Jin ( Akhir )

6K 296 21
                                    

Perlahan-lahan, aku buka kelopak mata. Perkara pertama yang aku nampak adalah wajah isteriku yang sedang menangis semahunya. Aku cuba untuk bergerak, namun perutku terlalu sakit. Mahu sahaja aku capai wajah isteriku dan usap air matanya yang mengalir. Cuaca masih gelap, aku cuba ingat apa yang terjadi kepada diriku. Samar-samar.

Aku angkat tangan kanan dan kiri, tiada tusukan kaca. Tiada luka. Nada. Negatif. Aku pandang isteriku yang perlahan-lahan berjalan mendekatiku. Aku tersenyum sambil tangan menongkat badan cuba untuk bangun namun aku sendiri terperanjat melihat apa yang telah berlaku ke atas perutku. Perut aku, besar macam perempuan ngandung! Bulat!

"Sayang! Sayang! Apa jadi kat abang ni?! Sayang!" Aku menjerit ketakutan.

"Itu balasan untuk kau!"

Aku terdiam. "Apa maksud sayang?"

"Shafrina."

Sebaik sahaja nama itu disebut, aku menangis semahunya. Dosa lampau itu kembali lagi, setelah lama aku melupakannya.

###

"Sayang, awak kena bertanggungjawab! Sapa nak jaga baby ni?" Shafrina mengesat air mata di pipi.

Aku toleh memandang wajah gadis itu. Cantik. "Sayang, jangan risau. Nilah saya bawak masuk hutan ni, nak pergi jumpa bidan. Dia tahu macam mana nak gugurkan bayi itu dengan cara yang mudah."

"Gugur?" Shafrina berhenti berjalan.

"Yelah. Sayang, kita baru 15 tahun! Macam mana kita nak jaga baby ni? Tempat dia kan kat syurga." Aku pegang tangan Shafrina. Senyuman diukir, aku cuba untuk menenangkannya.

"O..okay..isk," Shafrina kembali menangis.

Aku pimpin tangannya dan kami berdua meneruskan perjalan merentas hutan. Sebuah senyuman sinis aku lemparkan ke arah langit, Bodoh punya perempuan!

###

"Dah ingat?" Bisikan isteriku menyebabkan aku kembali berpijak di bumi yang nyata.

Aku kesat air mata yang mengalir, dadaku sesak. Perut yang membusung ini terlalu menyakitkan. Seakannya perutku mahu meletup. Pedih!

"Kau tahu, sebenarnya dia tak mati."

Pernyataan mengejutkan itu menyebabkan aku terlopong. Seakannya jantungku direntap dan dilempar sejauh mungkin. "Mustahil,"

###

"Lepaskan aku Mat! Lepaskan aku!"

Buk! Buk! Buk! Buk!

Aku hentak kepala Shafrina berkali-kali menggunakan seketul batu besar. Darah memercik ke serata tempat. Puas hati aku! Puas! Shafrina kini terbaring kaku, matanya terbeliak.

Aku bangkit berdiri dan kaki Shafrina aku capai, lalu mayatnya itu aku seret masuk ke arah lubang yang telah aku gali.

Debuk!

Mayat Shafrina aku tolak masuk ke dalam lubang. Aku tolak juga sebanyak mungkin daun-daun kering menutupi mayatnya.

###

"Aku yang jaga dia selama 9 bulan, aku cuba nak selamatkan bayi tu tapi malangnya dia bunuh diri. Perutnya ditusuk dengan pisau berkali-kali sebab dia benci anak tu! Anak haram! Darah daging kau!"

Aku pandang wajah jiranku, Tok Pawang yang telah memberikan aku mantera. Dia berjalan mendekatiku dengan wajah yang bengis. "Mantera itu telah menguatkan lagi roh Shafrina. Heh,"

"Dia berhak untuk hidup! Dan kau hancurkan masa depan dia!" Isteriku dan Tok Pawang mula terkumat kamit membaca mantera yang lebih pelik bahasanya. Aku kembali terbaring. Semua ini terlalu mustahil. Mustahil.

Secara tiba-tiba, perutku sakit yang teramat.

"Aaaargggghhhh!"

Perutku terkoyak dikorek dari dalam. Seorang bayi kecil yang berdarah melompat keluar meninggalkan isi perutku yang terburai. Aku semakin lemah. Bayi tersebut kemudiannya bertukar menjadi segerombolan asap hitam.

"Argh!" Kini isteriku pula menjerit apabila dia diselubungi asap hitam tersebut. Angin secara tiba-tiba bertiup kuat.

Isteriku menggelupur beberapa saat sebelum jatuh terjelepuk di atas lantai. Perlahan-lahan, kelopak mataku tertutup.

###

"Terima kasih Tok," Shafrina tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih bersih. Ah tidak, itu gigi kakaknya. Itu badan kakaknya. Shafrina dalam tubuh kakaknya.

"Sama-sama." Tok Pawang hilang sebaik sahaja membalas ucapan terima kasih Shafrina.

Nombor 999 didail.

"Helo..isk...tolong saya..isk..suami..saya..isk..kena..bunuh...isk,"

###

Beberapa hari sebelum...

"Tok tahu tak apa yang ada dalam rumah saya?"

"Dalam rumah kau ada Jin."

"Habis tu saya nak kena buat apa?"

"Kau kena halau Jin tu keluar. Ambil mantera ni.
Kau baca sampai Jin tu memunculkan diri, bila kau dh nampak 'dia' terus keluarkan garam kasar yg dh digaul bersama lada hitam dan lempar sekuat hati dekat 'dia'. Jangan lupa masa gaul baca mantera ni. Upacara menghalau ni kau kena buat masa malam bulan mengambang penuh. Sorang-sorang dalam gelap. Hanya ada cahaya lilin je yang dibenarkan. Tujuh saat kau dalam kegelapan maka nyawa kau kini berada dalam genggaman Jin itu. Jangan biar lilin terpadam."

"Siaplah kau Jin!"

Tok Pawang tersenyum sinis. Rancangannya akan berjalan dengan lancar.

TAKUT HANTU 3Where stories live. Discover now