Haru Bad Feeling pt.1/?

207 12 4
                                    

Haru yang sedang leka membasuh pinggan makannya dan Jimin berasa tak sedap hati tapi dia cuba menenangkan dirinya.

'' It's okay Haru, tak ada benda yang teruk berlaku dekat abang kau. Ni mainan perasaan je.... ,''

Tiba-tiba, pinggan yang berada di tangan Haru jatuh berderai ke atas lantai. Haru mengeluh lalu mencangkung untuk mengutip sisa - sisa kaca. Dia termenung dan tanpa Haru sedar dia telah menggenggam erat sisa kaca yang agak besar.

Jimin yang ketika itu menuju ke arah Haru untuk melihat apa yang berlaku terkejut beruk melihat darah yang begitu banyak mengalir dari tangan aweknya.

Jimin : *kasar & risau* KIM HARU! YOUR FREAKIN' HAND!

Haru terkejut mendengar jeritan Jimin terus melepaskan genggaman tangannya dan ketika itu baru dia merasakan pedih yang amat sangat.
Matanya tertancap dekat sisa kaca yang terpacak di tangannya dan matanya sudah kemerahan menahan tangis.

Jimin dengan pantas,menarik tangan haru lalu dengan perlahan dia mencabut kaca itu. Haru menjerit kesakitan. Air matanya mengalir dengan deras.

Jimin : *lembut* Shhuu, jangan nangis. Sikit je ni.

Jimin menampung badan Haru lalu membawa Haru ke singki. Kemudian, dia memusingkan pili air.

Jimin : *lembut* Haru, tahan sikit.

Haru menggigit bibirnya menahan sakit dan pedih apabila Jimin menghalakan tangannya di bawah arus air.

Haru : *nangis & sakit* Jimin, APPO!!

Jimin : *lembut* Tahan dulu nak habis dah ni.

Air mata Haru mengalir tanpa henti. Sakit yang dia tanggung bukan kepalang. Kemudian, Jimin membawa Haru naik ke bilik tidurnya, dia letak Haru di atas katil.
Jimin mengambil peti first aid kit dan kembali duduk di hadapan Haru.
Dia mengeluarkan anti septic lalu meletakkan beberapa titis di atas luka Haru. Haru menyeringai kesakitan.
Kemudian, dia meniup perlahan luka Haru. Selepas itu, dia mengambil pembalut luka dan membalut perlahan tangan aweknya yang luka untuk mengurangkan jangkitan kuman.

Jimin : *lembut* Done ~ [mengusap lembut pipi Haru] Apa yang mengganggu fikiran Haru sampai genggam kaca pecah pun tak perasan?

Haru : *lemah* Haru nak balik. Haru rasa tak sedap hati sangat ni.

Jimin : *lembut* Fine, Haru tunggu kejap. ChimChim pergi kemas dapur kejap.

Haru menganggukkan kepalanya, Jimin mengucup lembut dahi Haru lalu keluar untuk mengemas dapurnya yang penuh dengan sisa - sisa kaca.
Haru mengutip barang- barangnya lalu keluar dari bilik tidur Jimin dan melangkah turun menuju ke ruang tamu.
Selesai sahaja Jimin mengemas dapurnya, dia mengajak Haru pergi ke garaj kereta.
Jimin menghantar Haru pulang ke rumahnya.

.........................

- Villa Haru -

Jimin sudah pulang ke rumahnya dan Haru melangkah laju ke depan pintu rumah.

* DING DONG! DING DING DING DONG ! *

Haru menekan kasar punat loceng rumahnya. Jantung dia berdegup dengan kencang apabila langsung tak ada sesiapa yang membuka pintu rumahnya.

'' Hish!! Abang aku pergi mana ni??? Tadi aku call pun dia tak angkat!!!! Oh God, help me!!!!, ''

Haru yang baru sahaja ingin membunyikan loceng sekali lagi terus menghentikan tindakannya apabila pintu rumahnya terbuka luas dan abangnya berada di hadapannya.

I Need You S1(C)Where stories live. Discover now