yang dimainkan oleh sekumpulan ahli musik di situ sungguh mengasyikkan.

Jantung Nik berdebar. Bukan dia tak perasan dari tadi Zara merenungnya seakan mahu dimakan. Sengaja dia mempamer riak tenang sambil melihat panorama Kuala Lumpur dari tingkap kaca disebelahnya.

Pandangan Nik jatuh ke selang 1 meja dari mereka, kelihatan pasangan romantis yg kelakuannya agak intim? Hanya beberapa saat matanya pantas dikalih, tidak mahu terus hanyut dengan panorama tersebut. Zara yang perasan hanya tergelak halus.

"Sweet kan diaorg? Gentle je lelaki tu. I wonder you mcm tu juga ke layan your girl?"

"Tak. Saya takda sapa-sapa yg special" balas Nik tidak mahu mengulas lanjut.

"So, takda org marah la kan kalau I buat macam ni kat you?" Tangannya pantas menarik Nik ke pentas tarian. Tangan Nik dibawa melingkari pinggangnya dan tangannya diletakkn di bahu Nik.

Nik yang terkejut tidak sempat menolak. Gatal sahaja tangannya ingin menolak tubuh Zara yang semakin merapat. Tapi mengenangkan Zara bakal dimalukan. Dia membiarkan sahaja. Zara tersenyum menang.

..........

"Please, dont you ever do that again", Nik memberi amaran ketika langkah mereka sudah keluar dari restoran

"I hormatkan you Zara, as my manager's daughter, please dont expect much. Hubungan kita tak lebih dari sekadar rakan sekerja" keluhnya

"Kenapa tak boleh lebih?, Ayah I ada warning you apa-apa ke? Tak de kan? So kenapa pula kita tak boleh berhubungan? Kalau pun you takde perasaan pada I, benda tu boleh dipupuk? And yes, I harapkan hubungan kita lebih dari rakan sekerja. I really like you." Ujar Zara tanpa berlapik. Malas dia ingin berbunga-bunga menyatakan hasratnya. Tidak peduli dengan peribahasa "perigi mencari timba" yang sangat sesuai dengan tindakannya. Jika dia lambat, impiannya bakal musnah.

"You single, I single. So takda sapa boleh halang kita kan? Tak boleh ke you bagi peluang pada I? Untuk buktikan yang I serius dengan apa yang I cakapkan", pujuknya

Nik mengeluh. "Bagi saya masa" . Jawapan selamat diberikan. Zara mengeluh.

...........

Zara & QasyaWhere stories live. Discover now