Bab 6 Aku yang Gshock

42 0 0
                                    

Setelah dua minggu tanpa kerja,aku akhirnya mendapat panggilan telefon dari sebuah kilang lokal yang menyatakan mereka sudi untuk menjadikan aku salah seorang staff mereka.
Aku diberi gaji sebanyak rm1200 sebulan sebagai asas.
Aku agak gembira ketika itu.
Aku yang Gshock.
Bagi aku memilih jam umpama memilih isteri kerana jam akan senantiasa menemani kemana sahaja anda pergi.Selain petunjuk kepada masa yang berlalu pergi ia juga memberi sedikit keyakinan.
Sudah 3 bulan aku tidak memakai jam kerana jam gshock aku sebelum ini di ambil oleh abang aku.
Ia dari model G800 yang berwarna putih.Apabila pukul 12 ia akan mengeluarkan warna yang pelbagai.Aku beli dari kawan dengan harga Rm150.Agak berbaloi untuk ketika itu.
Hura hara tanpa Gshock.
Bulan pertama di tempat baru agak mencabar.
Dengan persekitaran dan manusia manusia yang tidak diketahui hitam putihnya.
Sebulan berlalu,aku agak celaru.Rindu terhadap Gshock mrmbuak buak.
Dengan hutang sebelum ini yang harus dibayar,baki yang ada agak dicurigai dapat bertahan sampai ke hujung bulan.
Aku nekad.
Selepas sarapan,aku gagahkan diri ke sebuah mall di pinggir bandar.
Jiwa yang kacau dan kelam,tapi masih terkawal.
Aku ke sana seorang diri.
Aku cuba usha usha dari luar.Boleh tahan juga harganya.
Uncle penjual jam tu lihat aku dengan pandangan yang jelek.
Dia scan aku atas sampai bawah.
Mungkin dia sangsi dengan kuasa beli yang ada pada aku.
Aku terus mencari.
Aku terpandang sebiji jam berwarna kuning.
Cantik juga designnya.
Belek punya belek,aku rasa aku sudah jatuh cinta dengannya.
HUHUHU
Bergetar juga mengeluarkan not rm50 sebanyak 6 keping.
Uncle itu memberi kembali duit baki sebanyak RM40.
Serasa agak tenang selepas itu.



Tentang AkuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang