Soalan
seorang hamba Allah akan bernilah dan berhajat untuk buat akad nikah sahaja kerana ada masalah kewangan. Dia buat keputusab untuk tidak meminta hantaran dan barang2 hantaran. Tapi rakan-rakan lebih mengesyorkan untuk dia meminta hantaran kerana beranggapan itu adalah hak si perempuan. Jadi bagaimana?
Jawapan
✴️ Hantaran tak wajib dalam pernikahan. Jika tidak ada hantaran , akad nikah sah.
✴️ Hantaran hanyalah adat kebiasaan orang melayu dan ia bukanlah hak isteri. Hantaran biasanya digunakan oleh pihak pengantin perempuan sebagai belanja utk majlis perkahwinan
✴️ Dalam Islam yang wajib diberikan dan menjadi hak pengantin perempuan adalah mahar atau mas kahwin.
✍.." Berikanlah mahar ( mas kahwin) pada wanita yang kamu nikahi sebagai sebuah pemberian yang penuh kerelaan..."
(AN NISAA : 4 )✴️ Islam melarang sebarang bentuk pembaziran. Sepatutnya pihak perempuan meminta mahar sesuai dengan kemampuan lelaki yg bakal menjadi suaminya.
✴️ Sebuah perkahwinan yang diberkati ialah memenuhi kehendak syariat dan paling murah maharnya.
✍ Rasulullah saw bersabda:
" Sebaik baik wanita ialah yang paling murah maharnya."
(HR AHMAD, IBN HIBBAN , HAKIM DAN BAIHAQI)
Wallahua'lamsumber : Usrah Solat (Telegram)
YOU ARE READING
SOAL JAWAB ISLAM
SpiritualNampak macam remeh tapi sebenar Islam tidak memandang perkara dengan semudah dan seremeh itu. Islam suci dan menyucikan. Allahu Akbar!