Kreeeokkkkk......
Pintu bilik aku terkuak sendiri.
Aku diam menunggu.
Aku tarik nafas..
Hembus..
Tarik nafas..Satu kepala terjengul masuk menjengah. Rambutnya panjang ke bahu.
"Astagfirullah..."
Aku tarik nafas panjang.
Aku urut dada.Dia seyum ke arah aku.
"Bel, kau tak reti ketuk pintu ke!"
"Sory ganggu..Tak tidur lagi ke?"
Dia masuk lantas duduk di birai katil aku."Belum. Kejap lagi kut. Asal?"
***
Study week da start..
..dan aku tak pulang ke rumah buat pertama kali.
Perjalanan ke pahang daripada kuala pilah hanyalah 4 ke 5 jam sahaja, tapi aku tetap malas nak balik.
As usual, buku berlambak macam mana sekalipun aku bawak, aku akan selak 2, 3 helai je kat rumah nanti. Lebih baik aku stay kolej cuti kali ni.Aku tenung katil roommate aku, Rin. Budak Rembau.
Kemas daripada susunan bantal hinggalah ke cadar. Atas meja pun bersih.
Aku mengeluh panjang.
Aku pandang note MGT 420.
Kemudian aku alihkan pandangan ke luar tingkap.
Hanya beberapa tingkap yang terbuka, dan daripada tingkat bawah hinggalah ke tingkat 5, cuma lebih kurang sepuluh sahaja yang masih bernyala.
Biasalah kalau seminggu cuti study week, memang ramai yang akan balik. Lagipon baru hari ketiga sejak cuti berlangsung.Telefon bimbit aku capai daripada katil.
Jam 2.42 am terpapar di skrin.
Aku unlock dan beratus notifications keluar daripada group whatsapp.
Aku biarkan.
Malas rasanya nak baca apa yang mereka bualkan.
Aku tekan gambar burung biru di menu.Waktu itulah aku terkejut bila Bel atau nama sebenarnya Nabila masuk ke bilik aku.
Kami ditempatkan di rumah yang paling atas, dan rumah yang paling hujung.
Biasala kolej atau hostel berbentuk apartment. Ada 3 bilik, dan 1 bilik untuk 2 orang pelajar. Manakala, 2 tandas dan 1 bilik air serta ruang tamu yang kecil.
Selesa sungguh untuk pelajar UiTM Kuala Pilah.Aku dan Bel tak lah begitu rapat. Kami dalam course yang sama cuma berlainan kelas. Lagipun dia memang aktif persatuan manakala aku adalah pelajar yang suka buat hal sendiri. Balik kelas tidur, tak pun layan movie. 4 orang housemate kami adalah pelajar junior, course yang berbeza dengan aku dan bel. Daripada apa yang aku dengar, paper mereka bermula dalam seminggu 4 hari lewat.
Nasib baik Bel tak balik.
Aku tak lah terasa sunyi keseorangan.
Lagipun, aku dan Bel tak banyak cakap.
Hanya tegur bila berselisih di tandas, ataupun bila di muka pintu. Dia jarang ada di bilik.
Kami serumah pun tak banyak berbual.
Aku dan Rin pun begitu.
Mungkin aku yang membosankan.**
"Belum. Kejap lagi kut. Asal?"
Bel diam.
"Aku dengar kau patutnya pergi pertandingan the treasure chest kan?
Bukan kau kata, gerak 23 ke, harini 24 dah." Aku tanya lagi."Oh.. Aku tarik diri last minute"
Bel tunduk.Ok. Janggal. Apasal dia macam sedih.
"Alaa, relax laa. Chest je pun. Kau kan pernah join more league "
Aku cuba memujuk."Im, aku tak sedap hati la"
Bel pandang aku. Muka dia berubah."Asal? jarang kau datang bilik aku. Tiba2 je ni. Terkejut gak aku tadi"
"Aku baru bangun tido pukul 2 tadi, sebab nak stay up malam ni. Aku bangun nak pergi tandas. Bila aku keluar, aku tengok gelap satu rumah. Aku ingat kau tidur. Aku bukak lampu. Dalam tandas aku dengar orang ketawa. Kuat sangat. Aku ingat budak rumah sebelah. Bila aku nak balik bilik, aku lalu depan bilik tengah, aku dengar bunyi ketawa tu datang daripada bilik tu. Setahu aku, ipah dengan ju balik johor. Aku terus lari masuk bilik. Aku kunci pintu. Aku ingat nak terus sambung tidur tapi aku tak boleh tidur. Aku rasa macam ade benda dekat tingkap dok perhatikan aku. Aku takut, aku terlupa tutup tingkap sebab langsir aku bergerak - gerak macam ditiup angin. Aku tak sedap hati. Aku takut duduk sorang macam tu. Tu yang aku lari pegi bilik kau, tengok kau tak tidur lagi"