Aku melangkah masuk ke dalam bilik perlahan-lahan. Isteri aku tiada, aku sudah hantar dia ke kampung kerana malam ini, dia tidak patut melihat apa yang aku mahu lakukan.
Suasana masih sunyi. Dan di sudut bilik yang gelap, aku dapat lihat ada susuk budak kecil sedang tunduk memandang lantai. Aku mendekati susuk tersebut.
Aku raba-raba poket seluar. Eh? Mana paket garam dengan lada hitam tadi? Aku toleh belakang, paket tersebut ada di atas lantai. Aku pantas berlari keluar namun seperti yang sudah dapat aku agak, aku terlambat.
Bam! Pintu tertutup. Lilin jatuh ke lantai, terpadam. Kali ini aku biarkan. Aku pandang susuk budak kecil tersebut. Penumbuk digenggam. "Kau memang cari pasal kan dengan aku?"
Hihihi!
Budak kecil itu perlahan-lahan mengangkat kepala, lantas itu aku dapat lihat mukanya yang hanya mempunyai mulut lebar yang berdarah. Rambutnya jarang-jarang.
"Apa kau nak?!" Aku menjerit lantang. Tujuh saat telah berlalu dan kini, aku terdedah kepada ancaman.
Aku dapat dengar ratusan bisikan lelaki bercampur dengan perempuan. Aku tutup telinga. Sakit. Budak kecil itu melangkah ke hadapan.
Kau fikir aku dapat dikalahkan?
Aku masih mengerang kesakitan, air mata mengalir turun ke pipi.
Kau silap besar!
Tubuhku secara tiba terangkat dan laju terbang merempuh pintu. Bam! Pintu pecah dan aku jatuh tergolek. Aku pandang paket tadi, tangan cuba mencapai namun secara tiba-tiba aku ditarik masuk semula ke dalam bilik. Debuk! Badanku terhentak kasar ke dinding. Budak kecil itu masih kekal ketawa.
"Uhuk!" Batuk aku mula berdarah. Badanku dihambat sakit yang teramat.
"Kau memang melampau!" Aku gagahkan diri dan berlari meluru ke arah makhluk tersebut.
Prang! Cermin tingkap pecah secara tiba-tiba dan terbang laju menikam anggota badanku. Aku jatuh terbaring, darah merah mengalir membentuk sebuah kolam di atas lantai. Perabot- perabot kemudiannya terapung sebelum mula berpusing di dalam bilik. Semakin lama semakin laju.
Budak kecil itu ketawa. Puas kerana dapat mengerjakan aku. Aku merangkak cuba untuk keluar namun kakiku sudah lumpuh ditusuk kaca.
Kau tak boleh lari!
Budak kecil tersebut membuka mulutnya dengan luas sebelum aku dapat lihat ada kepala seorang bayi di dalamnya. Bayi tersebut basah bermandikan darah.
Prak! Prak! Leher budak kecil tersebut patah apabila bayi itu kelihatan terburu-buru untuk keluar. Buk! Bayi tersebut jatuh ke atas lantai dan mata putihnya merenung tajam ke arahku.
Pa..pa!
Bayi itu melompat ke arahku dan kemudiannya semua bertukar gelap.
YOU ARE READING
TAKUT HANTU 3
HorrorTak pernah jumpa hantu? Tak percaya wujudnya hantu? Berani sangat malam2 tidur sorang? Suka bersendiri? Suka duduk dalam gelap? Andalah pembaca paling sesuai untuk antologi siri Takut Hantu. Kali ini, rasakanlah ketakutan yang sebenar. Bersedialah w...