Aduka kena tahan lagi.Katanya sebab sebuah artikel yang dikatakan mengusik kesultanan Johor.
Baru minggu lepas dia menegur aku di ruangan komen facebook.
Siapa Aduka?
Mungkin sudah lebih 10 tahun Aduka konsisten keluar masuk penjara dengan pelbagai sebab yang aku sendiri terlepas pandang.
Tapi aku dapat simpulankan bahawa sifat lawanya hanya satu iaitu kerana menentang golongan borjouis yang semakin lama menekan marhaenis.
Aku teringat kata saudara Anwar Ibrahim,"lawan tetap lawan,masukkanlah aku dalam lokap ramai lagi Anwar akan muncul".
Lalu aku berfikir sejenak.Siapakah sosok itu?
Azmin?Khalid Samad?Tony Pua?
Sudah tentu anda akan gagal mencari jawapan itu.
Oleh kerana nama Aduka tidak sebesar Rafizi mahupun Mat Sabu maka perih keringat dalam melawan sistem dipandang sepi.
Semoga Aduka terus melawan dan buktikan revolusi bermula dengan rakyat.Berakhir dengan rakyat.
Viva le Revolution!