3: Qasya

13 0 0
                                    


Pasar Besar, Taman Melawati

"Ikan ikan ikan, segar lagi murah mari-mari...siakap, kembung, selar, kerisi, bawal, keli, jenak..baru turun dari lautttt" lantang suara Qasya memanggil pengunjung-pengunjung pada pagi Sabtu itu.

Peluh di dahi diseka perlahan sambil tetap terus mempamerkan senyum manisnya pada pelanggan.

"Dik, bagi kembung 3 kilo" sapa seorang wanita separuh abad.

"Kembung 3 kilo siappp" ligat tangan Qasya membungkus ikan kembung ke dalam beg plastik.

Hampir 5 tahun bergelumang sebagai seorang penjual ikan di pasar bersama- sama ayah dan adiknya, Pak Zainal dan Amir, cukup membuatkan Qasya terbiasa bekerja pantas melayan pelanggan ditemani bau-bau hanyir ikan.

Kalau gadis seusia dia sekarang sedang sibuk belajar, berpacaran sambil menghabiskan duit pinjaman ptptn, Qasya masih lagi berhempas pulas mengumpul duit.

Inilah rutin hariannya sejak habis SPM, seusai subuh sehingga jam 11 pagi menjual ikan di pasar, jam 11:30 pagi sehingga jam 2 ptg menghantar nasi campur kepada pelanggan catering ibunya, jam 3 petang  sehingga 10 mlm menjadi tukang jahit sambilan jubah-jubah muslimah serta kurta untuk dibekalkan pada pemborong, yang kemudiannya dijual secara online mahupun di butik-butik di bandar.

"Terima kasih puan," ucap Qasya sopan kepada wanita tadi. Matanya tertancap ke arah jam tangan wanita tersebut yang menunjuk ke angka 11.

Segera dia menanggalkan apron plastik(?)dari tubuhnya lantas bergegas mencuci tangan.

"Ayah, Qasya pergi delivery makanan dulu ye, tak sempat tolong kemas hari ni, Amir nanti tolong basuh tong-tong ikan tu" pamit Qasya sambil memesan adiknya.

Qasya lantas pulang ke rumah dengan moto second hand EX5 miliknya.

...............

Qasya menanggalkan helmetnya. Tangannya lincah membetulkn tudung bawal yang suda senget sambil mengipas wajahnya yang sudah jelas kemerahan.

Langkah diatur kemas ke dalam sebuah bengkel kereta. Matanya melingas mencari seseorang.

"Faiqqq, makanan dah sampai" Laung seorang mekanik yang berada tidak jauh dari situ.

Seorang pemuda yang asyik membelek tayar-tayar kereta lantas memalingkan mukanya.

"Eh, Qasya, abang ingatkan hari ni tak hantar makanan. Baru ingat nak puasa..hehe" sapa Faiq mesra.

"Sorry abang, Qasya tak perasan tadi dah pukul 11, maklumlah hari sabtu, ramai betul orang" keluhnya.

"Takpe, kebetulan ada customer, tak sempat nak rasa lapar. Ni Qasya tak nak makan sekali?" Tanya Faiq sambil mengeluarkan not Rm 20 dan Rm 5 lalu diserah kepada gadis itu.

"Takpe lah bang, nak balik rumah terus ni," tolaknya sambil mengukir senyum kecil.

Faiq merupakan pelanggan tetap nasi campur ibunya. Qasya akan hantar pesanan 5 bungkus nasi campur kepadanya setiap hari kecuali ahad.

Faiq menghantar pemergian Qasya dengan pandangan matanya. Dalam hati memuji kesungguhan gadis muda seperti Qasya yang berusaha mencari wang demi menyara kehidupan. Dia juga begitu dahulu. Ketika zaman persekolahan, dia gigih membantu ibunya di gerai nasi lemak di tepi jalan. Malah setelah berjaya masuk ke IPTA, dia berbisnes menjual roti sosej dari bilik ke bilik demi menanggung pengajian. Tidak mahu berharap pada duit ibu dan ayahnya.

Sekarang, dia telah berjaya membuka sebuah bengkel di usia yang muda 27 tahun. Walaupun bengkelnya tidak se-gah bengkel di bandar, dia bersyukur atas segalanya.
...............

Zara & QasyaWhere stories live. Discover now