Part 4 : Perebutan

683 59 5
                                    

***

"Yunnie kita dah besar , kan semua?"

BELAKANG badanku ditepuk tanpa henti olehnya. Siapa lagi kalau bukan Hanbin? Hampir terbongkok-bongkok aku dibuatnya.

"Setuju!! Masa mula-mula tengok situasi tadi pun , aku rasa macam tak percaya je!!"

Jiwon yang jauh ketinggalan di belakang tadi terus memaut mesra bahu kananku dengan tangan kirinya yang kosong. Donghyuk ditolaknya jauh-jauh dariku. Dan akhirnya , dapat juga Jiwon itu berjalan di sisiku. Kacau daun sahaja.

"Kau ni bisinglah. Sakit telinga aku."

Donghyuk menutup kedua-dua belah telinganya dengan tangan. Yang lain turut ketawa seirama bersamanya.

"Aku agak lah kan... tentu tutor tu masuk unit ICU gara-gara Yun.."

Sekali lagi mereka ketawa mendengar kenyataan yang terbit dari mulut Junhoe. Setelah segalanya beransur reda , kami semua bergerak pulang ke dorm di mana kumpulan enam lelaki itu tinggal sekarang ini.

"Ewww..korang ni tak tahu nak mengemas ke?"

Aku memandang seisi ruang tamu dengan pandangan menggelikan sebaik sahaja menapak masuk ke dalam rumah itu. Mereka diam sahaja. Suasana janggal mula mengisi keadaan di situ.

"Tengoklah!! boxer-boxer korang pun dicampak merata!!"

Aku mengangkat salah satu dari helaian boxer yang menyembah lantai bilik di hadapanku sekarang.

"Itu Yunhyeong yang punya."

Junhoe berkata selamba sahaja. Membuntang luas mata Yunhyeong mendengarnya. Lengan Junhoe dicubit.

"Tak perlulah cakap.. diam saja!!"

Yunhyeong berbisik perlahan.

"Maaf. Dah terlepas. Tak boleh nak tarik balik."

Junhoe membuat mimik wajah serba salah. Pada akirnya , dia memutar kan bebola matanya.

"Sejak bila Yun pandai cakap pasal kebersihan ni?"

Chanwoo yang dari tadi asyik mendiamkan dirinya mulai bersuara , musykil. Jiwon hanya menjungkit bahunya , tanda tidak tahu.

"Ermmm..Yun , kita lepak dulu nak tak?"

"Not until all of you tidy up this place again. Better do it NOW before I kick your butt one by one out of here."

Aku memusingkan badan , menghadap mereka yang masih tergamam mendengar arahanku. Setiap dari mereka lari bertempiaran ke bilik masing-masing dan mula mengemas. Termasuklah Chanwoo. Walaupun aku sendiri tahu yang bilik dia sebenarnya dalam keadaan baik , kemas dan tersusun.

Mereka pasti akan kecut perut setiap kali aku serius. Jadi , tak hairanlah jika aku dapat melihat mereka berlari ke sana dan ke sini seperti lipas kudung. Ahaha.

***

"Aigoo.. tak lama lagi , patahlah kaki aku ni nanti."

JIWON membuat mimik wajah mahu menangis. Mujurlah mereka semua sudah selesai mengemas. Dan kini , keenam-enam mereka sedang duduk berehat di sofa , berhadapan dengan skrin televisyen. Chanwoo menepuk perlahan bahu kanan Jiwon itu sambil menggeleng.

"Yunnie.... kenapa tiba-tiba saja-.."

Sebelum Chanwoo sempat menghabiskan ayatnya , aku terus memotong laju.

"Sebab aku nak tidur kat sini untuk dua malam!!!"

Aku tersenyum lebar ke telinga. Mereka berenam pula ternganga luas di hadapanku. Mengapa? Teruk sangat kah berita itu? Ohh , tentulah ianya cukup mengejutkan buat mereka , bukan?

"Kim Yunseul..kalau ya pun , tak perlulah serius macam tu. Terkejut beruk kitorang tadi , tahu?"

Donghyuk terbaring di atas paha Yunhyeong. Letih sangat agaknya tu.

"Tulah..aku ingat , omma dengan appa kau nak datang sini untuk kahwinkan aku dengan kau."

Yunhyeong menyambut spontan kata-kata Donghyuk. Tidak semena-mena kepalanya diketuk dengan penyapu yang masih berada di tangan Chanwoo itu.

"Berangan sajalah yang kau tahu. Kahwinlah dengan lip balm kesayangan kau tu. Yun aku yang punya."

"Mana ada. Aku punya."

"No no no!!"

"Can both of you stop it for godness sake?! Tsk. "

Junhoe memutarkan bebola matanya , tanda menyampah dengan Chanwoo dan Yunhyeong yang bising hanya disebabkan mahu rebutkan aku. Tunggu....aku?

Bhahaha.. yang ini lawak.

"Tapi bagus jugak kalau Yun ada kat sini. Boleh kita party sama-sama malam nanti!!" Jiwon bersuara.

"Betullah!! Boleh diharap jugak otak kau ni." Hanbin pula yang kini berseloroh.

"Akhirnya....aku rasa begitu dihargai.. bahagianya hati ni."

Jiwon menyeka air mata palsu yang keluar dari matanya. Kepura-puraannya ketika itu membuat kami semua berasa jengkel. Donghyuk menendang Jiwon.

"This Kim Bobby."

"Tsk.."

"Kenapa? Apa salah aku?" TT~TT

***

Vote ✔
Komen ✔

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 23, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Zero Distance (Jinhwan)Where stories live. Discover now