Leo hilang?!: Bab 6

71 5 0
                                    

"Yuu? Awak ada nampak Leo tak ?" Yuna mencari-cari dimanakah Leo berada

"Maaf, saya tidak nampak dia dimana-mana pun."

"Kemana pula lah dia pergi ni. Baru sahaja mahu meminta pertolongan darinya"

"Mungkin dia pergi ke taman agaknya? Cuba la cari dia disana."

"Hmm.."

Yuna ke taman untuk mencarinya. Dia tidak nampak batang hidung sesiapa pun. Hanya bunyi buai yang di tolak oleh angin.

"Sunyinya ... Macam tempat peninggalan sahaja" Yuna mengeluh.

Dia berjalan di tepi-tepi longkang besar. Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki berpakaian lengkap hitam. Yuna melihat orang itu.

"Hey, awak di sana. Nampak tak seorang budak berpenutup mata dan pendek sahaja di kawasan ini?" tanya Yuna pada lelaki itu.

Lelaki itu berambut kebiruan, dia hanya menoleh sedikit dan hilang daripada pandangan Yuna. Yuna tidak dapat mengecam wajahnya kerana lelaki itu bertopeng.

"Lelaki tu... siapa agaknya ya." Yuna tertanya-tanya mengapa hatinya berasa resah seketika tadi.

Hari makin gelap. Yuna pulang ke Kafe, kebetulan Pakcik balik sewaktu itu. Yuna menceritakan tentang kehilangan Leo. Pakcik pula mengatakan bahawa Leo diculik.

"Tak mungkin! Ini semua tak benar kan pakcik? Siapa pula yang mahu menculiknya?" bantah Yuna.

"Oni..." jawab pakcik dengan yakin.

"Oni? Maksud pakcik lembaga hitam tu ? Apa kena mengena dengan Oni pula?"

"Beberapa hari lepas Leo di ganggu oleh benda itu. Jadi memang tak silap lah, Oni yang menculik nya."

"Jadi sekarang macam mana? Takkan kita mahu biarkan sahaja? Kita mesti tolong dia!"

Pakcik menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Hanya terserah pada takdir sahaja. Oni, adalah kuasa untuk menguji ketabahan dalaman seseorang. Kamu pun pernah juga lalui perkara ini. Sama juga dengan Yuu."

"Tapi pakcik, dia belum bersedia untuk menghadapinya. Kalau dia gagal dia akan lenyap"

" Jangan risau. Kalau Leo tabah untuk meneruskan hidup dia, pasti dia akan melepasinya"

Yuna menundukkan kepalanya.

"Baiklah.. Pakcik"

Manakala pada situasi Leo. Di tempat yang sunyi, mempunyai kilang terbengkalai. Leo tersadai diatas kerusi yang penuh dengan rantai besi dan wayar.

"Argggg!!!! Argggg!!!... Argggg!!!!" Leo didalam kesakitan yang teramat.

"Terima kasih Oni, saya memang amat menyukai orang ini. Valshes yang bermata satu, hahaha memang jarang ditemui. Lagi-lagi yang mempunyai organ dalaman Xenryu itu" kata seorang wanita.

"Puan Iriha, puan mahu lakukan apa pada budak itu? Bunuh?"

"Oh tidak, hanya untuk menghilangkan rasa bosan dengan menyeksanya hahaha" Senyuman kematian terpapar di wajah wanita itu.

"Awak... adalah perempuan yang datang ke Kafe haritu.... Awak lah yang duduk di tempat Xenryu tu kan?" tanya Leo dengan rasa tidak puas hati.

"Entah lah kan, mungkin juga. Siapa tahu" Wanita itu menoreh pipi Leo.

"Argggg!! Sakit sakit sakit sakit!!!!"

"Awak kan lelaki, tahan lah sedikit" Wanita itu meneruskan torehan nya pada kaki Leo.

"Hentikan nya !!!!"

"Hahaha, menyeronokkan. Jerit lah lagi jerit lah jerit lah hahahaha."

"Aku berjanji...."

"Huh?"

"Aku berjanji... Aku akan bunuh kau!!!"

"Haha cuba lah kalau boleh" Wanita itu memasukkan sesuatu ke dalam telinga Leo.

"Argggggg!!! Argggg!!! Arggggg!!! Sudah lah hentikan nya!!!"

Tiba-tiba rantai besi yang dililit pada Leo terputus akibat rontaannya yang kuat. Dia terduduk diam sahaja di kerusi itu. Wanita itu hanya tergamam dan melihat sesuatu yang telah berbeza pada Leo. Rambut nya bertukar menjadi putih. Matanya kelihatan seperti tiada firasat yang masih ada didalam dirinya yang selalu. Wanita itu mendekati Leo. Dengan pantas nya Leo menerkam wanita itu dengan. Dia mengenggam leher wanita itu sehingga terkulai. Oni hanya melihat, dia berkata

"Puan Iriha juga telah gagal. Nampaknya nasib berbelah kepada musuh. Tuan Akuma" lama-kelamaan, Oni lenyap dari pandangan.

Leo melepaskan genggamannya. Dia keluar dari kilang itu dan tidak mempunyai hala tujunya yang sebenar. Mungkinkah dia akan pulang ke Kafe atau pun tidak?


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 25, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Makhluk Misteri & Dunia Selepas KematianWhere stories live. Discover now