Kemunculan: Bab 4

66 6 0
                                    

Sememangnya hidup Leo ni menyusahkan. Selepas habis dari sekolahnya Leo dan Yuna menggunakan arah yang berbeza apabila pulang. Semasa Leo bergerak pulang ke rumahnya, dia terdengar satu bisikan aneh. Dia menoleh ke belakang.

"Aneh, tiada apa-apa pun"

Leo meneruskan perjalanannya. Terdengar pula bunyi telapak kasut yang sedang berjalan. Leo berlari sekuat hatinya dan mula berasa takut.
Bahu Leo tiba-tiba sahaja berasa berat. Bila sahaja Leo memegang bahunya dia berasa terpegang sesuatu. Dia cuba melihatnya dan ternampak tangan yang memegang bahunya. Tangan itu bewarna hitam dan berulat. Leo terkejut lalu terus menuju ke Kafe. Kebetulan masa itu Kafe berdekatan dengannya. Dengan cemas Leo memasuki Kafe dan berceritakan hal itu. Yuna dan Pakcik tidak memahami apa yang dikatakan oleh Leo.

"Cuba kamu bertenang, ceritakannya perlahan-lahan" kata pakcik

"Ye lah, awak ni panik sangat kenapa? Macam nampak hantu sahaja haha" Yuna ketawakan Leo.

"hah... hah... hah... Tadi ada tangan yang hitam... berulat-ulat pegang bahu saya." Leo cuba menenangkan diri.

"Tangan hitam? Jangan-jangan ia adalah-" kata-kata pakcik terhenti.

*Kling kling* pintu Kafe dibuka. Beberapa orang remaja memasuki Kafe itu.

"Leo nanti lah kita sambung, malam ni kamu tidur di sini dahulu. Kamu tolong lah Yuna melayan mereka."

"Baiklah pakcik" kelihatan wajah Leo berasa lebih tenang.

Jam menunjukkan tepat jam 1 pagi. Leo menggosok giginya sebelum tidur. Tempat tidurnya itu berhimpit ke dinding dan berdekatan dengan tingkap. Permandangan pada malam itu sangat indah bersama dengan langsir-langsir yang berombak. Leo ke tempat tidurnya dan baring. Terdengar suara bisikan aneh itu lagi. Matanya menilau ke seluruh bilik tapi tetap sama tiada apa-apa juga. Bau yang aneh juga muncul, tidurnya terganggu dengan bau itu.

"Biarlah, hanya imaginasi agaknya."

Sesuatu dari bawah katilnya mula bergerak. Kelihatan seperti badan manusia yang bewarna hitam melihat Leo. Leo cuba untuk tidur. Lama kelamaan Leo betul-betul tertidur dan benda itu hilang. Keesokkan harinya wajah Leo kelihatan pucat. Yuna menegurnya

"Awak sihat tak? Lebih baik awak duduk sahaja dengan pakcik buat seketika. Kerja sekolah jangan risau, saya akan menyalinnya untuk awak nanti, tapi kali ni sahaja saya tolong"

"Tak mengapalah saya ok, saya tak mahu menyusahkan awak. Nanti awak bising lagi ish... tak nak lah saya" wajah Leo seperti mahu ketawakan Yuna.

"Apa awak cakap?! Saya kata duduk sahaja di Kafe semasa saya tak ada! Awak tolong gantikan kerja saya ni!" Yuna membaling Uniform pelayan itu pada Leo.

"Ganasnya, patut lah tak ada lelaki yang suka pada awak hahaha."

"Diam lah! Kalau masa awak jaga Kafe nanti tidak memuaskan hati pelanggan jaga lah, saya akan patah-patahkan tulang awak!" Yuna pergi dengan mukanya yang merah.

Leo masih memikirkan apa yang pakcik mahu memberitahunya pada malam kelmarin. Tapi dia tidak nampak pakcik dimana-mana, lagi-lagi pada waktu pagi. Masih banyak lagi persoalan yang ada di dalam otak Leo yang ingin dia menanyakan pada pakcik. Pintu Kafe dibuka, datang seorang remaja perempuan. Leo pergi meminta pesanan dari perempuan itu. Dia ternampak perempuan itu membaca sebuah buku yang sama dengan pemuda yang bernama Xenryu itu. Leo ingin menanyakannya tetapi dia takut pelanggan itu tak akan datang sini lagi. Habis lah Leo akan dibelasah oleh Yuna. Leo lupakan hasratnya dan pergi memesan pesanan itu. Benda yang selalu kacau Leo pun tidak muncul sejak malam tu.

Makhluk Misteri & Dunia Selepas KematianWhere stories live. Discover now