Terima Kasih, Jungkook

187 10 0
                                    

Pulang dari sekolah...

Yena mengayuh basikal sambil berbebel sendirian dalam hati.

"Ish! Geramnya dengan manusia bernama Jin tu! Kenapalah dia kena kacau aku. Aku tak kacau dia pun." Bebel Yena. Tiba-tiba...

Tin! Tin!

Ada sebuah kereta mewah datang dari belakang.

"Aaaahhhh~~~"

Yena mengelak ke tepi dan terjatuh. Tayar depan basikalnya tercabut. Yena tidak tercedera, tapi bajunya sangat kotor.

"Ish! Kurang ajar!" Jerit Yena.

"Hahaha! Padan muka kau!"

Rupa-rupanya, orang itu adalah Jin.

"Ish! Dia lagi!!!!! Benci! Benci! Benci!" Marah Yena.

Lalu Jin pergi dari situ tanpa berkata apa-apa.

"Huish. Apalah nasib aku ni." Kata Yena sambil bangun dengan sendiri.

"Aduh! Macam mana tayar basikal ni boleh tercabut. Mungkin basikal ni dah lama." Kata Yena.

Tin! Tin!

Jungkook datang dengan membawa kereta mewahnya.

"Yena, kau ok tak?" Lalu Jin datang ke arah Yena dan melihat keadaan Yena.

"Awak nak apa? Nak tambah ke?" Tanya Yena.

"Sinilah aku tolong kau." Kata Jungkook.

"Dia ni baiknya. Kenapalah ahli BTS yang lain kejam dan dia seorang je baik hati sangat." Kata Yena dalam hati sambil menenung Jungkook.

"Tak pe. Saya ok." Kata Yena.

Tanpa berkata apa-apa, Jungkook mengambil basikal Yena dan masukkan ke dalam keretanya.

"Eh, Jungkook. Tak payahlah. Nanti kereta awak kotor disebabkan basikal saya yang kotor ni." Kata Yena.

Tanpa berkata apa-apa, Jungkook membuka pintu untuk Yena.

Tapi Yena tidak mahu masuk. Dia malu.

Jungkook yang penat menunggu terus mendukung Yena masuk ke dalam keretanya.

"Eh! Eh! Apa awak buat ni. Turunkan saya." Kata Yena.

Jungkook buat tak tahu dan masuk ke dalam kereta dan membawanya.

"Tulah. Siapa suruh tak nak masuk sendiri. Kan dah kena dukung dengan aku." Kata Jungkook.

~~

Sesampainya di hadapan rumah Yena...

Omma dan appanya datang ke arah Yena dengan risau.

"Yena. Kenapa baju kotor ni?" Tanya Omma.

"Tadi, Yena jatuh basikal. Lepastu, Jungkook datang dan tolong Yena hantar sampai rumah." Kata Yena.

"Terima kasih ye, Jungkook. Sebab tolong Yena. Buat susah-susah je." Kata omma.

"Tak pelah. Lagipun, saya ni kawan Yena. Apa salahnya kalau saya tolong dia." Kata Jungkook.

"Terima kasih Jungkook. Tolong saya turunkan basikal tu." Kata Yena.

"Eh, tak payah. Tak payah. Nanti aku bawak pergi bengkel." Kata Jungkook.

"Eh, tak payah susah-susah. Lagipun, bengkel dekat je dengan rumah saya." Kata Yena.

"Tak pe. Aku boleh hantar ke bengkel yang lebih mahal. Supaya basikal kau ni tahan lama." Kata Jungkook.

Luv In Japan | JinkookWhere stories live. Discover now