Bab 14 : Percaya

19.9K 292 22
                                    

Terasa berat kepala aku. Namun aku gagahkan juga untuk bangun.

"Ehh Farrah. Baring lah. Kamu tak sihat lagi ni." Ucap Kak Mas. Kak Mas menghalang aku daripada bangun. Namun aku menolak.

"Takpa lah Kak. Saya nak bangun. Nak buat kerja." Kataku. Aku cuba bangun perlahan-lahan tapi sakit di kepala membataskan pergerakanku.

"Jangan Farrah. Nanti bos marah akak. Ni makan ubat ye. Bos suruh." Kak Mas menghulur 2-3 biji ubat untuk aku. Aku memandang sepi ubat yang dihulur.

"Makanlah ubat tu." Sampuk suara daripada belakang kami. Aku dan Kak Mas hanya diam apabila suara itu menjergah kami.

"Kak Mas boleh keluar dulu. Saya bagi dia makan ubat." Kata Farith. Kak Mas hanya akur dengan arahannya. Kak Mas meletakkan ubat tadi pada piring kecil kemudian terus meninggalkan bilik ini. Aku pandang sekeliling.

'Ohh. Bilik dia rupanya. Macam mana aku boleh tak perasan.'

Farith menuju ke pintu. Ditekan punat tombol pintu. Mengunci kami berdua di dalam bilik. Kemudian Farith duduk disebelahku. Aku menjarakkan kedudukan.

"Hai sayang." Aku pandang Farith.

'Sayang? Baru sekarang kau kata sayang? Pagi tadi tak tegur aku pun. Huh!' Gumamku di dalam hati.

"Kenapa ni sayang? Kenapa sampai pengsan?" Kata Farith. Dia mengusap tanganku. Jelas kerisauan pada wajahnya. Tetapi aku kena tegas. Tak boleh tunduk pada manusia bernama LELAKI.

Aku menarik tanganku. Aku ingin bangun berdiri untuk keluar daripada sini. Pantas tangan aku ditariknya semula. Menyebabkan aku terduduk di atas riba Farith.

"Hish!! Lepas lah! Saya nak keluar." Aku memberontak. Farith memegang bahuku. Dicengkam kuat bahuku.

"Sakit laaa! Lepaskan saya Tuan!!" Bentakku. Aku meronta untuk dilepaskan. Farith mendekatkan mukanya. Akhirnya bibir kami bersentuhan.

Mata Farith tertutup semasa dia menciumku. Tetapi mataku masih membulat apabila diperlakukan seperti ini. Aku menolak dada bidangnya. Pautan bibir kami terlepas.

"Why baby? Don't you miss this?" Kata Farith. Dia memegang bahuku. Lagi aku menepis.

'Jantan ni aku sepak, bersepai gigi kang!'

Aku mendengus. "Maaf Tuan. Saya banyak lagi kerja lain. I'm sorry." Kata aku. Aku terus keluar dari bilik itu. Tak nak fikir pasal benda ni.

******

(Author POV)

Umar menumbuk dinding biliknya. Marah yang dia rasa membuatkan dia ingin membunuh orang.

'Arghh!! Setan!!!' Bentak Umar di dalam hati. Dia menghempas tubuh badannya ke kerusi. Kerusi yang selesa itu tidak mampu menenangkan hatinya yang panas. Dia mengambil iphone 6s nya. Dicari nombor 'seseorang'.

'Ini semua salah kau!!'

Selepas beberapa deringan menunggu, suara disebelah sana menyapanya dulu.

"Haa, Umar. Kenapa call ak---"

"Ehh! Kau buat apa sampai Rissa benci sangat kat aku?!" Tengking Umar. Tangan kirinya mengenggam penumbuk. Jika 'seseorang' itu ada dihadapannya sekarang, sudah makan penumbuk jawabnya orang itu.

"Woo.. woo. Apahal ni? Aku buat salah apa?" Tanya pemilik suara sebelah sana.

"Kan aku dah pesan. Layan Marissa elok-elok. Tegur dia. Ucap kata-kata manis kau tu. Apa yang susah sangat. And by the way, apa terjadi sampai Rissa mengelak daripada aku?" Umar melepaskan keluhan berat.

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now