"Bersabar yea, Sya.." kata Mak Ngah Kalsom kepada Aisya Sofia yang sedang menangis sambil menggengam keputusan PT3 yang baru diambilnya pagi tadi.
Kenapa abi tinggalkan Aisya, Abi? Bisik hatinya. Dia duduk di sebelah pusara abi yang masih bewarna merah itu. Hatinya merintih penuh kesedihan. Tak pernah sedikit pun dia sangka abinya akan kembali kepada PenciptaNya secepat ini.
"Sabar ya Aisya... Pak Ngah dengan Mak Ngah kan ada.." pujuk Pak Ngah Adi.
"Abang pun ada, Sya.." ujar Eriel sambil tersenyum memberi ketabahan kepada gadis yang baru saja masuk ke tingkatan 4 itu.
"Sya tinggal dngn pak ngah ya." Pujuk Pak Ngah Adi lagi.
Aisya menggelengkan kepalanya. Bukannya dia tak kenal dgn sikap Mak Ngah Kalsom yang suka mngungkit ungkit.
"Ikut je lah Sya.. skrang kurangnya masih ada yang jaga makan minum, Sya.. betul tak?" Sampuk Eriel.
"Tak pe lah, bang, Pak Ngah... mngkin Sya tinggal dgn ummie di JB."
"Masih ke ummie kamu nak terima kamu.. dah jelas jelas kamu dgn arwah abi kamu tu dibuang dari hidup dia!" Sampuk Mak Ngah Kalsom dari belakang.
Aisya Sofia terdiam. Akhirnya, dia mengalah.. dia terpaksa ikut juga Pak Ngah Adi dan Mak Ngah Kalsom.
"Ni bilik Sya.." kata Eriel lalu membuka pintu bilik gadis itu. Aisya Sofia melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Bilik abang di sebelah.. kalau ada apa apa tak kena, panggil je abang ya.." kata Eriel lalu meninggalkan Aisya Sofia sendiri.
Aisya melihat sekeliling bilik barunya.. ini adalah kali pertama dia mendapat bilik sebesar itu. Memang waktu kecil dulu, dia berimpian mendapat bilik seperti itu.
tapi entah kenapa, ada sesuatu yang mmbuatkan hatinya rasa gelisah. Seolah olah, dia tak selesa tinggal di bilik itu.
"Bila Sya tak tenang, baca Al-quran yea, nak.."
nasihat abi tiba tiba menyapa mindanya. Ya Allah, baru beberapa jam tadi abi tinggalkan aku.. aku dh mulai rasa rindu yang teramat sangat. Bisik hati Aisya.
Dia terus masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk. Setelah itu, dia membuka Al-Quran dan membacanya.
"Papa ni baik sangat dengan Sya tu.. nanti dia naik lemak baru papa tau!" Kata Kalsom sambil menyikat rambutnya di hadapan cermin.
"Eh, bukan mama setuju ke waktu tu?" Tanya Adi sambil menutup buku yang dibacanya tadi.
"mmglah mama setuju... tapi, tak bermakna mama setuju yang papa perlu manjakan dia.. dia bukan anak kita.." kata Kalsom.
"Ya Allah, dia kan anak saudara kita.."
"Memanglah.. tapi dia ttp bukan 'anak' kita.." kata Kalsom.
"Suka hati awaklah, Som.. walau mcm mana pun.. dia tu dah saya anggap macam anak.."
Kalsom menjeling tajam suaminya.. baik sangat dgn orang! geram hatinya. Susah macam ni.. nanti mesti budak tu naik lemak! Bisik hati Kalsom.
Aisya dipanggil untuk makan malam bersama keluarga barunya. Kalau diikutkan hati, dia tak nak makan dgn mereka.. bukan kerana sombong, tapi segan.. nak dibandingkan dia dgn keluarga Pak Ngah,.. jauh sekali bezanya.
"makanlah, Sya.." kata Aina adik kepada Eriel..
Aina seorang gadis yang cantik dan juga baik.. boleh juga dikatakan warak.. dalam keluarga Pak Ngah Adi, dia seorang saja anak yang tak berani membantah..
"Saya minta maaf yea sbb tak dpt pergi ke pusara abi.. Sabar ya Sya... tak semestinya dia pergi selama lamanya.. In Shaa Allah kita jumpa dia di syurga kelak.. Sayang Allah terhadap abi lebih lagi dari sayang kita kepada abi.."
Hati Aisya Sofia sayu. Air mata ditahannya saja.. tak berani hendak mengeluarkan air mata apabila mendapati semua ahli memandangnya..
"Eh, Aina.. sdhlah tu ceramah.. jom makan.. kesian Aisya ni,.. dia lapar.. kau semuanya nak ceramah.. sekali sekala boleh tak kau diam?" Tempelak Eriel.
"Eh korang berdua ni tak boleh ke tak bertekak sehari je?" Marah Kalsom.
"Dah.. makanlah Sya.. jangan dilayan mereka berdua tu.." kata Kalsom.
"Eh, abang!" Kata Aina lalu menarik tangan Eriel sekuat hati.
"Ish! Apa?" Marah Eriel. Tidak suka diperbuat begitu.
"Abang sedar tak apa abang buat ni?" Tanya Aina sambil menentang pandangan Eriel.
"What? Apa dosa yang aku buat sampai kau biadap sangat ni?!" Teriak Eriel.
"Abang ingat Aina tak nmpak? Ingat Aina ni buta? Aina nampaklah, abang raba Aisya tadi, kan? Aina nampaklah!" Marah Aina.
"So what? Dia bukan family kita.. yang kau sibuk kenapa?" Marah Eriel.
"Dari kecil sampai ke besar.. perangai gatal tu berubah ubah kan? Teruklah abang ni!" kata Aina.
"Siapa suruh dia cntik sangat? Aku lelaki.. aku ada nafsu!"
"Ya Allah! Aku rindu sangat pada abi.. aku tak sangka Ya Allah.. sepupu baik aku berani raba aku,.. apa dosa aku pada dia ya Allah? Hina sangat ke aku ni?" Kata Aisya sambil menangis.
Dia mengadu pada penciptaNya. Allah saja yang dapat membantunya. Dia malu apabila tangannya diraba tadi. Nasib baik Aina menyuruh Aisya duduk di tempatnya.
Keesokkan harinya...
"Aina je lah yang hantar Aisya ke sekolah ya mama, papa.." ujar Aina meminta izin kedua orang tuanya.
"Eh, tak apalah.. Eriel kan ada.. dia je lah yang hantar." Kata KalSom sambil menghidangkan nasi goreng di atas meja.
"Ha'ah.. kenapa Aina nak sangat hantar Aisya?" Tanya Adi.
Aina serba salah.. dia nak beritahu kepada mama dan papa.. tapi, mereka tak akan percaya.
* * *
AISYA menahan air matanya. Dia takut nak keluar dari bilik itu.. tiba tiba, satu nota diselitkan di bawah pintunya. Cepat cepat Aisya mengambilnya.
Im really sorry.. abang tak sengaja. Abang tak sangka abang bt macam tu.. percayalah Sya,.. abang tak ada niat pun.. Allah saja yang tau betapa menyesalnya abang.. maafkan abang ya, Sya.. abang janji tak buat lagi..
Yang benar,
ErielAisya tersenyum senang.. syukur padaMu, Ya ALLAH. Bisik hati Aisya sambil memeluk surat itu..
---
yohoo! macam mana? Ok tak? Jangan lupa vote and comment.. sebarang pertanyaan boleh tanya kat saya..

YOU ARE READING
Suamiku, Mr. Stranger!
Teen FictionSoal cinta,.. tak pernah bermain di minda Aisya Sofia dari dulu lagi. Entah kenapa, dia malas dan menyampah bila berckp tntang cinta.. namun,.. dengan Kuasa Allah.. Allah menghubungkan Aisya dengan seorang mr. Stranger di aplikasi Wechat.. Pada awa...