2: Harapan

10 0 0
                                    

"Maaf, saya tak bersalaman dengan bukan muhrim" tutur Nik.

Zara tersenyum sinis. Pertama kali ditolak oleh seorang lelaki untuk berjabat dengannya. Sedikit tercalar egonya. Namun dia tidak kisah memandangkan tiada siapa pun di ruang tamu tadi melainkan kedua ibu bapanya.

Jika sebelum ini, tidak pernah ada lelaki yang menolak untuk bersalaman dengannya, malah melebih-lebih pula. Sengaja mengambil kesempatan untuk menyentuh tangan atau mana-mana bahagian tubuhnya. Mentang-mentangla dia jenis mudah bergaul, ceria dan mesra. Tapi dia masih menjaga batas. Menolak dengan cara baik agar tidak menjejaskan perhubungan.

Zara menghenyakkan tubuhnya ke atas katil. Matanya terkebil-kebil merenung siling bilik tidurnya. Otaknya mencerna bait-bait kata neneknya beberapa hari lepas. Seolah-olah memikirkan kembali pro dan cons tawaran tersebut.

Syarikat perkapalan milik neneknya yang memiliki aset bernilai lebih jutaan dollar bakal menjadi miliknya setibanya waktu dia berkahwin. Ya, dia hanya perlu berkahwin untuk mendapatkan harta hasil dari perniagaan turun temurun yang diusahakan selama ini. Syarikat perkapalan tersebut sudah beroperasi lebih daripada 60 tahun di 24 buah negara seluruh dunia.

Zara tersenyum sinis. Seakan ada imaginasi timbunan wang dan emas terlayar di matanya. Dia tidak kisah tentang harta ayahnya kerana sudah pasti dia terpaksa berkongsi dengan abang dan adiknya, malah ayahnya sudah bertekad untuk memberikan syarikat sepenuhnya kepada abangnya.

Malah, sejujurnya dia tidak berminat dengan syarikat oil and gas kepunyaan keluarganya. Dari dulu lagi dia menginginkan syarikat perkapalan milik neneknya, tidak mustahil dia sangat rapat dengan neneknya sejak dahulu lagi. Ada sesuatu yang dia inginkan. Sekarang, hanya tinggal selangkah lagi sebelum mendapat apa yang dia inginkan.

Jika tidak, syarikat neneknya bakal jatuh ke tangan Kamal, sepupunya. Dan dia akan memastikan bahawa perkara itu tidak akan berlaku smaa sekali.

Persoalannya, dengan siapa dia mahu berkahwin? Senyumannya mati.

Keesokan harinya

Zara duduk di meja makan seraya mencapai sekeping roti bakar sambil sebelah tangannya bermain telefon bimbitnya. Matanya tekun membaca Daily Express membaca berita-berita terkini di luar negara.

"Zara bila nak masuk office?" Soal Tan Sri Musa sambil mengerling sekilas anak gadisnya di sisi.

"Esok" jawabnya sepatah sambil mata tidak beralih dari skrin telefon bimbit.

"Lusa, Zara ikut Nik pergi meeting dengan HK Industries di Putrajaya, learn something from him".

" Noted for that". Balasnya acuh tak acuh.

Tiba-tiba dia menghentikan suapan. Kepala diangkat dari terus merenung skrin telefon bimbitnya. Terbayang di wajahnya imej lelaki yang diperkenalkan oleh ayahnya malam tadi.

Walaupun sudah lebih 3 tahun Nik berkhidmat di syarikat ayahnya, dia tidak pernah kenal dengan jejaka ini. Sudahla tidak berminat dengan syarikat ayahnya, apatah lagi untuk kenal dengan pekerja-pekerja syarikat tersebut. Langsung tidak pernah tetlintas di benaknya. Dia hanya kenal setiausaha ayahnya sahaja, Zakiah. Itu pun secara tidak dirancang.

" Ayah, can I ask something?" Soal Zara, matanya bersinar.

" Proceed"

"Urmmm....Nik tu, dah kahwin? Atau berpunya ke?" Tanya Zara tanpa berkias. Straight to the point, rasa malu ditolak tepi.

Wajah Tan Sri Musa berubah riak. Dah kenapa tanya soalan-soalan macam ni? Adakah?

"Not yet married. Tapi tak tahu la kalau ada special one. Kenapa?" balas Tan Sri Musa sengaja menduga.

Zara pamer riak kosong, kemudian dia tersenyum simpul.

"Nothing"

Belum cuba belum tahu, Zara berbisik positif

.........................

Zara membuka pintu kereta Toyota Rush miliknya. Kulit putihnya bertukar kemerahan kerana cuaca yang panas. Dia menambah speed air cond keretanya sambil menghela nafas.

Ish, mana pula nenek ni. Siti kata ada di kebun mangga ni. Berpusing-pusing aku kat sini tapi tak nampak pun. Kalau bukan kerana nak bincang tentang harta nenek. Takdanya aku nak jejak kebun ni. Sudahlah panas.

Zara membebel sambil bersandar di kerusi pemandu

Tok tok tok

Zara tersentak lantas menurunkan cermin kereta di sebelah seat penumpang. Kelihatan seraut wajah wanita tua linkungan 70-an sedang membongkok memandangnya di sebalik cermin kereta.

"Sampai sini kamu cari nenek ye Zara" ucapnya mesra

"Eh nenek, Zara cari kat dalam kebun tadi tak jumpa pun." Balas Zara menutup rasa malu. Kemaruk sangat. Huhu

"Memanglah, nenek baru sampai. Jomlah masuk kebun, kita borak-borak sambil minum jus mangga. Ori tau. Pak Samad buat." Ujar nenek lantas berpaling dan berjalan perlahan masuk ke kebun.

"Aduhhhhh". Zara mengeluh dan keluar dari kereta membuntuti neneknya
.............................

"Dah jumpa calon bakal suami?" Tanya nenek

Zara yang sedang menyedut jus mangga tersedak. Wajahnya merah. Tangan menepuk- nepuk dada sambil menahan perit.

"Ermmm....nampak sangat belum ada. Hujung bulan ni Peguam Malik akan jumpa nenek. Nenek nak finalize wasiat nenek. I can't wait anymore. Bila bila je nenek boleh pergi." Nenek bersuara perlahan.

Matilah aku kalau tak da calon. Berputih mata la nampaknya.

Zara menelan liur.

"Ceee...ceepatnya nenek" tergagap dia bersuara.

"Ingat Zara, nenek hanya tawarkan pada kamu sorang je ni, itu pun beserta syarat. Kalau tak nenek serah pada Kamal. Sebab kalau ikutkan dia lebih layak untuk mengetuai perniagaan ni memandangkan sekarang ni pun dia yang banyak uruskan perniagaan keluarga kita. "

Zara rasa tercabar. Nampaknya dengan mendapat harta nenek bukanla bererti dia akan beruntung selamanya. Dia bertanggungjawab terhadap perniagaan turun temurun keturunan Jabar, arwah moyangnya. Nampaknya dia perlu giat berusaha untuk mempelajari selok belok perniagaan.

Dia tidak boleh berlengah lagi. Lambat tindakannya, melepaslah segalanya yang dia tunggu-tunggu selama ini. Akalnya merancang strategi untuk melunaskan impiannya dalam masa 3 minggu ini.

Jika dia tidak mempunyai calon suami selepas 3 minggu. Hidupnya bakal berubah 180 darjah dari yang diimpikan.

Zara terpejam sekejap. Tidak sanggup membayangkan jika dia tak dapat harta nenek. Mungkin dia akan mengabdikan dirinya di syarikat ayahnya sehingga ke tua. Pagi kerja, malam balik. Tidak ubah seperti robot. Belum kira lagi outstationnya. Melihatkan kebuzy-an abangnya, Irsyad yang seperti tidak wujud di rumah menambah kegusaran hatinya.

Jika syarikat perkapalan neneknya jatuh ke tangannya. Dia pasti akan bersenang seperti neneknya. Neneknya hanya berada dirumah sambil mendapatkan progress perniagaan di semua pusat perkapalan di seluruh dunia. Turun mesyuarat pun, seminggu sekali. Itu pun hanya mesyuarat yang membabitkan ahli lembaga pengarah syarikat sahaja. Selebihnya diuruskan oleh pakciknya, Dato' Majid bersama dengan anaknya, Kamal.

Dalam otaknya, hanya satu figura yang kerap menjengah ingatannya setiap kali menyebut tentang calon suami. Mata Zara terpamer harapan setinggi Gunung Everest.

Target sudah ada dalam kepala. Strategi sudah semakin jelas dirangka. Yabg tinggal hanya tindakan untuk dilaksanakan. Zara tidak sabar.



Zara & QasyaWhere stories live. Discover now