Jin ( Bahagian 1 )

11.4K 390 28
                                    

Aku sendiri tidak pasti bagaimana aku boleh pergi sejauh ini. Aku pegang erat sebatang lilin di tangan kiri dan tangan kananku menggenggam erat sehelai kertas renyuk bertulis mantera seru hantu yang bahasanya tidak dapat aku kenal pasti. Aku dapat mantera ini pun daripada jiran sebelah rumah, seorang pawang terkemuka yang sudah berpencen katanya mahu berehat.

Aku baca mantera itu berulang kali, bibirku menggeletar ketakutan. Aku sendiri tidak pasti bagaimana keberanian yg aku ada slama ini hilang begitu sahaja sekarang. Peluh membasahi tubuhku. Sesekali silir yang bertiup membuatkan romaku berdiri tegak.

Zup!

Aku perasan ada susuk lembaga hitam paras pinggang berlari melintasi aku sebentar td. Cukup pantas!

Aku masukkan kertas ke dalam poket dan kemudian seluk keluar sepaket kecil garam kasar yang telah aku gaul bersama lada hitam.

Kau baca mantera ni sampai makhluk tu keluar, bila kau dh nampak dia terus keluarkan garam kasar yg dh digaul bersama lada hitam. Jangan lupa gaul sambil baca mantera ni sekali.

Pesanan pawang itu aku ingat. Makhluk tadi aku perasan berlari masuk ke dalam bilik tidur utama, tempat aku dan isteri melayari alam mimpi bersama.

Sebaik sahaja aku berada di luar bilik tersebut, aku dengar ada ketawa budak kecil betul-betul di belakang leher. Aku pusing dengan pantas dan lilin terpadam.

Satu.

Aku keluarkan kotak mancis, habis lilin jatuh ke atas lantai.

Dua.

Sebatang mancis aku tarik keluar.

Tiga.

Kepala mancis dileret di tepi kotak mancis.

Empat.

Sekali lagi.

Lima.

Pss!! Mancis yang sudah dibakar api aku cucuh kembali ke lilin.

Enam.

Lilin kembali menyala.

Fuh selamat! Cukup tujuh saat kalau lilin ni terpadam, aku pastu dah mati dibunuh makhluk tersebut.

Suasana cerah kembali. Aku menolak perlahan pintu bilik tidur, makhluk tersebut aku mahu tangkap! Malam ini jugak!

***

Aku baru sahaja mahu melelapkan mata apabila bunyi guli bergolek di siling kembali kedengaran.

Bergolek dan kemudiannya senyap.

Aku bangun daripada berbaring, isteriku sudah lena dibuai mimpi. Sesekali dia berdengkur.

Aku dongak pandang siling.

Tuk! Tingkap bilik diketuk. Aku pandang tingkap. Kosong. Benda ni nampaknya memang nak main2 dengan aku. Aku bangun dan berjalan ke pintu bilik. Tombol pintu dipulas dan aku berjalan perlahan menyelusuri koridor.

Dub dub dub dub!

Larian di siling membuatkan aku sekali lagi mendongak.

"Oi aku nak tidurlah!" Aku meninggikan suara. Penumbuk digenggam erat.

Hihihi!

Ketawa budak kecil itu kembali menerpa cuping telinga, membuatkan darah naik ke kepala.

"Oi! Kau blah la!"

Hihihi! Dub dub dub! Larian di siling kembali kedengaran menuju ke bilik tidur aku dan isteri.

Dan malam itu, aku tidak boleh melelapkan mata apabila melihat ada kelibat lembaga hitam sebesar budak kecil sedang cangkung di atas almari dengan pandangan mata yang tajam, betul2 almari tersebut di hadapan katil aku tidur. Seolah-olahnya, dia mencabar aku malam itu.

TAKUT HANTU 3Where stories live. Discover now