Bab 1 : Konvo

25K 497 8
                                    

*Media*

Porsche 918 Black Matte

"Babe ! I'm so glad we finally graduated !!" Ujar Asyirah lalu terus memelukku.

Hari ini adalah hari bersejarah kami. Setelah 3 tahun berhempas pulas belajar, akhirnya bebas jua.

"Babe ! Jom kita celebrate. I bawak you pergi clubbing. Nak tak?" Asyirah atau lebih gemar dipanggil Sherry menanti jawapanku.

Ibu dan ayah sudah lama pulang. Mungkin penat tapi gembira dapat melihat anak perempuan mereka ke arah kejayaan.

Huhh-- kejayaan?

Aku ni duduk saja di bandar tapi tidak pernah merasai erti kebebasan. Aku bukan orang berada. Ayahku hanya seorang pemandu peribadi. Ibuku seorang suri rumah. Kami hanya bergantung kepada gaji ayah saja. Untungnya aku tidak mempunyai adik-beradik.

"Babe ! Jadi tak?" Sherry menepuk bahuku.

"Malas lah babe. You pun tahu kan ayah I macam mana." Aku mengeluh. "Nak keluar dinner dengan you haritu pun jenuh I cari alasan. Inikan lagi nak pergi clubbing. I'm so dead!" Sambungku. Aku memandang Sherry. Dia seperti memikirkan sesuatu.

Jangan kerja bodoh dah lah. Aku penat !

"Kalau macam tu, you stay rumah I je lah. Nanti I suruh mama call mama you untuk slow talk. Alah, women to women. Mesti faham punya lah." Sherry memandang dengan penuh keyakinan. Aku hanya mengangkat bahu.

"Assalamualaikum kak." Aku memandang ke arah suara itu.
"Ada orang bagi bunga ni untuk akak." Kata seorang pelajar junior. Dia menghulur sejambak bunga mawar putih.

"Betul ke untuk akak ni?" Tanyaku sekali lagi. Budak itu hanya senyum dam mengangguk. Dia turut menunjukkan sekeping kad yang diselit pada bunga-bunga itu.

"Saya minta diri dulu. Assalamualaikum. " Aku menjawab salamnya. Budak tadi hilang dari pandanganku.

Siapa pulak tangkap cintun dengan aku ni.

"Wow! I tak sangka you ada peminat. So romantic !" Ujar Sherry

"Hish ! Mengarut lah." Kataku

Gedik pulak minah ni. Aku mula membaca kad yang diberi.

'Hai. Congrats to you, my dear. Saya harap awak terima bunga ni seikhlasnya.
From F '

Mukaku terus berubah. Argh! Dia ni lagi. Tak ada orang lain gamaknya!

Aku terus bangun dan membuang bunga itu ke dalam tong sampah.

Haha ! Memang situ tempat kau seikhlasnya!

Aku terus berlalu pergi. Sherry yang memanggilku tidak aku hiraukan.

*********

Aku memandang cermin panjang milik Sherry. Dari bawah hingga atas, aku berubah. Dress hitam berkilau , gelang keemas-emasan, rambut yang panjang dilepaskan bebas. Bahagia sungguh.

Entah apalah mama Sherry jampi ibu aku sampai dia bagi aku stay rumah Sherry. Mungkin sebab aku sudah makin dewasa? Atau, Ibu mahu memberi aku kebebasan?

Biarlah. Aku tak kisah. Alang-alang dah dapat duduk rumah Sherry, kita enjoy lah.

Sherry juga kelihatan lebih menyerlah daripada kebiasaannya. Dress merah hati menjadi pilihannya, set gelang dan rantai yang berkilau. Di tambah lagi dengan rambut yang sudah menjadi merah keperangan. Kami gabungan yamg paling meletup.

"Ouch babe. We both look so gorgeous ! Let's go partying" ujar Sherry. Aku hanya mengikut jejaknya.

******


Porsche 918 black matte milik Sherry menjadi tumpuan orang ramai yang ingin memasuki club . Biasalah anak orang kaya. Perempuan pulak tu yang bawak. Sah ! Kaya sungguh !

Tertera nama ZOUK pada ruang hadapan club. Besar betul club ni.
Jakun?

Ya, aku jakun. Aku baru pertama kali menjejakkan kaki disini. Sherry? Entah lah. Tak terkira agaknya---

Bukkk ---

Aduhh!! Heyy, siapa pulak langgar aku ni!

Aku terjelepok ke lantai. Aku mengurut dada yang terasa pedih. Aku cuba untuk bangun.

"I'm so sorry , miss. I'm really really sorry." Kedengaran suara gelisah seseorang meminta maaf. Terus dia menghulur tangannya untuk membantu aku bangun. Aku menyambut tangan yang dihulurnya.

" Its okey. I'm fine." Jawabku. Aku mengangkat muka. Muka ni ---

Aku terkejut. Pelanduk dua serupa? Mungkin ya, mungkin tidak.

"This is my card. If you need anything, please call me. Literally, anything." Lelaki itu menghulur sekeping kad.

"Okey. Thanks..." Aku mengambil kad yang dihulur lalu aku terus meninggalkannya.

Kenapa jantung aku ni? Dada yang kena langgar, jantung yang berdegup laju.

Shit ! Sherry ni mana? Suka tinggal aku ! Aku terus mencari Sherry dan tenggelam bersama-sama lautan manusia yang hanyut dengan duniawi.





❤❤❤ Vote & comment ❤❤❤

Fuh feh fuh feh. Baru bab 1 , tapi rasa macam nak tercabut jari-jemari yang comel ni *ngada* So here you go my first baby Bab 1 . Pleasee. Jangan lupa votes dan comment. Jangan la bagi saya syok sendiri tau tau. Saya tulis pepanjang tapi tak ada orang baca, sumpah sedih . So please leave some vote at least

Much love,
SchaNuttOh

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now