Part 1

106 2 2
                                    

"Kita jumpa kat tempat biasa okay?"

"Okay"

Aku tertunggu-tunggu awek aku. Belum muncul lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 4.45 petang.

'Janji pukul 4 petang, tapi kelibat pun tak nampak. Hmm'

Terdetik hati aku nak cari dia kat rumah.

Aku beredar sambil-sambil pandang sekeliling dengan harapan dia akan munculkan diri, tapi bayangan dia pun tak kelihatan. Dengan sedikit kecewa, aku gagahkan langkah aku semata-mata nak cari awek aku yang hilang ni.

Tak pernah aku jumpa perempuan macam ni. Waktu tu aku cuma pelajar baru.

Sewaktu aku meluahkan perasaan aku pada dia dulu, terpaksa aku tahan malu yang terlampau sebab kawan-kawan aku juga ada di situ. Berdebar hati aku waktu tu. Tak terfikir pula yang dia akan terima cinta aku. Gembira yang amat.

Kawan baik aku beritahu yang perempuan aku suka tu sebenarnya player. Nampak je innocence. Tapi disebabkan cinta, aku tak percaya cakap kawan aku. Maybe sebab itu orang kata cinta itu buta. Buktinya memang buta sampai nasihat kawan aku sendiri supaya jauhkan diri dari awek aku pun aku tak mahu dengar.

...Teringat balik situasi hari tu. Betul ke apa yang aku buat ni? Hmm.

Kelihatan kelibat perempuan berambut perang dengan casual outfit sedang melintas jalan. Memang aku kenal sangat perempuan tu. Awek aku!

Kau nak pergi mana?

Aku ekori dia dari jauh. Berhenti di sebuah kafe, aku terkejut. Hati aku luluh bagaikan dilapah-lapah.

Patutlah lambat. Jumpa lelaki lain rupanya.

Sampai hati kau buat aku macam ni.

Memang hati aku lembut, cepat touching dan mudah dipujuk sebenarnya. Tapi aku terkilan sebab janji nak jumpa aku tapi jumpa orang lain. Damn!

Aku tak mahu kacau dia dengan lelaki tu. Sebab sekarang hati aku tengah marah. Aku takut aku tak boleh kawal perasaan dan bergaduh dalam kafe tu. Lebih baik aku berlalu dari situ.

Tanggapan positif aku letak dalam fikiran . Mungkin itu abang dia ataupun kawan dia. Mungkin urusan dia dengan lelaki tu lebih penting daripada aku. Tapi... at least beritahulah aku. Takdelah aku tertunggu-tunggu kau tadi. Hasrat aku nak cari dia kat rumah terus tak jadi.

Hmm...

Liar(Oneshot)Where stories live. Discover now