Cari pasal

187 13 1
                                    

Sekarang ni, tiada siapa lagi yang berani melawan BTS.

Dan peminat BTS pun semakin ramai.

Yena dan Saeun pula malas nak melayan perangai BTS yang menjadi-jadi.

Keesokan harinya.......

Yena dan Saeun berjalan ke kelas.

Di belakang pula, orang-orang sedang menjerit-jerit. Yena dan Saeun malas nak ambil tahu. Tiba-tiba.......

Ada aiskrim jatuh di kasut Saeun.

Rupa-rupanya, Jin yang tidak sengaja menjatuhkan aiskrimnya di kasut Saeun. BTS yang lain hanya ketawa melihat Saeun.

Dengan muka yang tidak bersalah, BTS pergi dari situ. Tapi, Yena sempat menarik baju Jin dari belakang.

Pelajar yang lain terkejut melihat Yena menarik baju Jin.

"Senangnya hidup. Dah buat salah. Tak reti nak tolong ke? Minta maaf pun tak nak." Kata Yena.

"Kau siapa? Perlu ke aku minta maaf dengan orang macam kau?" Kata Jin.

"Saya Yoon Yena. Saya takkan marah awak kalau awak tak cari pasal dulu dengan kitorang." Kata Yena.

"Aku buat apa?!" Marah Jin.

"Awak dah buat salah. Dan tak nak minta maaf." Kata Yena.

"Dahlah. Jom bla." Kata Jin.

Dengan muka yang tidak puas hati, Yena membuka kasutnya dan membalingnya ke arah Jin dari belakang.

"Ih. Apa dia buat tu?!"

"Matilah dia lepas ni!"

"Dia cari pasal dengan BTS."

"WOW! Hebat."

"Berani betul perempuan tu."

"Tengoklah apa yang akan jadi dekat perempuan tu."

BTS pusing ke belakang dan pandang Yena. Mata semua orang kini tertumpu di Yena.

Jin ketawa kecil lalu menepuk tangan.

"Wah! Hebat kau. Kau orang kedua yang berani lawan BTS. Kau ingat
Kau siapa nak lawan kitorang." Kata Jin.

"Kenapa pulak saya tak boleh lawan awak semua. Saya pun manusia. Awak semua pun manusia. Kita semua sama." Kata Yena.

"Kau! Kau tak setaraf dengan kitorang. Kau tahu tak yang kau tu miskin! Omma kau pun cuma penjaga kantin! Ada hati nak samakan kitorang semua dengan kau." Kata Jin.

Yena memang betul-betul tidak dapat menahan marahnya. Air matanya juga sudah bertakung di mata.

Jin mengambil kasut Yena yang Yena baling tadi dan dia lap menggunakan tapak kasut.

Lalu Jin menggosok tapak kasut itu di baju Yena.

"Eh! Eh! Apa kau buat ni?! Baju aku!" Marah Yena.

BTS terus pergi dari situ.

"Kurang ajar! Baju ni, appa aku yang jahit. Dia tak tidur semalaman. Dan kau kotorkan baju aku ni dalam sekelip mata je." Jerit Yena.

Yena mahu mengejar mereka, tetapi dihalang oleh Saeun.

"Dahlah tu Yena. Jangan dilayankan perangai BTS." Kata Saeun.

"Habistu nak BTS kuasai sekolah ni. Biar diorang buat apa yang diorang nak. Macam tu? Dia ingat ni sekolah omma dengan appa dia punya!" Marah Yena.

"Ye. Dah. Dah. Jom. Saya teman awak pergi tandas tukar baju." Kata Saeun.

"Awak ni! Saya ada satu baju je lah." Kata Yena.

Luv In Japan | JinkookWhere stories live. Discover now