[ pressure ] Jackson

521 22 2
                                    

25/07/2015

Dia masih ingat. Ini adalah tarikh dia menamatkan zaman bujangnya dengan seorang namja yang tidak di kenali. Mereka berdua berkahwin atas dasar 'paksaan' dan bukan fasal 'cinta'

Tapi rumah tangga mereka tidak pernah sebaik orang lain yang sudah mempunyai keluarga sendiri. Jee sering di jadikan tempat melepaskan kemarahan. Dalam seminggu pasti Jee akan dipukul dengan kejam sekali.

Jackson tidak pernah kisah tentang rumah tangganya. Malahan dia selalu membawa yeoja masuk ke rumah tanpa izin Jee. Jee hanya mampu bersabar,dia tidak mahu derhaka kepada suami jadi apa yang dia boleh buat?

Krek~

Lamunannya terhenti. Jackson baru pulang,pantas Jee menyambut ke pulangan suaminya. Jackson mencampak beg ke Jee. Jee menyambut walaupun agak berat baginya

"Kau masak apa?" Soal Jackson sambil menanggalkan tali leher

"Saya belum sempat masak lagi..tadi--" belum sempat Jee menghabiskan ayat satu tamparan sudah hinggap di pipinya

"Aku pergi kerja sampai malam takkan kau tak masak lagi?! Aku penat! Apa kau buat kat rumah selama ni? Curi tulang? Huh!" Tengking Jackson. Jee hanya mampu tertunduk

Jackson mendengus geram dan menuju ke bilik.

DUSH! (Author tk tau bunyi pintu di hempas cam ne. Harap maklum)

Jee tersentak seketika saat pintu bilik Jackson di hempas kuat. Air matanya mula jatuh. Dia tidak kisah bila pipinya di tampar tapi dia sedih bila di layan sebegitu rupa.

Keesokan harinya..

TOK! TOK! TOK!

"Woi buka pintu ni!"

Jee bangun lalu membuka pintu biliknya. Jackson berdiri betul² di hadapanya. Jee masih 50% sedar

"Hari ni kawan² aku datang.. So aku nak kau masak"

Jee bingung. Kepalanya di tunjul "kau dengar tak?"

Pantas dia mengangguk perlahan. Sempat lagi Jackson menjelingnya sebelum bereda.
Jee tersenyum pahit

Pintu di tutup semula. Dia bersandar. Dia memeluk lutut,dia tahu kalau dia membantah cakap Jackson dia akan di pukul tanpa belas kasihan. Dia tidak pernah menangis di depan Jackson kerana dia ingin menjadi tabah di hadapan lelaki itu. Dia tahu...Jackson akan menganggap diri Jee seorang yang lemah dan tak guna.

Dia bangkit semula. Tualan di capai lalu menuju ke dalam bilik air. Wajahnya di tatap pada cermin yang memantulkan dirinya. Luka di tepi bibirnya tidak pulih lagi. Dia mengeluh..

"Kenapa dia tak ceraikan aku je? Syarikat appa dah maju.. Dia dah tak perlukan aku. Aku tak nak di seksa lagi macam ni. Aku cuma nak dia mulakan hidup baru dengan Youngji"

SKIP!

Jee sedang sibuk memasak di dapur manakala Jackson menonton tv sambil bermain fon. Macam mana tu?

Hampir 1 jam 15 minit Jee memasak di dapur akhirnya makanan terhidang di atas meja. Banyak juga jenis makanan yang di masaknya.
Bubur Kacang, Stu(?) Kimchi, Kimbab, Tteokbokki, Tamagoyaki dan Bulbogi.

Dan serentak itu pintu di ketuk. Jackson pantas berlari ke pintu menyapa rakan rakanya tidak lupa juga yeoja di sayangi dan di rahmati. Youngji.

Apron pink di buka dan di letakkan di kaunter dapur. "Saya naik dulu" Jee menunduk sebelum naik ke tingkat 2. Salah seorang rakan Jackson memerhati Jee.

KPOP imagine(malay)Where stories live. Discover now