Bab 3

110 2 0
                                        

"Kenapa Sya ni happy semacam je?" Tanya Aina sambil duduk di sebelah sepupunya yang tak lekang lekang memandang skrin telefon.

"Tak ada apalah, Aina... Sya cuma happy je.. tak lebih dari tu.." kata Aisya sambil meletakkan telefon bimbitnya ke dalam poket..

Aina ketawa kecil.. entah, baginya lucu apabila melihat gadis itu kalut.. rasanya, memang ada sesuatu yang dia sembunyikan..

"Na, Sya masuk bilik dulu yea.. Sya belum solat lagi.."

Aina mengangguk sambil tersenyum. Setelah itu, Aisya masuk ke dalam biliknya..

* * *

Imbasan kembali:

"Kadang kadang, abi hairan.. kenapa ummi tak pernah ungkap perasaan cinta dia pada abi.. rupa rupanya, ummi tak mau abi bosan dengan kata kata cinta tu.. ummi cakap, dia boleh je setiap saat kata dia cintakan abi. Masalahnya, sanggup ke abi dengar kata kata cinta dia sewaktu dia sakit?"

Aisya Sofia mengelap air matanya.. Ummi,.. ummi meninggal dunia sewaktu ummi berumur 22 tahun.. waktu tu, Aisya Sofia masih bayi lagi.. Di sebabkan abi risau sekiranya dia tak mampu jaga Aisya.. akhirnya, dia bersetuju berkahwin dengan Ummie Fatma yang ketika itu baru berusia 19 tahun.

"Sebab itulah,.. Aisya kena jadi wanita sekuat Khadijah.. abi percaya, Aisya boleh jadi anak dan isteri yang solehah.. andai kata, abi pergi sebelum sempat melihat Aisya memegang segulung ijazah, abi minta maaf yea..."

suara lembut abi mendatangkan sebak di hatinya.. Ya ALLAH.. kasihan abi.

* * *

"Mama, Riel nak cakap something.." kata Eriel lalu duduk di atas katil milik Kalsom dan Adi. Wajahnya kelihatan serius tidak seperti biasa.

"Amboi, ha.. nak cakap apa?" Tanya Kalsom sambil bercekak pinggang.

"Saya nak kahwin.."

Melopong mulut Kalsom.. Eriel nak kahwin? Betul ke dia ni? Mana pernah dia macam ni..

"Ermm.. are u serious?" Tanya Kalsom.

"Yup.."

"But, who is the girl that you want to marry?" Tanya Kalsom.

"Aisya Sofia.."

* * *

Nak bagi ke tak ni yea? Aduh... hati Aisya dilanda rasa bersalah.. akhirnya, dia mengambil keputusan untuk memberi nombor telefonnya kepada Mr. Stranger..

Tak sampai 1 minit, unknown number tertera di skrin telefon. Tak perlu mengagak.. Aisya terus menjawabnya.

"Hello..." suara garau seorang lelaki menyapa gegendang telinga. Baru pertama kali seorang lelaki mnghubungi telefon bimbitnya.

"Err.. hello.." balas Aisya..

"Buat apa tu? Saya ganggu ke?"

Ya Allah.. lembutnya suara dia.. bisik hati Aisya sambil tersenyum seorang diri.

"Erm.. tak ada buat apa.. saya cuma tgk bunga bunga mawar dkt belakang rumah ni.. awak pulak?"

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 21, 2016 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Suamiku, Mr. Stranger!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang