Last Part

73 1 0
                                    

Sesampainya di rumah awek aku. Terus kawan baik aku tekan loceng rumah. Aku punyalah tak ready lagi.

Gelak je dia. Kurang asam!

Pintu terbuka. Terpampam muka gadia putih comel depan kami.

Aku dah perasan muka awek aku berubah semacam. Muka terkejut bercampur cemas, she scare of something.

"Err... hai... tunggu jap eh.. erm.."

Kawan baik aku cuba menahan pintu yang nak tertutup. "Tak payah kejap-kejap. Kitorang nak masuk ni."

Pucat betul muka dia. Nampak sangat tengah kalut. Kawan baik aku terus tarik aku masuk. Terjah macam tu je.

Aku dan member baik aku perasan ada seorang lelaki dalam rumah dia.

"Ni... abang saya.."

"Abang? Tak pernah nampak pun." Sengaja kawan baik aku tanya macam tu.

"Saya cakap abang. ABANGLAH!!" Sanggup awek aku menengking kawan baik aku semata-mata nak backup lelaki tu.

Tapi kawan baik aku selamba je. "Whoa, marah..marah.. sorry?"

Lelaki tadi memberi isyarat untuk keluar dari rumah tu. Awek aku pula bagi isyarat 'okay'.

Aku mengelamun seketika disebabkan situasi tadi. Bunyi nada mesej dari henset awek aku menyentak aku. Entah kenapa tiba-tiba tangan aku capai henset dia dan buka mesej yang baru sahaja masuk inbox tadi.

Awek aku nampak terkejut bila aku pegang henset dia. Cuak sebab aku baca mesej dia.

Cukuplah bukti yang aku ada sekarang. Memang awek aku bukan seperti yang aku sangkakan. Mesej tadi dihantar oleh boyfriends dia yang bukan aku. Semua terbukti.

You're Liar.

"..Kita tak payah nak berbincang apa-apa lagi dah. Kau cuma seorang penipu. LIAR. Tercari-cari alasan semata-mata nak tutup penipuan kau! Haha. Kelakar, kenapalah aku boleh suka perempuan player macam kau ni. Kau boleh blah dengan pakwe kau yang berlambak tu!"

Suara aku tersekat-sekat. Sebak. Tapi aku tahan juga airmata aku supaya tak keluar. Aku betul-betul kecewa dengan dia.

"..." dia diam membisu. Muka bersalah.

"Walaupun aku tahu kau keluar dengan lelaki lain sebelum ni, aku cuba positifkan fikiran aku sebab aku sayangkan kau... aku.. aku tahu kenapa kau selalu tolak ajakan aku. Aku tahu, aku nampak. Aku cuma bersabar dan tunggu kau berubah... tapi semuanya sia-sia. Aku sayang kau... tapi macam ni kau buat pada aku... sakit.. sakit kau tahu.."

".... Aku dan kau over!" .

Aku sudah tak dapat tahan sebak aku. Terus aku ajak kawan baik aku keluar dari situ.

Kawan baik aku terus peluk aku. Tak semena-mena permata jernih aku jatuh. Aku cuba tahan tapi tak dapat. Sepatutnya aku lelaki kena kuatkan hati tapi aku kalah.

Aku pandang muka kawan baik aku dan aku cakap.

"...Kalaulah aku dengar cakap kau dulu."

Kawan baik aku senyum. Menyesal sekarang memang tak berguna.

"Dahlah, jom pergi makan. Aku belanja."

.

Liar(Oneshot)Where stories live. Discover now