Abu gemar main patung mainan. Abu selalu beli patung mainan setiap kali dia keluar jalan-jalan di shopping complex. Kadang-kadang dia beli secara on-line. Boleh kata bilik Abu kat rumah tu dah boleh jadi stor patung mainan dah. Abu paling suka patung otromen. Sampai berpuluh-puluh spesies patung otromen yang pelbagai saiz ada dalam koleksi dia. Bukan setakat tu, patung raksasa pun suka dikumpulnya. Tiap-tiap hari memang tak sunyi rumah dia dengan bunyi patung otromen lawan raksasa. Kejap-kejap bunyi raksasa mengamuk, pastu bunyi bangunan runtuh, bunyi meletup la, bunyi terbang-terbang la, bunyi otromen tengah tembak laser la. Sesekali terdengar bunyi tut tut lampu kat dada yang menandakan otromen tu tinggal nyawa-nyawa ikan. Memang leka si Abu ni kalau main patung-patung otromen dia.
"Sudah-sudah la tu. Hari-hari main otromen je. Makan tidak, mandi tidak. Asyik mengadap menda tu je." Rungut Makcik Siti Nordiana. Bengang dia dengan perangai si Abu.
"Alaa..rilek la. Orang tengah syok ni. Jangan la kacau. Nanti bila lapar pandai la orang berenti gi makan. Mandi nanti boleh mandi." Balas Abu acuh tak acuh.
"Bulan depan si mira anak kita tu dah nak masuk universiti dah bang oi!" Jerit Makcik Siti Nordiana sambil seketul senduk tepat hinggap di tengkuk suaminya, Abu.
![](https://img.wattpad.com/cover/49029150-288-k302122.jpg)