Puas hati Maria.
Duit yang dikumpul 4 tahun lepas berbaloi, sekarang dia mampu miliki rumah sendiri. Walaupun tak mewah, sekurang-kurangnya dia keluar daripada kesempitan berkongsi rumah sewa dengan 10 orang yang lain.
Rumah teres setingkat itu baru siap dibina sebulan lepas. Belum ramai orang yang tinggal. Lagipun masih banyak rumah berbaki belum habis dibina. Semuanya di hujung jalan.
Taman Estika, masih di fasa pertama, masih jauh lagi untuk mencapai kemajuan.Maria jenguk rumah sebelah kanan, takde orang, kosong.
Sebelah kiri pun kosong. Sunyi.
"Tak kan aku sorang je yang baru pindah?... Ahh, pedulikanlah, yang penting aku selesa dan tenang"Barang disusun atur, tinggal sikit je lagi, masih banyak ruang kosong. Cukup bulan boleh tambah perabot. Tv dinyalakan, tiada siaran. Akhirnya laptop dibuka, dan Maria hanyut dengan hiburan korea.
Kring..kringg..kringg...
Telefon berdering. Maria tersentak.
Matanya digosok, berpinar2 kepalanya.
Gelap.
Telefon berhenti berdering.
Jam di dinding menunjukkan pukul 10.00 pm.
"Mak ai, lamanya aku tido"
Seingatnya, kali terakhir dia lihat jam, pukul 6 petang, mungkin beberapa minit selepas tu dia tertidur, masih cuba memproses. Terlelap dek kepenatan mengemas rumah.Maria bingkas bangun dan lampu dibuka. Nama 'Ayu indon' terpapar di skrin telefon bimbitnya.
"Arghh, sebokla tu nk tanya kenapa baju2 aku dah takde dekat almari"
Malas Maria nak layan.Selepas mandi, Maria ke dapur mencari sesuatu utk diisi dalam perut. Sesekali dia jenguk ke luar tingkap, mencari-cari kelibat manusia. Memang sunyi. Bosan pula rasa. Jarak Taman Estika meghala ke bandar dalam 5 km, memang mustahil ade kereta lalu lalang malam - malam begini.
Maria baring di lantai ruang tamu, dia lihat sekeliling rumah, berangan angan untuk mendekorasi rumahnya nanti, sambil mengambil beberapa selfie. Selepas meneliti beberapa gambar, maria perasan mukanya agak lain, sedikit kabur atau mungkin nampak seperti tua.
"Henfon ni rosak ke" sambil mengosok - gosok lensa kamera.
Berang Maria, tak dapat dia upload gambar ke laman sosial nye.
"Arghhh... Layan hindustan la"
Mata masih segar kerana tidur yang panjang senja tadi. Sekurang kurangya dengan melayan movie dapat hilangkan bosan. Fikirnya.Kedengaran teresak-esak di bilik Maria, walaupun sudah ditonton berkali kali, Kuch Kuch Hota Hai tetap meruntun jiwa Maria. Tidak perasan jam sudah hampir pukul 3 am.
tuk.tuk...tuk.tuk...
Tersentak maria dengan ketukan pintu di hadapan rumahnya. Seingat Maria, dia dah mangga pagar petang tadi. Macam mana ada orang boleh masuk."Cuuu, neeneek daataangg niii, buukaak laa piintuu"
Maria berbisik dalam hati "Orang gila mana dah masuk rumah aku ni"
Tombol pintu bilik ingin dipulas, tetapi niat Maria terhenti, kali ini suara itu di luar biliknya. Masih sama, merayu mohon dibuka pintu untuknya."Cuuu, neeneek daataangg niii, buukaak laa piintuu"
Maria terduduk. Jantung berdegup kencang, bulu roma tegak meremang, menggigil badan Maria ketakukan yang teramat, sedikit demi sedikit Maria ke belakang menjauhi pintu biliknya, tapi..
"Cuuu, neeneek adaa bawaah kaatill cuu, maariilaah sinii"
Tangan sejuk memegang bahu Maria. Kali ini nenek betul-betul di atas bahunya, memandang tepat ke arah Maria.