part 16

665 32 0
                                    

"Jun..jungkook?"terkejut luhan dibuatnya. Jungkook senyum sinis memandang luhan. "M..macam mana kau a..ade dekat sini?"tergagap² luhan bertanya. "Jungkook?!"
Chanyeol dan jackson berpandangan. 'Jungkook bukan dah mati ke? Tapi mayat diakan hilang..'bisik hati jackson. "Kenapa terkejut? Haha"gelak jungkook. Luhan melihat muka jungkook pucat dan matanya merenung luhan sungguh menyeramkan. Setelah beberapa minit luhan mendiamkan diri,V datang menghampiri mereka.

"V,balik jom!"luhan menarik tangan V namun dihalang jungkook. "Jungkook please..lepas tangan dia"rayunya. Jungkook tetap seperti itu. Tanpa sebarang jawapan yang diberi. Chanyeol serta jackson mengharap jungkook melepaskan mereka. "Kau tak boleh bawak dia pergi"

"Kenapa? Kau tak sayang dia ke? Dia tak salah!"
"Dia salah..dia tahu siapa baekhyun dari mula lagi..Dia tahu semuanya.."terkejut luhan dibuatnya. 'Baekhyun dari mula? Dia memang jungkook yang sebenar..'ujar hatinya perlahan.'apa maksud dia? V tahu semuanya?'pelik jackson dibuatnya. Perasaannya mula aneh.. "wait..V tahu apa?"

"hijab dia terbuka..sebab dia dan jungkook main permainan 100 lilin.."

Flashback*

Malam yang sungguh bosan bagi V. Semua sudah tidur..apa nak buat sekarang? Dia melangkah ke bilik jungkook. Nampaknya jackson sudah tidur.."jungkook,kau tak boleh tidur jugak ke?"tanya V sambil mendekatkan diri dengan jungkook. "tak boleh..jom main permainan nak?"jungkook mengeluarkan 7 lilin ditoreh nomber ditengahnya. "100 lilin? Benda ni tak boleh mainlah.."

"Siapa kata?bolehlah..seronok tau"ujar jungkook lalu memujuknya. "Nanti hijab terbuka..kang boleh nampak benda tak sepatutnya.."balas V. Dia risau kalau hijabnya benar² terbuka. "Baguslah..kitakan nak tahu hantu tu wujud ke tak?!"V mengikut ajakan jungkook. Kalau apa² berlaku jungkookkan ada.. "jom mulakan.."setiap lilin dipasangnya mengikut nomber..lampu ditutupkan begitu jugak kipas. membiarkan cahaya lilin menerangi bilik tersebut. Orang pertama main ialah jungkook. Cara permainannya begini..

Satu lilin perlu seorang ceritakan kisah hantu yang benar atau tidak terserah.
Selepas habis cerita,lilin tersebut akan terpadam sendiri.. Orang lain pula harus menceritakan kisah hantu. Takut..yup,itu yang dirasakan V saat itu. Dia mula rasa seram sejuk.. permainan tersebut akan habis apabila semua lilin terpadam..Namun,ketika lilin terakhir..turn jungkook..

"Kisah ini bermula seperti ini..ada seorang pelajar perempuan yang masih bersekolahan..dia selalu kena buli dengan teruk oleh kawan²nya disekolah..ketika itu,di"belum sempat jungkook menghabiskan ceritanya lilin tersebut padam.."lilin padam awal sebelum cerita habis..maknanya hijab salah seorang akan terbuka"berpandangan jungkook dan V. 'Siapa salah seorang tu? aku atau jungkook?'V menelan air liurnya. Suasana gelap dan sunyi tanpa sebarang cahaya membuatkan mereka ketakutan..

V segera bangun lalu mencari suis lampu. Dia takut jackson terbangun dari tidurnya apabila melihat sekeliling gelap gelita. "Mana suis ni?"jungkook memegang ketat baju V tatkala itu. "Tup"lampu terbuka. Jungkook mengurut dadanya. Dia melihat muka V yang mula pucat.."kau kenapa?"dia tak tahu hijabnya atau V yang terbuka. "Hijab aku terbuka.."terkejut jungkook dibuatnya. Patutlah aku tak nampak apa². "Kau nampak 'dia'?dekat mana?"V menunjuk ke arah tepi jackson. Jungkook melihat ke arah tersebut. Kosong! Yang dapat dilihatnya hanya jackson yang tidur berdekur sambil memeluk bantal.
End flashback*

"Kalau apa yang kau cakap itu betul..dia boleh nampak baek?"tergetar² suaranya. Jungkook mengangguk kepalanya. luhan menarik tangan jungkook dan V keluar dari situ. Chanyeol terkedu.. Hatinya rasa begitu marah terhadap V dan jungkook kerana melakukan benda tersebut walaupun tahu akibatnya..tapi apakan daya..semua dah berlaku..

Tak sangka semuanya berlaku dengan cepat. Mereka keluar dari tempat tersebut dengan selamat. Minhyuk meletakkan mereka diatas sofa supaya beristirehat. "Kita kena keluar dari sini dengan segera..sebelum apa² berlaku.."ujar kwangmin bagi pihak minhyuk. Chanyeol melihat muka V yang masih pucat akibat terperangkap didunia lain. Ada sedikit kesan calar dimukanya. Jackson berbincang dengan minhyuk.

"Gomawo sebab tolong kami"ujar jackson lalu berjabat tangan dengan minhyuk. "Itu tugas kami untuk menolong kamu semua" Mereka berharap supaya semuanya berjalan lancar dan tiada sesiapa menghalangnya. Jungkook mula sedar. "Erghh..aku dekat mana?"tanyanya apabila melihat muka jackson. "Kau dekat rumahlah.."balas chanyeol sedikit geram. "Owh..kenapa kau nampak macam marah dekat aku? Apa salah aku?"tanyanya dengan selamba sambil melihat V dan luhan. "Kau tanya apa salah kau?!"marah chanyeol. Jackson cuba menenangkan chanyeol. "semua dah berlaku pun..jangan ungkit benda yang lepas"jawabnya dengan tenang. Jungkook hairan.

"Apa yang berlaku? Kenapa diorang pucat semacam? Dan siapa dia ni,jackson?"tanya jungkook lalu menunjukkan ke arah chanyeol. Terkejut chanyeol. 'Takkan dia tak ingat siapa aku? Atau dia pura²?'bisik hatinya. "Kau tak tahu apa yang berlaku?"jungkook mengeleng.

Tbc
V dan jungkook main 100 lilin..dan hijab V terbuka. dan dia kenal siapa baekhyun? Adakah V jugak tahu kisah silam Baekhyun? Kenapa jungkook masih hidup?bukankah jackson menjumpai mayat jungkook di dapur? Jungkook tidak ingat siapa chanyeol?
hoho..memeningkan cerita ni..XD

villa[Complete]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang