Tunang

170 11 1
                                    

Yena berlari mencari BTS dan terjumpa mereka.

BTS terkejut melihat Yena datang ke arah mereka sambil menangis-nangis.

"Kau jahat Jin! Kau suruh Mina masukkan sampul duit dalam loker aku supaya orang fikir, aku yang curi. Kau jahat! Mulai daripada hari ini, aku bukan babysitter kau lagi. Aku nak balik hari ni." Kata Yena.

Yena mencabut rantai yang berbentuk hati pemberian daripada Jin itu dan membalingnya ke bawah. Yena berlari.

"Yena! Tunggu." Jin mengejar Yena.

~~

Balik daripada sekolah, Yena terus balik ke rumah Jin dan mengemas semua baju-bajunya.

Dia membawa beg rodanya. Di ruang tamu...

"Kau nak pergi mana?" Tanya Jin.

"Aku nak balik dekat rumah appa dan omma aku. Sepatutnya aku sedar dari dulu yang kau dengan BTS yang lain, cuma nak kenakan aku." Kata Yena sambil menangis.

"Yena. Please jangan pergi. Aku boleh jelaskan semuanya. Awalnya, aku nak buli kau. Tapi, lama-kelamaan...

"Apa yang kau merepek ni?" Kata Yena lalu pergi.

"Aku suka dekat kau." Kata Jin.

Yena terberhenti.

"Apa kau cakap? Kau... suka aku." Kata Yena.

"Ye. Yena. Aku suka kau. Tapi, aku tak nak bagitahu kau." Kata Jin.

Jin menarik tangan Yena dan memeluknya.

Yena menangis di dalam dakapan Jin.

"Apa semua ni?"

Tiba-tiba, ahjumma Jin datang.

Yena terus melepaskan pelukan Jin.

"Ahjumma? Kenapa ahjumma balik tak cakap?" Tanya Jin.

"Ahjumma balik sini sebab dapat panggilan daripada seseorang dan dia kata yang Jin serumah dengan orang yang tak setaraf dengan kita!" Marah ahjummanya.

"Oh. Jadi ini orangnya. Sekarang jugak kamu keluar daripada rumah saya dan jangan ganggu anak saudara saya kerana kamu tak layak untuk dia. Pergi!" Tengking ahjummanya.

Yena pun pergi sambil menangis. Sesampainya di hadapan pintu rumah Jin, Yena terserempak dengan BTS.

Semua pelik melihat Yena.

"Yena, tunggu. Kau nak pergi mana?" Tanya Jungkook sambil mengejar Yena.

Yena terberhenti.

"Saya nak balik. Ahjumma Jin halau saya. Saya tak setaraf dengan awak semua. Saya miskin tahu tak." Kata Yena.

Yena terus berlari.

"Yena, tunggu!" Kata Jungkook.

Jungkook tidak sempat mengejar Yena.

"Ahjumma ni kenapa halau Yena macam tu?!" Marah Jin.

"Jin tahu tak yang dia tu tak setaraf dengan kita." Kata ahjumma.

"Tapi dia masih ada hati dan perasaan." Kata Jin.

"Ahjumma tak kisah. Yang penting, ahjumma dah tempahkan tiket untuk Jin pergi balik ke korea. Omma kamu pun dah setuju. Kamu akan balik semula ke Jepun untuk bertunang dengan pilihan omma iaitu Myungeun." Kata ahjumma.

"Myungeun? Tapi Jin tak cintakan Myungeun." Kata Jin.

"Ahjumma tak peduli." Kata ahjumma.

~~

Keesokan harinya, Jin dan Jungkook terbang balik ke Korea. *naik kapal terbang*

~~

Semiggu selepas Jin dan Jungkook balik ke Korea...

Ayumu mengetuk pintu rumah Yena.

Yena membuka pintu dan ternampak V bersama Ayumu.

"Korang dah berbaik?" Tanya Yena.

"Haah. Tapi, dia buka namchin aku lagi. Kitorang just kawan." Kata Ayumu.

"Oh. V, ada apa awak datang sini?" Tanya Yena.

"Lepas Jin dengan Jungkook balik korea ni, kau langsung tak datang sekolah. Kenapa?" Tanya V.

"Tak naklah. Buat sakit hati je datang sekolah." Kata Yena.

"Aku datang nak bagitahu ni. Esok, Jin akan balik sini semula." Kata V.

"Awak serius?!" Tanya Yena.

"Ye. Tapi, dia datang sini semula untuk...

"Untuk apa?" Tanya Yena.

"Bertunang dengan pilihan ahjumma dan ommanya." Kata V.

"Ha?!" Terkejut Yena.

"Aku datang sini nak suruh kau kejar cinta kau." Kata V.

Lalu V memberikan rantai Yena pemberian Jin.

"Jadi, kalau betullah Jin tu cinta sejati kau, esok kau datang kat rumah dia dan hentikan pertunangan dia dengan Myungeun." Kata V.

"Betul tu, Yena. Awak kena kejar cinta awak." Kata Ayumu.

Yena berfikir seketika.

"Nanti saya fikirkan." Kata Yena.

~~

Pada keesokan harinya, Yena di dalam bilik sedang fikirkan.

"Aku kena pergi ke?" Tanya Yena dalam hati.

Yena teringatkan balik kata-kata Ayumu dan V semalam.

"Jin, betul ke kau cinta sejati aku?" Tanya Yena sambil melihat rantainya.

"Nak pergi ke tak?"

"Perlu ke?"

"Tolonglah."

"Omma dengan ahjumma dia takkan marah aku ke?" Tanya Yena dalam hati.

"Tak. Yena. Kau jangan kisahkan segalanya. Yang penting sekarang ni, kau kejar cinta kau." Kata Yena.

Dengan membawa basikalnya, dia mengayuh sehingga sampai di rumah Jin.

Sementara itu, Jin teragak-agak untuk memasang cincin di jari Myungeun.

"Cepatlah Jin. Pasang cincin dekat jari
Myungeun." Kata ahjumma.

BTS yang lain sudah mula risau jika Jin betul-betul pasang cincin di jari Myungeun.

Muka Myungeun sudah risau.

Jin masih lagi teragak-agak.

"Berhenti!" Jerit Yena.

Muka Jin terus menjadi ceria.

"Kamu lagi! Ada apa kamu datang sini? Kamu jangan nak kacau pertunangan Jin dengan Myungeun." Kata ahjumma.

Muka Yena menjadi innocent.

"Dasar budak miskin tak sedar diri!" Marah ahjumma.

Lalu Jin datang ke arah Yena dan memegang kedua-dua tangan Yena.

"Aku yakin, kau mesti datang." Kata Jin.

Yena tersenyum.

"Sekarang jugak kamu pergi dari sini! Jangan ganggu pertunangan Jin dan Myungeun." Kata ahjumma.

"Stop ahjumma. Ahjumma tak boleh nak tentukan cinta Jin. Jin tak cintakan Myungeun." Kata Jin.

Muka Myungeun menjadi terkejut.

Jin melutut di hadapan Yena.

"Yoon Yena. Will you be my fiancee?" Kata Jin.

"Y-y yes." Jawab Yena tergagap-gagap.

Ahjumma Jin terus pergi dari situ.

Lalu Jin memasangkan cincin di jari Yena dan memeluknya.

Kemudian, BTS yang lain datang ke arah Yena dan mengangkatnya.

"Yeay. Yeay. Akhirnya korang bersatu semula." Kata V.

Luv In Japan | JinkookWhere stories live. Discover now