Kebetulan?: Bab 5

71 3 2
                                    

"Yuna! Pakcik hilang lah!!! Yuna!!! Hoi Yuna!!!"

Leo mengetuk pintu bilik Yuna dengan kuat. Yuna tidak mendengarnya. Leo mengetuk lagi tanpa henti dan memanggil-manggil nama Yuna. Lama kelamaan Yuna rimas dengan bunyi yang menganggu tidurnya. Dia berasa bengang lalu bangun menuju ke pintu. Dia membuka pintu dengan pantas dan satu tumbukan hinggap di muka Leo sehingga Leo melayang.

"Awak dah kenapa??!! Buang tabiat ke hah??!! Kacau sahaja tidur orang!!"

"Tidak lah! Saya mahu memberitahu ni! Pakcik dah hilang !!"

"Dia tak hilang lah!!"balas Yuna

"Habis tu dimana dia??!!"

"Mana lah saya tahu !!!!"

"Hoi~ kamu berdua bising lah. Mari la kebawah, makan sesuatu" Yuu menyampuk pergaduhan itu.

"Ahh... ye, lupa pula. Saya datang ke atas ni untuk memanggil awak makan, maaf " Leo menggosok kepalanya

"Haish, tak mengapalah. Saya pun bersalah sebab menengking awak"

Mereka kebawah. Yuu memberi sesuatu di dalam bungkusan.

"Apa ni?" Leo bertanya

"Hmm? Oh itu, makanan la. Takkan awak tak lapar? Lebih baik awak makan di atas."

"Eh? Umm... baiklah" wajah Leo dengan kehairanan.

Leo ke bilik nya dan duduk di mejanya itu. Dia membuka bungkusan itu dan ternampak sepasang tangan manusia yang masih berlumuran darah yang segar. Leo terkejut lalu menjerit.

"Arggggg!!!!!! Apa ni?! Apa ni?! Apa ni?!

Tingkat bawah mendengari jeritan itu.

"Harap bertenang semua, itu hanya perkara biasa haha" Yuna terus menuju ke atas dan melihat keadaan Leo dengan wajah terkejutnya itu.

"Hahahahaha, apa lah awak ni. Lelaki ke perempuan?" Yuna menyakat Leo. 

"Benda ni jangan main-main la! Takkan mahu saya makan tangan-tangan tu??!!"

"Ia terpulang pada awak. Awak mahu mati atau hidup terserah lah kepada tuan punya badan. Saya tidak boleh menghalang keputusan orang lain kan?" Riak wajah Yuna seperti sedih

Leo merenung pada tangan itu.

"Fikir lah baik-baik, saya mahu ke bawah dahulu untuk menyambung tugas saya" Yuna menyekak pinggang.

"Disebabkan awak lah tugas saya terbantut tahu tak?" Yuna keluar dari bilik Leo dan turun kebawah.

"Betul juga apa yang Yuna katakan tu. Kalau aku tak makan, aku akan mati. Baiklah! Aku akan makan semua ni."

Selepas beberapa jam kemudian. Leo turun kebawah. Yuna dan Yuu melihatnya. 

"Macam mana? sedap?" Yuna tersenyum melihat kepuasan di wajah Leo.

"Ye, terima kasih Yuu sebab bagi makanan tu "

"Tak apalah, ni memang kerja saya menjaga kamu." Yuu ketawakan Leo.

"Oh ye, saya nak tanya sedikit pada awak berdua. Kenapa awak berdua tidak takut pada saya?"

"Takut?? Takut macam mana tu?"

"Ye lah, saya kan valshes" Leo menundukkan kepala nya.

"Huh? Takkan awak tak perasan lagi? Saya dan Yuu adalah Valshes seperti awak lah"

"Apa???!!! Awak tak pernah bagi tahu pun!!" terkejut Leo

"Fikir lah, kalau saya boleh pergi ke alam ghaib tu. Takkan la saya ni manusia biasa pula kan?" Yuna mengetuk kepala Leo.

"Aduh! Sakit lah!" Leo memarahi Yuna.

"Hmm... Bila awak mengetuk kepala saya, baru saya ingat sesuatu. Ia tentang perempuan yang datang ke kedai kita, dia selalu menduduki di tempat pemuda yang misteri tu. Saya nampak dia membaca sebuah buku yang sama dengan pemuda itu baca dahulu."

"Eh? bila tu?"pertanyaan Yuna

"Umm... Tak silap saya pada masa awak tidak benarkan saya pergi kesekolah dan mencapak baju pelayan tu lah."

"Pasal campak baju tu tak payah la cakap!" muka Yuna merah

"Hahaha padan muka, itu lah selalu sangat menyakat saya"

"Sudah la sambung balik cerita tadi tu!"

"Baik lah baik lah haha"

"Mungkin ia nya hanya satu kebetulan. Kebelakangan ni ramai juga yang membaca buku yang berkulit putih itu. Buku itu berjudul 'Egg of the black goat' kan?" menyampuk Yuu.

"Ye, betul. Awak pun tahu juga Yuu?"

"Mesti lah. Saya juga membaca buku itu. Jalan ceritanya agak menarik jadi orang yang gemar membaca novel mengetahui tentang buku itu. Pada bulan Febuari nanti, akan berjumpa dengan penulis nya."

"Oh kalau begitu tak apa lah. Hari pun sudah nak gelap apa kata kita tutup sahaja kedai. Pakcik pun belum balik lagi jadi bahaya." Kata Leo

"Awak ni penakut lah Leo haha. Baiklah, ada juga betul kata awak tu, awak tidur lah disini lagi. Pakcik akan marah jika awak tidak meminta izin darinya dahulu"

"Baiklah saya faham"Leo mengambil kunci dan memberikanya kepada Yuna

Mereka menutup kedai pada jam 10 malam. Yuu juga pulang ke rumahnya. Leo dan Yuna ke bilik masing-masing.

Makhluk Misteri & Dunia Selepas KematianWhere stories live. Discover now