Aku sebenarnya masih lagi dalam fikiran yang blank apabila memikirkan rumah Dato Vida yang dikhabarkan berharga 22 juta.Memang power habis.
Aku bukanlah salah seorang pengguna produknya pun.
Yang menarik tentang beliau yang aku boleh nampak ialah kejujuran.
Aku ada lihat video dalam facebook yang dikepalai oleh Aznil Nawawi.
Disitu aku boleh lihat beliau mencipta satu legasi yang hebat.
Disini timbul sedikit konflik apabila ada segelintir yang melihat ia dari sisi yang rompong.
Berbalik kepada kejujuran,aku enjoy bila melihat dia bertutur dalam loghat Kelantan yang pekat.
Kepuasan.
Aku amat salute beliau.Melihat deretan kasut,tas tangan dan barang perhiasan yang mahal pasti membuatkan kita tertelan air liur.
Beliau pun adamemberitahu Aznil yang dia bukanlah berasal dari keluarga yang senang.Semacam datang satu sentuhan listrik bila aku mendengar kenyataanya itu.
Mungkin orang melihat ianya satu pembaziran.Tapi bagi aku ia satu kepuasan.Kita terlalu lama memendam rasa.Ambik contoh aku.Aku bukanlah seorang yang meminta minta semasa kecil dahulu sebab aku tahu ibu bapa aku bukan orang yang senang.Lihat kawan pakai jam,terasa mahu juga tapi tak mampu.Apabila boleh cari duit sendiri dari sebijik jam jadi dua.Jika dulu baju pun bergilir dengan adik beradik tapi sekarang satu almari penuh.Walaupun ia masih minimalis,bagi aku ia tetap kepuasan.
Tapi ramai yang lihat sebagai satu perasaan yang angkuh dan ingin menunjuk nunjuk.
Pak Menteri.
Ramai yang tak tahu Malaysia merupakan negara yang paling banyak Menteri didunia.
Hierakinya umpama piramid Giza di Mesir,tapi puncaknya berada di bawah.
Itu belum lagi bab pengurniaan pangkat Dato,Tan Sri yang bagi aku benda paling bodoh ada di Malaysia.
Ada apa dengan Pak Menteri?
Ramai dari kita waktu dulu dulu bila ditanyakan cita cita benda yang paling basis yang keluar ialah ingin menjadi seorang Doktor,Jurutera atau peguam.
Kerana kita dimindsetkan bahawa profesion yang disebut akan menjamin kehidupan.Gaji yang lumayan mungkin.
Tapi malangnya di Malaysia sosok sosok yang kaya adalah dari kalangan Pak Menteri.
Ada driver,ada polis escort paling best gaji naik berkali kali ganda.
Rumah besar,isteri besar,kelentong pun besar!
Duit dapat dari mana?
Mungkin duit bawah meja,duit baiki longkang atau duit derma 2.6 billion.
Aku hitung hitung pun tak mampulah nak semewah itu dengan gaji yang ada.
Tapi bila jadi Pak Menteri ni air liur pun laku.
Mana mulia Pak Menteri dengan Dato Vida?
Aku selalu cakap sesautu yang kita dapat dengan usaha tiada siapa yang berhak menakwilnya.
Si Sepet.
Aku baca print screen oh bulan!,tadi.
Tentang Dato Vida dan Si sepet.
Katanya,melayu kaya dengan jual kosmetik manakala si sepet kaya dengan mencipta cip komputer,perisian dan sesautu yang baginya tampak gemilang.
Kahkahkahkah
Jual kosmetik ok lah dari bukak rumah urut dan pelacuran!
Dia jual ubat untuk jadi putih,bukan dia jual agama!
Jadi miskin sebab pegangan lebih baik dari kaya sebab penindasan.
Qu Puteh hanya satu kisah survival wanita melayu yang tampil dengan satu legasi yang bersih,memalukan Pak Menteri yang suka makan bawah meja.Juga membuktikan orang melayu pun hebat berniaga mengalahkan orang cina.
Orang melayu bukan tipikal makan gaji dan kuat bodek.
Orang cina bukan tipikal genius dalam berniaga.
Lagi,bangsa hanya tag sahaja yang merubahnya individu.
Menteri kekal golongan paling opportunist dan rela melihat perutnya kenyang dari memikirkan laparnya rakyat dibawah.
21.03.Aku pun dah letih.
Sekian