Malam semakin larut. Afif tersenyum memandang sekotak hadiah di sudut bilik yang baru siap dibalutnya. Terpancar riak kepuasan dengan ketelitian hasil kerjanya itu. Corak bunga ros pink dan hati berwarna merah pada pembalut hadiah menambahkan lagi kesempurnaan.
Esok adalah hari persandingan Finaz dan Shahrul. Esok adalah hari istimewa buat mereka dan bakal menjadi satu sejarah yang sukar dilupa.
-----0-----"Mana Afif ni?" Tanya Finaz kepada Shahrul yang baru bergelar suami kepadanya. Risau Finaz kerana kelibat Afif masih belum kelihatan. Afif adalah sahabat baiknya sewaktu sama-sama menuntut di universiti dulu.
"Nanti dia muncullah tu" Balas Shahrul cuba menyakinkan isterinya itu. Shahrul tahu Finaz memang benar-benar mengharapkan kehadiran Afif ke majlis mereka. "Upacara potong kek nak mula dah tu sayang, tetamu dah menunggu tu" Ujar Shahrul dengan nada cemburu.
-----0-----
"Datang jugak awak, terima kasih. Tertunggu-tunggu saya tau" Tegur Finaz kepada Afif sebaik selesai memotong kek. Shahrul tersenyum kelat memerhati.
"Hai Finaz, tahniah ye!" Sapa Afif sambil menghulur hadiah. Ada senyuman misteri pada wajahnya.
-----0-----
Malam itu, Finaz terkejut melihat hadiah yang diterimanya daripada Afif. Sebuah buku tebal bertajuk 'Panduan Lengkap Bersenggama Dengan Penuh Gaya'. Finaz menggeleng kepala mengenangkan kejutan sahabatnya itu, seorang pakar terapi seks. Shahrul ketawa berdekah-dekah.
![](https://img.wattpad.com/cover/49029150-288-k302122.jpg)