Dia sentiasa menganalisi,
Bagaikan mahu mengorek rahsia dunia.
Aku cuma manusia biasa,
Tiada rahsia yang disorok,
Tapi kalau boleh aku mahu dia terus memerhati.
Sebab bila dia meneliti,
Hati ni terasa berdebar-debar.
Tidak pernah rehat walau sebentar.
Pasti penyakit kronik,
Dimana bila dah terkena,
Takkan boleh dirawat.
ANDA SEDANG MEMBACA
Lemas
PoetrySebuah buku puisi tentang kehidupan. ❝ Selama ini gadis itu tidak sedar, Disebalik suara yang sering menenangkannya, Rupanya tersimpan perasaan yang menjadi pembakar, Nafasnya terasa disekat dek kerana gagal menahan egonya, Jeritannya tia...
